"Jadi..." Rizwan terkelu. Dia tak sangka. Syamin ada jasad sendiri? Bila? Lagi satu. Macam mana Syamin boleh kata sihir hitam ini boleh membahayakan ramai orang?
"Aku tak tahu. Macam mana aku nak keluar dari situ. Jadi, kalau kau dapat salah satu permata tu. Jangan sesekali serahkan pada pihak berkuasa." Kali ini nada suara Syamin kedengaran lebih tegas. Melihat Rizwan sudah melarikan tatapan mata itu. Syamin tersenyum sinis. Sedarlah. Kawannya turut memegang amanah itu!
"Kenapa?" Walaupun berbisik. Syamin dapat mendengar dengan jelas. Badannya disandarkan pada badan sofa. Dirinya telah berpeluk tubuh. Tegang je wajah Syamin. Rasa janggal pula Syamin tak jadi selamba macam dulu!
"Kau rasa pihak berkuasa akan bertindak ikut waras ke?" Ringkas, padat dan singkat! Tak payang fikir panjang memang mereka tak boleh dipercayai!
Syamin bangun dari duduknya. Kakinya melangkah mendekati Rizwan.
"Hah!" Rizwan tersentak apabila Syamin sudah memerangkap dia. Kedua-dua tangan Syamin sudah di sisi sofa single. Apabila dia menatap mata kelabu Syamin. Tubuh Rizwan terkaku. Tak sangka. Syamin yang dia kenal. Hilang dalam satu malam!
"Kalau kau tak nak mati. Jaga... Permata tu macam nyawa..." Gigi Syamin diketap kuat. Matanya berubah dingin. Dendam. Ya! Dia berdendam!
Kehidupan masa lalunya terlalu malap. Hingga dia kehilangan ramai orang dia sayang. Sedangkan dirinya? Masih tidak tua mahu pun mati. Dia tersekat dalam masa!
"Apa tujuan kau... Buru the black dragon?" Syamin tersenyum sinis. Tak! Itu bukan senyuman mengejek. Itu senyuman yang dahagakan darah!
"Aku, tak nak ada keturunan pengkhianat dalam dunia ni..." Ah! Seram gila suara Syamin! Seolah-olah ingin membunuhnya bila-bila masa!
"Aku rasa kau sakit lagi ni. Cuba rehat."
Rizwan tersenyum janggal. Janganlah cari fasal... Syamin tak pernah jadi macam ni!
Namun, senyuman Rizwan mati serta merta apabila melihat Syamin menjeling tajam wajah Rizwan.
Orang tengah serius. Boleh pulak dia buat lawak? Nasib Rizwan selamatkan dia. Kalau tak memang penumbuk dia hinggap dah dekat mata Rizwan tu.
"Jangan dekat sangat. Tak selesa."
Okey! Sambung balik sengih tu! Rasa macam makin janggal je.
"Ahg!"
Dahi Rizwan berkerut menahan kesakitan apabila dahi Syamin sudah menghentak kepalanya.
Sakit gile!
"Gila ke? Aku masih normal, jahanam!"
Syamin mencebik. Makin dilayan. Makin gila dibuatnya. Dahinya diusap lembut. Aduh... Kuat juga dia hentak kepala Rizwan.
"Aku kena balik."
Rizwan bangun dari duduk. Baru saja dia ingin membuka langkah. Syamin mendepakan tangan.
Rizwan tersentak. Matanya memandang tajam wajah Syamin. Apa lagi dia nak merapu ni?
"Kau naik apa?"
Dahi Rizwan berkerut seribu. Hairan. Ini ke Syamin yang dia kenal? Sejak bila dia ambil tahu pasal dirinya?
"Moto. Asal?"
"Kau tidur sinilah. Dahlah hujan. Malam pula tu."
Ah sudah... Ini macam tiga kali jumaat ni.
"Kau dah kenapa? Dah nak mampus ke?"
Mata Rizwan membulat besar apabila penumbuk Syamin hampir hingga ke mukanya. Selamat sempat elak!
ANDA SEDANG MEMBACA
Code Name: Nurmaira
Action"Biar aku ubah takdir dengan tangan aku sendiri!"-Nurmaira Ramai orang sangka kehidupan gadis bernama Nur Maisarah Syahira sangat bertuah. Mana tidak? Mempunyai rupa yang cukup menawan, pintar, jaguh dalam dunia kokurikulum. Namun, kisah silamnya su...
