Langkah kaki Syahira terasa lemah. Matanya semakin lama semakin kabur. Kenapa dirinya tidak dapat kawal diri? Kenapa kenangan gelap itu muncul kembali? Kenapa dia cuba nak bunuh El, saudaranya sendiri!
Ye, pisau itu untuk pertahankan dirinya. Mana tahu, dia saat dia sedang bahagia. Musuh cuba melakukan serangan hendap. Malanya, ia hampir memakan diri!
"Syahira!" Tubuh Syahira hampir tertumbang. Terasa seseorang memeluk bahunya dari belakang. Kepala Syahira berpaling ke belakang. Terkejut apabila Kim sungguh dekat dengannya. Riak wajah Kim. Seolah-olah risau akannya.
"Kau okey tak ni? Muka kau pucat sangat. Kau rehatlah. Aku jaga kau." Tatapan mata Kim semakin layu. Takut jika apa-apa berlaku padan gadis yang dia kasihi dalam diam.
"Aku okey. Jangan ri..."
"Lagi kau cakap jangan risau. Selagi tu aku akan risaukan kau. Faham tak?" Syahira terkaku. Mata Kim mula berkaca. Ah! Hati yang keras kalah bongkah ais ini bila-bila masa saja boleh cair. Kenapa ramai ingin memastikan kesihatannya terjamin?
Mata Syahira tertumpu pula pada tangan Kim masih tidak mahu melepaskan bahunya. Terkejut. Apabila baju kurungnya telah menyerap darah di tapak tangan Kim.
"Siapa cederakan kau?" Syahira terkejut. Kim. Tersentak. Pantas saja tangannya beralih dari terus mencengkam bahu Syahira.
"Maaf. Aku terkotorkan baju kau. Aku lupa pula..."
"Aku ke?" Kim tersentak apabila tekaan Syahira tepat. Ya, Syahira seorang saja yang pegang pisau betul!
"Aku okey je. Jom." Pantas saja Kim menarik lengan baju Syahira. Rizwan yang melihat dari jauh mula kesal dengan dirinya sendiri. Kenapa dia juga tenggelam dengan kenagan hitam itu? Kenapa dirinya tidak menghalang Syahira lebih awal?
"Benarlah. Aku hanya saksi Syahira ubah takdir dia sendiri." Akhirnya, dirinya pergi. Tidak ada guna dia menghalang Kim terus mendekati Syahira. Langkah kakinya semakin lama semakin perlahan. Kenangan hanya dirinya saja yang pegang. Hanya Tuhan saja tahu pertapa pedihnya apabila Syahira tidak mengingatinya.
"Aku tak kenal kaulah!"
"Berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi!"
Bibir Rizwan mengigil hebat. Jiwanga cuba menahan rasa sebak di dada. Kata-kata itu cukup menusuk ke kalbu. Sepatutnya dia tidak perlu memunculkan diri. Kenapa dia masih berharap Syahira menerimanya? Dirinya tenggelam dengan kenangan lama.
"Layak ke aku untuk dia?" Kepala tertunduk lemah. Tanpa sedar, setitis air mata mula mengalir ke pipinya. Kenapa dia perlu persoalkan? Sedangkan jawapan di depan mata.
Syahira layak untuk dapat lebih baik darinya. Bukan dirinya yang hanya melarikan diri tanpa henti.
............
Iqmal yang melihat Zara baru keluar dari bilik Syahira terkaku. Tangannya masih lagi memegang mug masih berisi air. Terbantut sudah niatnya ingin duduk semula di depan tv. Riak wajah isterinya kelihatan resah!
"Awak. Suhu badan Syahira makin tinggi ni. Jom pergi farmasi. Ummi dengan ayah pun keluar ni." Iqmal terkedu. Sejujurnya dia sangat penat. Gila tak penat?
Kena hadap tetamu lagi. Paling bala kena hadap perangai sewel anak buahnya lagi tu!
"Esok tak boleh ke? Bahaya tinggal syahira sorang-sorang." Zara hanya mampu menggelengkan kepala. Kalau suhu badan Syahira tak tinggi. Tak apalah. Ini sampai 38°c!
"Panas sangat ni. Saya sapu dengan daun bunga raya pun tak jalan. Jom. Risaulah saya. Nanti saya suruhlah Masya jaga." Iqmal hanya mampu melepaskan keluhan berat. Jujur, dia sendiri pun risau. Dari mula sampai akhir muka Syahira pucat tak berdarah!
YOU ARE READING
Code Name: Nurmaira
Ação"Biar aku ubah takdir dengan tangan aku sendiri!"-Nurmaira Ramai orang sangka kehidupan gadis bernama Nur Maisarah Syahira sangat bertuah. Mana tidak? Mempunyai rupa yang cukup menawan, pintar, jaguh dalam dunia kokurikulum. Namun, kisah silamnya su...