Chapter 16

7 2 0
                                    

Mata Masya masih tidak lepas menonton filem kegemarannya. Kekacang disuap ke mulut. Bunyi crunchy kekacang kuat kedengaran apabila dikunyah. Masya tersentak apabila handphone sudah berdering nyaring. Pantas, Masya me jawab panggilan. Senyuman lebar terlakar bibirnya.

"Assalammualaikum. Abang Iqmal!" senyuman masih terlakar dibibir Masya. Tak dapat jumpa Iqmal depan mata. Dengar suara pun jadilah...

"Walaikummusalam... Masya sihat?" Iqmal tersenyum nipis setelah menjawab salam Masya. Dah lama tak dengar suara bakal adik ipar nombor dua paling dia sayang. Kenapa tak nombor satu? Senang... sebab Masya selalu buli dia!

"Sihat. Abang... Masya rindu nak jumpa abang Iqmal. Datang lah sini...," Iqmal tertawa hambar. Rindu nak jumpa ke... rindu nak buli? Dengar boleh, percaya jangan!

"Nak jumpa ni mesti nak buli abang lagi kan..." Terkejut Masya dibuatnya setelah mendengar kata-kata Iqmal

"Eh! orang cakap betullah! Orang buli mung betul-betul, baru mung tau..." Iqmal hanya tersengih. Kepala tergeleng. Geli hatinya dengan Masya.

"Ye, bakal adik ipar kedua kesayanganku... abang percaya..." Dahi Masya berkerut hebat apabila mendengar kata-kata Iqmal. Kedua tersayang? Kenapa tak pertama?

"Ala... tempat kedua je..." Iqmal tersenyum sinis mendengar Masya merungut.

"Ye. Sebab tempat pertama jatuh kepada Syahira," Masya menjulingkan matanya ke atas setelah mendengar ujar Irqmal. Untung ye Syahira.

"Eh Kak Zara tahu tak yang abang telefon Masya? Sekali dia tengok abang telefon Masya tanpa pengetahuan dia. Mahu dia marah Masya," Iqmal menarik sedikit koler baju kemejanya. Terasa panas pula dekat cafe ni.

"Akak ada dekat sini. Macam mana aku tak tahu yang kau tengah cakap dengan tunang aku?" Terbeliak mata Masya setelah mendengar suara Zara. Terus berdiri tegak dia.

"Jap. Abang dekat mana sekarang ni?" soal Masya. Hairan, macam mana Zara boleh ada sekali?

"Abang dekat restoren ni. Ala... kan sekarang ni waktu lunch. Jadi sekarang kami tengah makan lah. Abang pasang mood speaker sebab tu Zara boleh dengar. Tak kuat pun..." Masya melepaskan nafas lega setelah mendengar penerangan Iqmal sebentar tadi. Ingatkan Iqmal pasang voice kuat-kuat. Lagi haru dibuatnya kalau suaranya didengari satu kedai.

"Kakak kenapa tak bagitahu kawan lama kakak rawat Syahira? Kau memang nak tengok aku ni tak berguna ke?" Zara tertawa hambar. Tak lama kemudian, tubuh Iqmal terasa sejuk. Pantas, Iqmal menoleh ke kiri. Tersentak dia apabila melihat pandangan dingin tunangnya.

"Lain kali, orang lain pergi hospital, ikut! Semua nak salahkan aku. Lembab!"

Masya mengusap telinganya perlahan. Perit betul telinganya mendengar jeritan Zara di akhir ayat tu. Naik turun nafas Zara apabila bercakap dengan adik yang paling kepala batu dalam keluarganya. Iqmal melarikan anak matanya daripada bertentang mata dengan Zara. Kenapa tempat ni panas sangat? Padahal aircond bukan main banyak lagi.

Apabila Iqmal menoleh ke kiri. Matanya tertangkap susuk tubuh jejaka di sebelahnya. Iqmal menoleh memandang handphone. Senyuman nakal terlakar di bibir Iqmal.

"Aaa... Masya... kalau si Umar lamar Masya jadi isteri dia... Masya terima tak?" soal Irqmal.

"Mestilah terima..." Dengan lajunya Masya menjawab soalan Irqmal. Dia ketawa kecil. Tangannya menekup mulutnya.

Air teh tarik tersembur keluar setelah mendengar jawapan Masya. Muka Umar mula bertukar warna merah semerah tomato menahan malu campur. Sakit tekaknya akibat tersedak air tadi Iqmal dan Zara menoleh ke arah Umar. Nasib baik Zara duduk menghadap Iqmal. Kalau tak, dah lama muka dia jadi mangsa.

Code Name: NurmairaWhere stories live. Discover now