Chapter 31

5 2 0
                                    

Buku yang ada di tangan figura tinggi lambai itu diletakkan semula dalam lokernya. Keluhan berat terlepas dibibirnya. Angin pagi menampar lembut tubuhnya. Kepala berpaling. Cahaya mata hari mula berlumba-lumba masuk melalui tingkap besar di sebenarnya. Dahinya berkerut seribu.

Tangan kekarnya menghalang cahaya matahari dari terus menusuk ke matanya. Semakin kecil matanya dibuka. Cahaya matahari mula masih dicelah-celah jari. Ah! Silau gila!

"Khairy Jeffry!" Tersentak Khai apabila namanya diseru. Kepala berpaling ke belakang. Jelas, Zahid tersenyum nipis.

"Cepatlah. Aku dah lapar ni." Khai mendicip. Matanya menjeling tajam wajah Zahid. Harai betul. Makan banyak-banyak pun berat dia tak naik pun! Jealous!

"Kau tahu makan je kan? Jangan lupa malam ni." Dahi Zahid berkerut seribu. Hairan. Apa yang perlu dia ingat?

"Lepak ke?"

Bok!

Ambik kau! Mendapat dah penumbuk sulung Khai... Hotak dia lepak!

"Ahg...! Sakitlah! Salah ke?" Allah... Berasapnya telinga dengar soalan tak matang Zahid... Pipi Zahid dicubit sekuat hati. Makin kuatlah member tu meraung!

"Misi. Lembab!" Ha... Tak de lapis ye. Dah hilang sabar dia dengan Zahid. Malangnya siapa dapat kawan dia ni!

"Dah! Dah! Sakitlah bangang!" Semakin kuat Zahid memukul tangan Khai yang masih mencubit pipinya. Rasa nak cabut kulit dia!

Bunyi notifikasi whatsapp cukup membuatkan diri Khai tersentak. Apabila handphone dikeluarkan dari poket seluarnya. Matanya membaca mesej itu. Terbuntang matanya melihat gambar wanita yang berdiri depan pintu kelas.

"Madam Liyka dah masuk oi!" Mata Zahid terkebil-kebil. Kemudian matanya melihat wajah gelabah Khai. Tak faham. Kalau Madam Liyka masuk pun. Apa salahnya?

"Masuk mana pula?" Ya Allah... Sakitnya hati dia dengar soalan bodoh Zahid ni! Nak sepak boleh tak?

"Masuk kelas kitalah! Cepat! Teringin kena naik turun tangga ke?" Sempat Khai membebel. Mulut macam murai pun. Kerja kutip buku dalam loker masih jalan.

"Weh! Awal gila!" Sekarang otak Zahid dah berfungsi! Kunci loker diambil semula dalam beg sandangnya. Eh! Mana pula kunci dia ni? Time macam nilah nak hilang!

"Hoi! Kau curi kunci loker aku ke?" Baru saja Khai ingin membuka langkah. Tubuhnya terkaku. Kepala berpaling ke belakang. Jelas, Zahid masih gelabah mencari kunci loker.

"Kalau aku cakap kau bodoh. Marah pula. Yang tergantung dekat loker tu apa?" Mata Zahid membulat besar. Apabila matanya memandang lokernya. Sedarlah kunci itu lokernya sahaja. Wei! Dia tak cabut pun kunci loker dari pintu!

"Wei! Tunggulah!" Tempikan Zahid dari jauh diabaikan. Lantaklah! Baik dia lepas tengkuk sendiri dulu.

Dirinya memecut laju. Sempat ke dia sampai? Eh! Rasanya mood pengajarnya tak baik!

Tanpa sedar. Khai sudah merempuh kasar bahu gadis kecil itu. Langkah kakinya terhenti apabila mendengar buku jatuh. Kepalanya berpaling ke belakang. Jelas, gadis itu sudah terduduk.

Dahi Qarina berkerut menahan kesakitan. Bekas luka di bahunya kembali berdarah. Jelas, tompok merah di kemeja kuning cairnya.

"Awak okey tak?" Tubuh Qarina terkaku. Matanya membulat besar. Suara tu. Tak! Dia tak salah orang!

"Nak saya tolong..." Baru saja Khai ingin mengambil buku itu di sisi Qarina. Pantas saja Qarina menyambut buku itu. Walaupun payah. Qarina cuba bangun. Tak! Dia tak boleh tunjuk muka dia depan Khai!

Code Name: NurmairaWhere stories live. Discover now