Chapter 19

14 2 0
                                        

Iqmal berhentikan keretanya di tempat parking yang sedikit tersorok. Selang beberapa saat, kereta yang dipandu oleh Umar sampai. Serentak, Umar dan Iqmal membuka pintu kereta. Mereka melangkah keluar dari perut kereta. Pintu kereta ditutup. Iqmal mula mengorak langkah ke kereta Irqmal. Langkahnya berhenti berhadapan dengan Umar.

"Ingat alihkan perhatian dia. Dan ambil ni," Irmal terus memberi earpiece kepada Umar. Dahi Umar berkerut. Apa dia nak buat dengan earpiece ni?

"Kenapa..."

"Aku tak ada masa nak terangkan. Lagi satu, Maaf ye," Umar mula terpinga-pingan dengan ayat terakhir Irqmal. Maaf? Kenapa Iqmal nak minta maaf? Tanpa membuang masa, Iqmal mengeluarkan pistolnya.

Bang!

Iqmal menembak cermin sisi. Dengan angkuh. Kakinya melangkah ke belakang kereta Umar.

Bang!

Satu lagi tembakan dilepaskan di signal belakang kereta. Umar ternganga apabila melihat tindakan berani mati Iqmal. Kawannya tak sayang nyawa!

"Apa masalah kau ni! Kalau kereta ni aku punya tak apalah juga. Ni kereta orang, kau tahu tak!" Naik seoktaf suara Umar. Dadanya mula turun naik. Tak ada penyakit, perginya cari penyakit. Kalau Iqmal yang kena jawab dengan orang atasan tak apalah juga. Ni tak. Dia juga yang kena menjawab. Iqmal mengeluh berat. Tanpa banyak cakap, jari telunjuk Iqmal dihalakan ke arah kereta miliknya.

"Kau tengok tu. Kereta aku kena jadi mangsa tembakan. Kalau aku tak tembak kereta kau, mesti mereka akan perasan. Jangan banyak cakap. Jalan," Umar mendengus geram. Ada je benda nak menjawab. Malas nak bertekak. Umar terus membuka pintu kereta. Tubuhnya dimasukkan ke dalam perut kereta. Selang beberapa saat kereta itu mula meninggalkan Iqmal.

...........

"Mana pula mereka pergi ni? Menyusahkan betullah!" Pemandu kereta berwarna kuning itu mula bengang. Dah dua puluh minit dia cari. Tapi tak jumpa-jumpa juga. Apa dia nak jawab dekat bosnya nanti?

Tak lama kemudian lelaki itu mula tersenyum sinis. Akhirnya kereta yang sudah lama dia cari mula keluar dari tempat menyorok.

"Nanti abang nampak sempang. Abang Umar terus belok kanan. Jangan belok kiri pula," selepas mendengar arahan Syahira. Umar mengeluh berat. Kenapa dia yang jadi umpan pula ni? Matanya menjeling ke arah side mirror. Oh lupa pula... si Iqmal pergi tembak side mirror tu!

Umar mula mendengus geram. Sampai sekarang dia sakit hati dengan sikap Iqmal. Tak ada kerja betul! Umar menjeling ke cermin belakang untuk memastikan kereta kuning itu mengekori dia.

"Lepas itu belok kanan. Nanti kalau ada nampak kedai makan belah kiri tu abang akan nampak selekoh. Belok kiri," seraya dengan arahan Syahira membuatkan dahi Umar berkerut hebat. Syahira ni memang nak cari nahas ke apa? Serius. Ni memang kerja gila!

"Syahira. Adik sedar tak yang adik pilih tu jalan mati? Memang nak suruh abang Umar masuk gaung ke apa!" Suara Umar naik seoktaf. Geram!

Syahira terpaksa mencabut. Menjauhkan earpiece dari telinganya. Ni memang nak dia pekak ke apa?

"Berhentilah kalau dah nampak gaung tu. Itu pun nak ajar ke? Lagi satu, adik tak suruh pun abang terjun dari gaung. Tu namanya nak bunuh diri!" Kali ini giliran Umar pula menjauhkan earpiece yang dipakainya dari telinga. Sakit betul telinganya selepas mendengar tempikan Syahira.

"Ye ye... yang pasti. Rancangan ni akan berjaya. Abang tutup dulu. Assalamualaikum," Selepas mendengar Syahira menjawab salam. Umar tekan butang merah yang ada pada hujung earpiece. Keretanya diberhentikan. Brek ditarik. Senyuman sinis terlakar dibibir Umar.

Code Name: NurmairaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang