"Abang... kenapa laju sangat bawa kereta ni? Kalau kena saman macam mana!" Naik seoktaf suara Masya. Tangan kirinya mengenggam pemegang. Terkejut dibuatnya apabila kereta itu bergerak dengan kelajuan 178 km/j. Iqmal buat jalan raya ni macam litar pelumba kereta!
"Diamlah!" tempik Syahira dan Iqmal serentak. Bahu Masya terjungkit seketika. Irqmal memulas stereng kereta untuk membelok ke kiri. Mata Syahira masih memandang ke belakang. Dia sangat yakin yang van berwarna hitam sedang mengekori mereka bertiga. Matanya memandang nombor plat van itu.
"Abang Irqmal, nombor van tu JLP5703."
"Baiklah Syahira. Baru nak suruh beritahu nombor plat van tu. Ni bila nak jawab panggilan telefon kawan abang tu? Kesian... Dia kena palau dari tadi," Syahira menepuk dahi. Macam mana dia boleh lupa ni? Tulah... terlalu cemas, sampai lupa nak angkat handphone.
"Abang pasti ke mereka tu ikut kita? Mana tahu mereka sebenarnya nak cepat sebab ada kecemasan," Syahira mengetuk kepalanya menggunakan handphone milik Iqmal. Iqmal menjeling tajam wajah Masya. Serentak, Syahira dan Irqmal mengeluh berat.
"Cik Masya... kalau ada kecemasan sekali pun. Dia boleh je guna lorong kecemasan. Kenapa dia ikut kita guna jalan yang sama? Abang dah banyak kali belok. Tapi van tu masih ada. Adik kamu pun perasan!" Masya mencebik. Pandangannya dialih ke luar. Syahira tersenyum nipis. Kepala tergeleng melihat wajah Masya berubah masam mencuka. Panggilan diangkat. Mood speaker dipasang.
"Assalamualaikum Iqmal. Kenapa tak jawab call? Dah banyak kali aku call. Kau dekat mana?" tanya Umar dalam panggilan. Buat kali kedua Iqmal mengeluh berat. Soalan dia... macam peluru!
"Aku tengah memandu ni. Sebab tu aku tak boleh layan karenah kau. Aku tak tahu aku dekat mana. Yang aku tahu aku tak boleh bawa mereka berdua balik rumah tunang aku," dahi Umar berkerut seribu mendengar jawapan Iqmal. Seribu tanda tanya berlegar di fikirannya.
"Kau macam mana? Okey ke tak ni? Ada masalah ke? Macam mana keadaan girlfriend?" Dahi Irqmal berkerut. Syahira padang Masya. Masya padang Syahira. Kemudian Syahira dan Masya memandang Iqmal meminta penjelasan.
"Girlfriend yang mana pula ni?" Iqmal menggaru kepala walaupun tak gatal. Orang tengah serabut ni. Tolong jangan tambahkan lagi serabut dalam otaknya!
"Eh! Kau punya soalan macam aku ni playboy pulak ye. Siapa lagi kalau bukan Masya," Umar tertawa besar. Terbeliak mata Masya mendengar jawapan Umar. Masya perlahan-lahan memandang ke belakang. Peluh dingin membasahi wajahnya.
Aura hitam Syahira mula kelihatan. Jantung Masya tberdegup kencang. Jangan tanya pada mata Syahira. Macam helang. Syahira pantang dengar couple ni. Memang anti! Dalam hati dah berdoa Umar cakap dia bergurau!
"Tak ada maknanya okey. KO adalah. Lagi satu, kau sedar tak yang aku pasang mood speaker?" Tangan yang menyelak kertas kerja terhenti. Buku yang dipegang terus jatuh ke atas meja. Mata Umar terkebil-kebil. Cuba hadam apa yang baru kawannya cakap.
"Apa! Ja..janganlah buat lawak Iqmal," Umar mula kelihatan gelisah. Otaknya masih ligat memikirkan cara untuk cover apa yang dikata sebentar tadi. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya!
"Kau fikir aku ada masa ke nak buat lawak!" Umar menjauhkan handphone dari telinga. Boleh pekak telinganya kalau hari-hari dengar Iqmal menjerit.
"Aa... aa... aku gurau je tadi. Bukan betul-betul pun. Ni apa yang KO? Macam mana keadaan kau sekarang ni?" Umar mula mengubah topik. Dalam hatinya terus berdoa agar mereka melupakan apa yang dia kata tadi. Terutamanya Masya!
Masya menoleh semula ke belakang. Lega sedikit hatinya apabila melihat reaksi adiknya mula percaya kata-kata Umar. Dalam hati mahu saja dia nak cekik Umar hidup-hidup!
YOU ARE READING
Code Name: Nurmaira
Action"Biar aku ubah takdir dengan tangan aku sendiri!"-Nurmaira Ramai orang sangka kehidupan gadis bernama Nur Maisarah Syahira sangat bertuah. Mana tidak? Mempunyai rupa yang cukup menawan, pintar, jaguh dalam dunia kokurikulum. Namun, kisah silamnya su...