Chapter 8

13 2 0
                                        


Bunyi derap kasut tumit tinggi kuat kedengaran. Gadis memakai topeng muka berwarna ungu kehitaman berjalan mendekati kawannya. Dia melabuhkan duduk di atas kerusi. Badannya bersandarkan di badan kerusi. Kaki kirinya disilangkan ke atas peha kanannya. Senyuman menakutkan terlakar dibibir gadis itu.

"So... You dah jumpa cara untuk hapuskan budak tu?" Gadis yang memakai topeng berwarna oren kehitaman mengeluarkan beberapa keping gambar. Senyuman sinis terlakar.

"Ini antara plan untuk hancurkan budak tu, Cik The Aconitum. Cik The Aconitum nak pilih mana?" Lelaki bertopeng merah gelap meletakkan beberapa gambar serta maklumat yang berguna untuk melemahkan mangsa. Matanya memandang The Aconitum yang sedang membetulkan topeng berwarna unggu kehitaman.

The Aconitum memandang gambar Qarina, Neck dan Liza. Senyuman penuh sinis terlakar dibibir merahnya. Terasa ada satu idea untuk hancurkan hati budak itu.

"I pilih..." jeda. The Aconitum terbalikkan salah satu gambar yang berada di atas meja. Kemudian jari telunjuknya diletakkan di atas gambar yang sudah diterbalikkan.

"Yang ni," sambung The Aconitum lagi. Matanya memandang wajah orang kanannya, Herl. Pandangan Herl masih lagi membeku. Tiada perasaan. Kemudian dia memandang gambar yang telah diterbalikkan. Gambar itu diambil. Matanya memandang wajah orang yang terlibat dengan kerja keji mereka. Kemudian dia meletakkan gambar itu ke poket seluarnya.

"Nanti I arahkan budak bawahan kita untuk pujuk budak tu." Herl meletakkan tapak tangannya ke dada kiri. Kemudian ditundukkan sedikit untuk menunjukkan kesetiaannya.

"Good." Herl memusingkan badan ke belakang. Baru beberapa tapak ke belakang. Telinga menangkap bunyi kerusi diseret. Badannya dipusingkan ke belakang. Matanya memandang wajah cemas The Aconitum.

"Boleh beritahu I? Betul ke punca budak tu... ibu I mati?" Herl terkejut. Namun, riak wajahnya masih tenang. Menyembunyikan rasa resah di dada. Kepala diangguk walaupun masih ragu-ragu.

The Aconitum terduduk semula. Matanya membulat besar. Riak wajah berubah lesu. Mata terpejam. Lama. Apabila dia mencelikkan mata. Api kemarahan membara di kornea matanya. Hatinya dibakar dengan api dendam. Gigi diketap kuat. Matanya memandang beberapa carta yang telah disusun untuk mencari pembunuh ibunya. Semakin panas hatinya melihat gambar Syahira terpapar.

"The Black Dragon buat carta itu, kan?" Herl berpaling ke kanan. Dahinya berkerut seribu. Hairan. Sejak bila Syahira menjadi sasaran utama The Black Dragon?

"Rasa rasa The Redwin." Herl melihat wajah sembam The Aconitum dari sisi. Namun, dia hanya mendiamkan diri.

"Ada apa-apa lagi, The Aconitum?" Herl berpeluk tubuh. Matanya memandang wajah boss dia. Pandangan angkuh diberikan.

"You boleh pergi." The Aconitum bersandar kasar ke badan kerusi. Dia memusingkan kerusi kerjanya ke belakang. Menghadap gambar target abang tirinya.

Herl berpaling semula ke belakang. Sempat dia mengerling ke belakang sebelum dia memulakan langkah untuk keluar dari bilik kerja The Aconitum. Kedua-dua tangannya dicelupkan ke poket seluarnya jeans. Matanya dikecilkan. Pandangan berubah lebih dingin. Riak wajah tidak berperasaan ditayangkan.

The Aconitum menarik senyuman penuh dendam. Dia menoleh kepalanya ke arah papan target. Matanya memandang gambar lelaki berumur 28 tahun. Kemudian dia memandang gambar Syahira. Gigi The Aconitum diketap hingga terbentuknya rahang. Perasaan dendam terhadap dua manusia itu semakin membuak-buak.

'I tak akan biarkan budak tu hidup tenang!' Dia terus mengambil pisau. Kemudian dia terus melemparkan hingga pisau itu terpacak di gambar Syahira. Dia akan membuat budak itu menderita sebelum dia membunuh budak tu.

Code Name: NurmairaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang