Chapter 6

29 3 0
                                    

Walaupun sudah pukul 8 malam. Langit kelihatan gelap. Tiada bintang. Tiada juga bulan. Angin malam menampar tubuh Asy. Kesejukan mencengkam hingga ke tulang. Baru saja dia melangkah masuk ke hospital. Kedengaran ambulan baru sampai.

"Ketepi!" Asy melangkah ke sisi. Memberi para pekerja untuk membawa masuk pesakit. Telefon berdering nyaring. Setelah mengambil handphone ke dalam poket seluar. Matanya memandang mesej dari kawannya. Mira.

Maafkan aku.

Dahi Asy berkerut seribu. Sedar stretcher baru melintas. Tubuh Asy terkaku. Matanya membulat besar. Terasa hatinya sangat pedih. Satu lagi stretcher lalu. Matanya memandang figura yang sudah tinggal jasad, namun tak bernyawa. Lengan mangsa terkulai lemah. Matanya tertumpu pada lengan mangsa. Gelang itu. Gelang yang dia pernah beri pada Syahira!

Bola kaca yang ada di lengan mangsa tercabut. Sedar tidak sedar. Ia berhenti di hujung kaki Asy.

Tubuh Asy terkaku. Tangan yang memegang handphone terlepas di tangannya.

Asy melutut. Matanya merenung dalam gelas bulan yang dia buat. Asy masih tidak percaya dengan apa yang dia lihat. Dia masih terkejut dengan apa yang dia lihat. Tak sangka. Dia dah terlambat!

Dengan tangan mengigil, Asy mengambil gelas bulan itu. Bibir Asy mengigil hebat. Hatinya bagai dicucuk dengan jutaan pisau. Sakit. Pedih. Hancur. Hatinya bagai dicarik tanpa henti. Dia menggenggam erat gelas bulan itu. Rintikkan hujan semakin lebat menyembah tanah.

Asy terduduk lemah. Dentuman guruh semakin kuat. Terpancar cahaya kilat tempias ke wajahnya. Air matanya mengalir deras. Dia membawa loked itu ke dadanya. Jiwanya semakin rapuh. Tiada lagi tempat untuk dia mengadu.

"Kenapa Rara..." Bahu Asy terhinggut-hinggut. Esakannya semakin lama semakin kuat. Dia dah hancur. Hancur dengan kegelapan. Dia tak mampu selamatkan kawannya. Layak ke dia untuk Syahira. Sedangkan tidak mampu untuk lindungi Syahira. Kesal hati ini apabila dia tidak dapat melihat wajah sahabatnya buat kali terakhir. Semakin dalam luka ini ke kalbunya.

"Maafkan aku, Rara..." Sesak dadanya menahan sebak di dada. Sebab dia terlalu takut. Wajah Syahira tidak dapat ditatap buat kali terakhir. Suara Rara dia. Asy mahu mendengar walaupun hanya seketika. Namun, semuanya mustahil!

..........

Mata Masya memandang adiknya masih meronta. Kakinya bagai digam. Melalui tingkap wad VVIP, walaupun dari luar. Jelas, doktor pakar psikologi berusaha untuk tenangkan Syahira. Mata Masya terpejam rapat. Rasa sebak semakin hebat memukul kalbunya. Dia tak percaya dengan keputusan adiknya, Mira.

"Tak... Mira masih ada harapan untuk hidup, kan?" Syazwana merenung dalam wajah Masya. Kepala digeleng walaupun payah. Sejujurnya dia sangat kesal. Dia mampu selamatkan ramai orang. Tapi, anaknya sendiri berada dalam ambang maut.

"Mira disahkan mati otak. Ye, dia bernafas. Tapi, dia tak akan bangun, sampai bila-bila." Masya terduduk. Matanya membulat. Anak matanya mengecil mendengar setiap kemungkinan. Mira... Sudah tinggalkan dia.

"Syahira..." Sedar akan adiknya masih berjuang di bilik bedah. Matanya memandang wajah pucat umminya. Wajarlah umminya sedih. Kedua-dua anak kesayangan telah berada di ambang kematian. Keadaan Syahira sangat kritikal.

"Mira kata dia nak derma paru-paru dia dekat Syahira." Masya tersentak. Nafasnya turun naik. Tak... Jika Syahira tahu paru-paru Mira ada di tubuh itu. Syahira akan salahkan dirinya seumur hidup!

"Jangan! Ummi. Tolong. Biarlah Masya dermakan paru-paru Masya. Bukan Mira. Ma...Masya lagi rela ikut Mira. Daripada tengok Syahira terseksa!" Tangan Ummi digenggam erat. Air matanya mengalir sayu. Dia tak sanggup. Tak lama kemudian Syazwana merenung dalam mata anaknya. Terpancar kekecewaan di mata Masya.

Code Name: NurmairaWhere stories live. Discover now