"Terima kasih cikgu..." Ucap pelajar 5 Mawar kepada cikgu Bahasa Malaysia mereka iaitu Cikgu Nor setelah tamat kelas tambahan.
Semua pelajar melulu keluar dari kelas dengan lajunya seperti air yang dicurah. Dalam perjalanan ke pagar sekolah,aku cuba untuk ceritakan tentang mimpi aku malam itu.
"Weyh Sya!kau tau tak aku mimpi siapa semalam..." -bagitau Haniz pada Sya yang berjalan disebelahnya pada ketika itu.
"Mimpi! Mimpi siapa?" Soal Sya dengan riak wajah yang ingin tahu.
"Err...err...Fikry!" Jawab Haniz dengan nada yang teragak-agak.
"Biar betik kau ni" jawab Sya dalam keadaan tergamam.
Biar aku cerita sikit, Mohd Fikry Bin Ismail itulah nama penuh lelaki yang tiba-tiba muncul dalam mimpi aku. Dia ni sekelas dengan adik aku. Kiranya junior aku lah..aku dah kenal dia lama lah jugak sebab dia kawan baik adik aku kan. Dia ni pemalu sikit orangnya, perangai pun elok pastu budak pandai pulak tu...aku kenal dia pun masa dia temankan kawan dia jumpa 'girlfriend' a.k.a kawan baik aku si Sya.
By the way nama bf si Sya ni Imran juga sekelas dengan si Fikry jugak,masa dia teman kan Imran tu dia duduk kat sebelah meja aku. Aku tegur lah dia time tu ...mulanya ingat pelajar baru ha...ha...ha.... Adalah jugak kitaorang ni borak sikit². Maka dari situlah aku kenal dia.
"Betulah takkan aku nak tipu..."balas Haniz sambil mengomel.
" OMG! ha...maknanya itu jodoh kau. Ha..ha..ha.." Berdekah Sya ketawa.
"Ish kau ni,mana ada." Haniz menyiku tangan Sya yang masih lagi ketawa entah apa yang lucu.
"Takkan punyalah,aku akan suka kat orang yang sebaya aku ataupun tua sikit dari aku." Jawab Haniz bagi menafikan kata-kata Sya.
"Kau jangan,kot dia tu betul-betul jodoh kau...Jodoh di tangan Allah." Jawab Sya.
Haniz hanya mendiamkan diri ketika mendengar kata dari sahabat baik nya itu.
***
"Haniz! Cepat turun makan nanti sejuk lauk ni." Panggil Mak Lin kepada anak perempuannya itu.Tidak lama kemudian Haniz menyusul diikuti adik lelaki nya.
"Wah,sedapnya bau..." Kata Haniz sambil menarik kerusi untuk duduk.
"Tengoklah siapa yang masak..." Jawab Ammar sambil menjeling kearah ibunya.
"Ish kamu dua ni...dah makan." arah Mak Lin kepada dua orang anak nya itu sambil tersenyum.
"Mak, abah mana?" Tanya Haniz apabila tidak melihat kelibat abahnya dari tadi.
"Abah kamu takde,dia kerumah Pak Abu ada tahlil katanya." Jelas Mak Lin .
Haniz mengangguk faham.
Setelah selesai membantu ibunya membasuh pinggan,Haniz terus ke kamar nya.Tidak lama kemudian Ammar menyusul disebalik pintu.
"Ish Ammar ni,terkejut akak tau tak! ingat hantu tadi." Bebel Haniz.
"He..he..he..,akak buat apa?" Tanya Ammar.
"Tengah tido ni." Jawab Haniz selamba.
"Akak ni main-main." Rungut Ammar.
"Ye lah,kau tak nampak akak tengah buat ape. Ni apahal datang sini?." Soal Haniz.
"Takde ape,saja nak borak dengan akak."
"Akak,nak main teka-teki tak?" Tanya Ammar."Ha, ape dia teka-teki kau tu?" Balas Haniz.
"OK,ape benda yang naik tak tinggi-tinggi?ha,jawablah." Tanya Ammar.
"Hurmmm...bulan?
" matahari!"
"Umur!"
Jawab Haniz dengan semangat."Akak ni nama je budak sains tapi tak lah bijak sangat" sindir Ammar sambil tersengeh.
" semua jawapan akak salah!"
"Jawapan dia adalah...akak, berat badan naik tapi tak jugak tinggi..."
"Ha..ha..ha.." Berdekah Ammar ketawa sampai terguling-guling."Kurang asam punya adik!!aku paling pantang orang kata aku ni pendek!!".
" nak kena dia ni!!"bebel Haniz sambil mengambil bantal di katilnya. Haniz mengetap bibir.Tak semena-mena bantal terkena tepat di kepala Ammar. Ammar cepat-cepat melarikan dirinya dengan ketawa nya yang berdekah memecah sunyi dalam rumah itu. Aku mengetap gigi menahan geram.
"Daripada aku layan dia tu,baik aku tidur lagi bagus" bebel Haniz.
"Harap tak mimpi budak junior tu lagi lah..kalau tak memang jadi mimpi ngeri aku" getus Haniz.Tidak lama kemudian Haniz tertidur sambil mendengar lagu favourite nya iaitu 'Tentang kita -Noah'. Dia memang meminati lagu itu sejak di tingkatan 4 lagi. Boleh dikatakan setiap hari Haniz akan memainkan lagu itu. Hanya dengan lagu itu yang dapat memujuk diri nya bila merajuk. Pujuk diri sendiri katakan.
*******************
Ha,ni baru mula² je he..he...korang rasa lepasni dia akan mimpi 'budak junior' tu lagi tak..hmmm..
OK,saya janji lepasni permulaan bagi si Haniz & Fikry akan bermula lepasni..so stay tune ok!!😊bermulanya bibit cinta itu...hehee..sememangnya cinta itu buta kan. 😌😌 Jangan lupa vote ,like and share tau..korang juga dialu-alukan beri pendapat utk story ni..😊💜💜
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomansaAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...