#BAB 30

13 0 0
                                    

Haruman bau masakan yang dimasak oleh Fikry memenuhi ruang dapur. Jam di dinding menunjukkan pukul 7.00 p.m. Beberapa minit sahaja akan masuk waktu solat.Fikry membuka apron dari badannya.Masa untuk kejutkan isterinya yang sedari tadi belum bangun dari tidur.Ia kerana keletihan selepas balik dari Melaka.

Fikry menapak ke bilik.Daun pintu dikuak perlahan.Fikry melabuhkan punggungnya di sisi katil.Wajah manis isteri dipandang seraya mengusap perlahan di pipi yang mulus itu.

"Sayang..." bisik Fikry di telinga Haniz.

Seraya itu Haniz terjaga dari lena.Haniz menoleh ke belakang.Terlihat suaminya yang sedang duduk disisi katil.

"Sayang bangun,kejap lagi nak masuk Magrib. Sayang pergi bersihkan diri dulu ya and lepastu kita turun makan kat bawah. Sayang tak payah masak okey,Abie dah masakkan untuk sayang" jelas Fikry dengan senyuman.

Haniz menarik perlahan tangan suaminya,tangan suaminya itu diusap lembut seraya merenung seketika wajahnya.Perasaan bersalah mula menumbuh dalam hati Haniz dek kerana bermasam muka dengan suaminya.Masa tu penat sangat so memng akan makan perasaan la.

"Abie...sayang minta maaf sebab merajuk dengan Abie sampai tahap taknak langsung pandang muka " jelas Haniz.

"Eh kenapa pulak?sepatutnya Abie yang kena minta maaf dekat sayang sebab Abie yang buat sayang tunggu lama kat Airport tadi" ujar Fikry seraya mengucup dahi isterinya yang masih terbaring.Lebih-lebih lagi suara Fikry yang memang jenis soft spoken orangnya.Memang cair lah dibuatnya.HAHAHA.

Haniz hanya tersenyum.Macam manalah nak marah kalau cara pujukkan si suami ni buatkan si Haniz ni cair. Itulah kelemahan Haniz,kalau tengah marah dia memang tidak akan pandang sikit pun wajah suaminya.Nanti cepat sangat terpujuk,hishh...hahhaha.

Selesai solat berjemaah bersama suami.Haniz menuruni anak tangga menuju ke dapur manakala Fikry sedang menjawab panggilan telefon di bilik.

'Mak aihh..sedapppnya bau. Favourite aku ni,ayam masak merah.' gumam Haniz dalam hati.

Haniz menyiapkan pinggan dan mengaut siap-siap nasi ke dalam pinggan suaminya. Kelibat Fikry yang sedang menuruni anak tangga .

"Abie,nasi dah siap ni,jom makan.Lapar dah ni" kata Haniz sambil menarik kerusi untuk melabuhkan punggungnya.

Fikry menghampiri meja seraya duduk lalu memulai bacaan doa makan.

"Bertuah sayang dapat suami yang pandai masak,lebih-lebih lagi pandai masakkan lauk kegemaran saya." puji Haniz.

"Tau takpe..."balas Fikry seraya tertawa kecil.

"Oh ya sayang,lusa Abie ada kerja luar..." beritahu Fikry sambil menambah lauk atas pinggannya.

"Yeke,berapa lama? kat mana? " soal Haniz bertubi yang berhenti makan seketika.

"Dalam seminggu macam tu...and bukan kat Malaysia tau " ujar Fikry.

"Hah,habistu kat mana Abie? " tersentak Haniz mendengar kata dari suaminya.

Fikry berhenti makan. " Kat Korea..." perlahan jawapan keluar dari mulut Fikry dengan riak wajah yang serba salah. Yelah, dia sendiri tak pernah berjauhan dengan isterinya sejak kahwin 2 tahun lalu.

"Alaaa...jauhnya Abie " balas Haniz sambil mencebikkan bibir nya yang munggil itu.

" Ha ah,Abie takda pilihan.Syarikat dari korea berminat untuk bekerja dengan Syarikat Boss Abie...kiranya satu peluang besar untuk syarikat Boss Abie untuk menarik pelabur lain. " jelas Fikry panjang.

Haniz hanya mengangguk faham.

"Abie pergi sorang ke? " soal Haniz lagi.

"Tak la,Abie pergi dengan Fuad je." kata Fikry.

Fuad adalah rakan sekerja dengan Fikry merangkap kawan baik serta belajar satu kolej dulu. Mereka dua mempunyai minat yang sama iaitu dalam bidang PROGRAMMING. Bekerja dalam syarikat yang sama.Mereka dua adalah 'orang kuat' kepada syarikat. Bermula daripada syarikat kecil sahaja dan sehinggalah mempunyai syarikat besar dan terkenal di Malaysia. Iaitu SYARIKAT THINKER CREATIVE .

"Ok lah kalau macam tu...sayang faham dengan kerja Abie. Abie tak perlu risau ok?kalau sayang takut sorang-sorang kat rumah nanti sayang tidur je rumah ibu" ujar Haniz sambil menyambung makan ayam masak merah nya itu dengan berselera sekali.

Haniz memang penakut lebih-lebih lagi kalau sorang-sorang kat rumah.

"Betul ni sayang tak apa-apa? soal Fikry lagi.

"Iya Abie,takpa. Abie selesaikan kerja Abie dengan tenang ok,jangan risau kan sayang kat sini.Tapi satu jelah masalah nya..." kata Haniz sambil riak muka yang sedikit sedih.

"Masalah apa sayang? " tanya Fikry cemas.

"Takut rindu ni tiba-tiba datang..." gurau Haniz sambil tersengih.

"Ish ingat apa tadi.Alaa, nanti setiap harilah kita oncall ok...macam selalu " pujuk Fikry seraya mencuit hidung isterinya yang mancung itu.

Dua-dua tertawa memecah sunyi dalam rumah itu.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

JANGAN LUPA TUNGGU BAB SETERUSNYA OK,ADA SESUATU YANG BAKAL TERJADI.


Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]Where stories live. Discover now