Chapter 17

11 2 0
                                    

Kaki Irqmal melangkah laju keluar dari restoran. Umar yang mengikut langkah rakannya. Berkerut dahi apabila melihat mata kawannya melilau mencari sesuatu. Lantas, tangannya menepuk lembut bahu Irqmal.

"Bro... kau dah kenapa? Gelisah semacam je aku te..." Jelingan maut Iqmal cukup membisukan Umar. Iqmal meletakkan jari telunjuknya pada bibir untuk memberi isyarat kepada Umar supaya diam.

"Kau tengok cermin sisi tu," suara Irqmal sengaja diperlahankan. Umar mengikutkan sahaja arahan dari rakan setugasnya itu. Apabila dia melihat cermin kereta. Alangkah terkejutnya apabila dua figura di belakangnya. Kepalanya sengaja menoleh ke belakang. Dua orang lelaki itu terus kelam-kabut menyorok ke belakang kereta. Umar menoleh semula ke hadapan. Dia tersenyum sinis.

"Sah, mereka kawan penyangak yang aku tangkap. Tapi... dua je? Tak mencabar langsung," bisik Umar. Irqmal menjelingkan matanya ke arah Umar. Eh! Mamat ni... belagaknya memang tak boleh bawa bincang! Masya tak ada dekat sini lah nak tengok dia beraksi.

"Ikut arahan aku. Kau jangan macam-macam!," tegas suara Iqmal. Umar masih selamba. Dia dah biasa dengan ketegasan Irqmal.

"Ye lah... Koman..." Tubuh Umar tertunduk. Termati katanya apabila siku Irqmal selamat sampai di perutnya. Dahlah kuat.

"Diam, boleh tak?" Walaupun suaranya perlahan, masih kedengaran tegas. Kecik besar je Umar tengok kawannya.

"Aku bisik kot... bukan aku jerit. Kecohlah!" Iqmal mendengus marah. Kaki terus melangkah ke keretanya. Umat ternganga melihat perangai Iqmal. Depan Zara bukan main lagi gila-gila. Tapi dengan dia ni serius sepanjang masa!

Musuh yang memerhati gerak geri Umat dan Iqmal terkejut apabila mereka hilang. Kaki lelaki berkepala botak itu melangkah ke keluar dari persembunyiannya.

Dengan berhati-hati, musuh mendekati kereta Iqmal. Dia yakin, kali terakhir mangsa mereka ada di sini!

"Tak guna!" Dengan geram. Musuh menumbuk pintu kereta Iqmal. Gigi diketap kuat.

"Jom bla!" Lelaki itu mengajak kawannya pergi. Sebelah kawannya pecahkan kereta baik mereka beredar. Baru saja lelaki itu berpaling ke belakang. Musuh tersentak dengan pandangan helang Iqmal. Terpelanting tubuhnya apabila Iqmal menumbuk dadanya.

"Jahanam!" Lelaki berkepala botak itu maju ke hadapan. Sedaya upaya dia cuba menyerang Iqmal. Namun, Iqmal dengan tekun mengelak. Iqmal tersentak apabila penumbuk musuh hampir mengena wajahnya.

"Heh!" Mata lelaki kepala botak itu membulat besar. Umar mencengkam erat pergelangan tangannya. Dengan riak wajah sinis. Umar memandang wajah musuh.

"Apa kata kau... Uruskan dia ni!" Serentak tempikan itu. Umar menendang kuat pinggang musuh yang cuba menyerangnya dari sisi. Lengan musuh dipusing dan dibawa ke belakang tubuh. Dengan kasar. Punggung musuh ditendang.

"Good luck..." Bahu Iqmal ditepuk berkali-kali sebelum dia maju ke hadapan. Iqmal berpaling ke kanan. Jelas, musuh cuba menumbuknya. 

Iqmal dengan selamba berundur beberapa tapak ke belakang. Terhantuk kepala musuh apabila Iqmal mengelak.

Dengan payah, lelaki kepala botak itu bangun. Melihat Umar sudah mendekati. Pisau lipat dikeluarkan. Dengan penuh dendam. Kakinya memecut laju ke hadapan.

"Wow!" Umar mengelak apabila sipi-sipi pisau hampir mengena tubuhnya. Apabila musuh melibas pisau ke lengan kiri. Dengan selamba Umar mengelak. Santai tahap tinggal Umar sampai selup tangan ke poket seluarnya!

"Mana acik guna pisau," cebik Umar. Matanya tidak lepas memerhati pisau itu. Merasakan libasan itu makin perlahan. Umar menguap.

"La... kenapa ni? Tak cukup makan ke bang..." provok Umar. Lelaki kepala botak itu mula berasa bengang. Geram apabila Umat tidak henti mengelak!

Code Name: NurmairaWhere stories live. Discover now