Chapter 28

18 2 0
                                        

Rizwan merenung luar tingkap kedai cafe. Hidungnya semakin memerah. Penat seharian dia menangis. Matanya terpejam rapat.

Setiap kenangan Syahira dan dirinya waktu kecil masih berlegar dalam mindanya. Rengekan manja Syahira cukup buat jantungnya hilang. Senyuman manis gadis itu. Tatapan mata hazel Syahira buat jantungnya berdegup kencang.

"Asyrizal!" Rizwan tersentak. Matanya membulat besar apabila melihat pintu cafe dihentak kuat. Pantas, kepalanya ditundukkan. Tak mengaku Syamin kawannya!

"Asy! Kau dekat mana..." Bibir Syamin mengigil hebat. Sebak apabila mendengar nada suara Rizwan berubah sayu waktu telefon tadi. Wajah Rizwan semakin merah. Sejak bila Syamin jadi macam ni?

"Asy..." Rizwan menekup kedua-dua telinganya apabila Syamin merengek. Kaki Syamin melangkah mengelilingi kedai cafe itu. Mencari kelibat Rizwan. Topi baju hoodienya ditarik kasar. Menutup wajahnya. Kenapa eh? Dia ditakdirkan dapat kawan sewel macam Syamin?

"Ahg!" Syamin terjerit kecil apabila merasakan seseorang menarik kasar hujung baju hoodienya. Melihat wajah Rizwan. Senyuman Syamin semakin lebar.

"Asy! Kau nangis ke? Alololo... Nak cendol ke? Jap!" Mata Syamin memandang sekeliling. Mencari pelayan.

"Waiter!" Mata Rizwan membuat besar. Gila! Syamin oder betul-betul ke ni?

"Saya nak cendol satu. Untuk mamat ni." Allah! Jatuh terus air muka dia dengan Syamin! Dahlah pelayan tu perempuan. Mana dia nak sorok muka ni!

"Dik. Salah kedai ni. Kami tak jual cendol waktu malam?" Syamin tersentak. Matanya memandang sekeliling. Jelas, ramai yang makan waste sahaja.

"Orang tengah sejuk. Kau oder ais? Gila ke apa?" Sempat Rizwan memerli Syamin. Mata Syamin menjeling tajam wajah Rizwan. Eh! Orang datang sini pun kira bersyukur tau!

"Eh! Mykori tak ada pula orang komplen! Elok je makan ais." Gigi Rizwan diketap kuat. Ada je benda nak menjawab!

"Kau fikir apa? Kedai mamak?" Syamin menjulingkan mata. Tangan sudah disilang ke dada. Malas nak layan Rizwan!

"Saya nak air Cappuccino. Mamat... Eh! Maksud saya minah ni kopi'o je. Dia punya selera memang macam orang tua sikit." Mulut Syamin ternganga mendengar Rizwan mengutuknya depan-depan. Wah! Ni melebih!

"Waw... Syahira cari pasal dengan kau. Asal aku terlibat?" Rizwan tertawa kecil. Kepala tergeleng mendengar Syamin membebel. Lega sikit hatinya. Walaupun cara Syamin kasar. Tapi, hatinya sangat terhibur.

"Kau okey tak ni?" Kali ini Syamin berubah mood serius. Matanya memandang wajah Rizwan. Bimbang jika Rizwan pura-pura okey.

"Tak okey dengan perangai kau." Syamin tertawa sinis. Tak lama kemudian kaki Rizwan ditendang kasar. Puas hatinya mendengar Rizwan mengaduh kesakitan!

"Kau... telefon aku tiba-tiba tau. Pakej nangis lagi. Kau ni buat malu betul! Takkan dengan Syahira pun kau terasa." Rizwan tersenyum tawar. Ini pertama kali dia minta Syamin lepak dengannya. Biasanya, Syamin yang ajak lepak.

Nak gaduh dengannya sebab bosan... Huh!

"Entahlah. Aku... tiba-tiba jadi lemah bila Syahira kata arwah Reza bagi gelang ni dekat dia. Aku rasa. Aku tak layak untuk Syahira. Hati Syahira hanya untuk arwah Reza. Bukan aku." Riak wajah Syamin berubah. Matanya memandang wajah Rizwan. Jelas Rizwan cuba memaksa dirinya untuk tersenyum.

"Aku rasa... Aku nak putus asa." Syamin hanya mampu mendengar luahan hati Rizwan. Keluhan berat terlepas dibibirnya. Seolah-olah dirinya ada di situasi Rizwan.

"Kau tahu tak? Semakin lama kau usaha. Semakin sabar kau menanti. Semakin berharga seseorang tu. Aku faham perasaan kau. Jika kita dah usaha. Berdoalah pada Ilahi. Sekurang-kurangnya, kita dah usaha. Jika ia buka jodoh kita. Mungkin orang yang lebih baik." Rizwan tertunduk lemah. Matanya memandang gelang yang ada di tangannya. Keluhan berat terlepas dibibirnya. Pantas, dia memberi semula gelang itu pada Syamin.

Code Name: NurmairaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang