Rongga hidungnya menangkap bau pahit. Dahinya berkerut menahan kesakitan di kepalanya. Tubuhnya terasa berat. Pantas, tangannya mengurut dahi. Mengharapkan kesakitan ini hilang.
Walaupun sukar, Syahira cuba membuka kelopak matanya. Pandangannya mula kabur. Wajar saja untuk orang yang baru sedarkan diri.
Syahira kembali memejamkan mata. Kali ini, Syahira perlahan-lahan mencelikkan mata. Matanya memandang sekeliling. Putih. Baru saja Syahira ingin bangun. Belakang tubuhnya terasa semakin menyengat. Dahinya berkerut menahan sakit yang teramat.
Perlahan-lahan, Syahira kembali mencelikkan mata. Tubuhnya cuba disandarkan ke badan katil.
Matanya melilau. Otaknya masih tidak dapat berfungsi dengan baik. Dia tak tahu dia ada dimana? Kenapa dia di bilik serba putih ini? Bukankah dia berada di taman permainan mencari Asy?
"Nur Maisarah Syahira." Syahira tersentak apabila namanya diseru. Kepala berpaling ke kanan. Jelas, doktor lelaki di sebelah. Matanya memandang sayu wajah Syahira. Hatinya terpukul rasa bimbang.
"Ma...macam mana saya dekat sini?" Doktor yang merawat Syahira melabuhkan duduk di atas kerusi. Bersebelahan dengan katil pesakit. Matanya memandang dalam wajah Syahira.
"Me...mesti Asyzen bawa saya dekat sini, kan? Ha... Saya salah dengar..." Syahira tertawar hambar. Bibirnya terasa kering. Tekaknya terasa pedih. Namun, dia masih cuba untuk mengorek rahsia doktor itu. Dia mengharapkan dia salah orang.
"Reza Asyzen? Budak yang meninggal dunia tu? Adik kenal dia ke?" Riak wajah Syahira berubah lebih pucat. Hatinya bagai dirobek dengan belati. Sakit. Dia ingin meraung kesakitan. Namun, suaranya terlalu pedih untuk dia luahkan.
"Betul ke..." Lidah Syahira terkelu. Matanya memandang dalam wajah kecewa doktor di sisinya..
"Saya yang uruskan jenazah dia. Arwah. Mengingatkan saya pada arwah adik awak." Syahira tertawa sinis. Kepala digeleng kasar. Dia masih tidak percaya!
"Tak! Asy masih hidup!" Syahira mula mengamuk. Emosinya sudah tidak stabil. Dia masih tidak boleh terima kenyataan!
Doktor itu hanya menundukkan kepala. Baru saja doktor itu ingin membuka mulut. Matanya membulat besar apabila melihat Syahira sudah sesak nafas. Kepala digeleng kasar. PTSD!
"Syahira! Berhenti fikir! Tengok muka saya!" Doktor Umar menarik wajah Syahira. Memaksa pesakitnya memandang. Mata hazel Syahira bertemu dengan mata coklatnya. Doktor Umar tersentak. Lidahnya terkelu. Mata Syahira. Seolah-olah sedang menahan sakit.
"Kenapa...?" Lidah doktor Umar terkelu. Mulut ingin berbicara. Tapi, hatinya semakin sedih melihat air mata pesakitnya mula mengalir.
"Sampai hati kau, Asy." Nada suara Syahira bergetar hebat. Matanya berkaca. Bibirnya mengigil menahan rasa kecewa di dada. Sudah dua kali. Apabila dia sedar dirinya berada di hospital. Orang yang dia sayang telah pergi meninggalkannya. Dia. Benci. Hospital!
Wajah Syahira disembamkan ke dada bidang Umar. Air mata Syahira mula membasahi kemeja putihnya. Esakan Syahira semakin kuat kedengaran.
"Ahg...!" dada bidang Umar dipukul bertalu-talu. Walaupun samar-samar. Dirinya masih teringat detik terakhir sebelum dia hilang ingatan. Sungguh, dia kecewa. Rasa menyesal mula mengusai jiwanya. Sekarang. Dia tak boleh memutarkan masa!
Cahaya matahari menerangi wad Syahira. Beberapa daun gugur mula menari apabila angin petang meniup lembut. Apabila daun mula sujut ke tanah. Syahira mendongak kepala ke atas.
Nafas ditarik sedalam-dalamnya. Matanya terpejam rapat. Walaupun sudah tiga tahun kejadian itu berlaku. Hatinya masih lagi terasa kosong.
Asymaira. Sekarang, hanya dia seorang sahaja tinggal. Mereka sudah terpisah dua dunia. Perlahan-lahan, Syahira memaksa kelopak matanya dibuka. Pandangannya semakin sayu. Dia cuba untuk tenangkan dirinya.
YOU ARE READING
Code Name: Nurmaira
Aksi"Biar aku ubah takdir dengan tangan aku sendiri!"-Nurmaira Ramai orang sangka kehidupan gadis bernama Nur Maisarah Syahira sangat bertuah. Mana tidak? Mempunyai rupa yang cukup menawan, pintar, jaguh dalam dunia kokurikulum. Namun, kisah silamnya su...