"Wait! You try kill her tomorrow? Seriously?" The Aconitum terkejut dengan rancangan The Redwins. Dahinya berkerut melihat The Redwins tersenyum sinis. Tak faham dengan keyakinan kakaknya sendiri.
"I bosan tengok dia hidup lama. Red spider lily? You join?" Kepala The Redwins sudah berpaling kepada Red spider lily. Masih tekun membaca segala maklumat mafia yang mengacau tempatnya.
"Up too you. Janji aku boleh bunuh dia." Selamba saja Red spider lily berbicara. Tidak ada rasa gentar mahupun gementar.
"Wait! You tak nak join ke The Aconitum?" Jelingan maut adiknya diabaikan. Mestilah. Kawasan kilang dadah mereka diserang mafia lain. Sepatutnya The Redwins fikir cara balas dendam. Cari maklumat mereka. Bukan fikir macam mana nka bunuh budak yang terlepas dalam bulan berdarah tu!
"You don't care about mother?" Makin berasap telinga The Aconitum apabila mendengar soalan kakaknya. Matanya terpejam rapat. Gigi diketap kuat. Hatinya mendidih panas!
"Macam mana you tahu budak tu bunuh mak kita? I nak bukti. Selagi tak ada bukti. Jangan harap i nak kotorkan tangan i dekat budak tu, okey!" The Redwins mendengus marah. Kedua-dua tangannya sudah disilangkan ke dada. Berapa banyak bukti lagi The Aconitum nak?
"Gambar dia pegang pisau. Gambar dia tikam mak kita. DNA yang ada dekat baju dia. Tak cukup?" The Aconitum mengeluh berat. Matanya merenung dalam anak mata The Redwins. Jelas, mata The Redwins berkaca hebat. Mungkin rindu dengan ibu mereka.
"Semua palsu." Mata The Redwins membulat besar. Tak percaya. Adiknya mengatakan bukti itu palsu? Sebab itu ke The Aconitum biarkan Syahira terlepas selama ni?
"You try play with her, right?" The Aconitum tersentak. Matanya tertumpu pula pada Red spider lily. Jelas, tatapan penuh kebencian terpancar di kornea matanya.
"So, what? Why you try killing her? Apa dia buat sampai you benci sangat dekat dia, huh?" Tidak puas hati dengan tatapan mata red spider lily. The Aconitum mula bertanya. Sejujurnya dia sudah jemu dengan dendam tak kesudahan ni. Dia nak bebas! Dia nak jadi manusia normal. Tak perlu hidup dalam dendam.
"Dia... Musnahkan hidup aku." Dahi The Aconitum berkerut seribu. Hairan. Apa yang Syahira buat? Kenapa red spider lily cakap macam tu pula?
"Sejak bila? Bukan you kawan di..."
Pak!
Terkejut The Aconitum apabila Red spider lily sudah menepuk meja kerjanya. Dia bangun dari duduk. Kakinya sudah maju ke hadapan. Jauh dari mereka berdua. Tidak mampu lagi mendengar soalan menyakitkan hati!
"I tak habis lagi dengan you!" Langkah kaki Red spider lily terhenti. Kepalanya berpaling ke belakang. Mata The Aconitum membulat besar. Terkejut dengan tatapan dingin Red spider lily.
Tatapan yang dahaga dengan darah!
"Berhenti. Masuk. Campur." Satu persatu perkataan itu keluar dari mulut Red spider lily. Nada suaranya kedengaran sangat garau. Mata coklat gelap itu seolah-olah hilang cahaya. Serentak saja dia berpaling semula ke hadapan. Dia kembali membuka langkah. Dia perlu simpan tenaga untuk bunuh Syahira!
"You serius tak nak join ka..."
"Aku tetap dengan keputusan aku. Cukuplah sekali aku salah bunuh orang!" Mata The Redwins membulat besar. Kepala tergeleng melihat The Aconitum turut bangun dari duduk. Kaki The Aconitum melangkah mendekati Herl.
Mata The Redwins dikuyupkan. Hatinya sedikit pilu melihat The Aconitum sudah mengambil pistol dari tangan Herl. Dia tahu, The Aconitum tak pernah kotorkan tangannya untuk membunuh. Peluru dia pun guna peluru angin. Sekadar pengsankan musuh semata-mata.

ANDA SEDANG MEMBACA
Code Name: Nurmaira
Ação"Biar aku ubah takdir dengan tangan aku sendiri!"-Nurmaira Ramai orang sangka kehidupan gadis bernama Nur Maisarah Syahira sangat bertuah. Mana tidak? Mempunyai rupa yang cukup menawan, pintar, jaguh dalam dunia kokurikulum. Namun, kisah silamnya su...