Di kelas 5 Mawar kedengaran bunyi riuh rendah semasa ketiadaan guru. Waktu yang sepatutnya guru Kimia iaitu Puan Ell masuk tetapi beliau ada mesyuarat. Maknanya gembiralah pelajar 5 Mawar. Mulalah Haniz dan rakannya bersembang kencang.
"Korang ikut tak 'Kem Suai Kenal ' tu? Soal Emma kepada rakan-rakannya.
" Mestilah. Kenapa tidak kan..." Jawab Sya dengan nada bersemangat.
"Aku mesti lah ikut,he..he..he..rugi tau kalau tak ikut." Jawab Haniz.
Minggu depan adalah cuti sekolah makanya Sekolah Menengah Kebangsaan Bakti akan mengadakan kem 'Suai Kenal' bagi pengawas perpustakaan dan berkenalan dengan junior dan ahli baru. Program ini sememangnya akan dilaksanakan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan baik sesama pelajar.
Dalam asyik Hanis berborak bersama rakannya...ada seseorang yang lalu di tingkap kelas 5 Mawar yang betul-betul dihadapan Haniz. Orang itu adalah Fikry,yang sedang berjalan bersama Ammar. Dalam masa yang sama Haniz juga melihat ke luar tingkap secara kebetulan. Mata Haniz dan Fikry bertentangan dan Fikry tersenyum kecil.
"OMG!!time ni jugak lah dia nak lalu..." Desis Haniz.
'Eh,tu Fikry kan!" Tanya Sya.
"Kau dah kenapa?"
"Kau suka dia ke?" Soal Emma bertubi."Takde ape, ni ha si Haniz ni termimpi dia haritu...ha..ha.." -cerita Sya kepada Emma & Nisa.
"Ish kau ni,tak payah lah cerita...malu aku tau!!"-tegur Haniz yang malu bila Sya menceritakan kejadian dia termimpi Fikry.
" Seriously!! Cewahhh..ha..ha..amboi sampai mimpi ye." -usik Emma Haniz sambil senyum nakal.
"Biar betul Haniz?? Jodoh kau lah tu..." -usik Nisa juga.
"Korang ni janganlah...OK aku mengaku yang aku termimpi dia..." .
"Tapi aku takde perasaan ape-ape kat di erk".
"Aku pun tak tau lah kenapa aku boleh termimpi dia tu,siap meluah perasaan lagi tu..erhhh.." -cerita Haniz kepada kawannya."Orang kata kalau mimpi kan seseorang tu..maknanya orang tu rindu kita ataupun kita rindu orang tu."-beritahu Nisa pada Haniz sambil diikuti gelak tawa Sya dan Emma. Haniz hanya menahan geramnya.
"Yelah kau, hari tu aku ada mimpi penyanyi Syamel tu...tak kan Syamel rindu aku kot? Walhal tak kenal pun." -Tanya Haniz pada Nisa sambil tersengeh.
"Oh yeke,he..he..he..alaa aku gurau je..janganlah marah" -Nisa ketawa kecil sambil memujuk Haniz dengan bibir yang muncung macam itik.
"Yelah.." -kata Haniz.
Tanpa sedar loceng pun berbunyi bagi menandakan masa Kimia susah pun habis. Haniz dan Sya keluar untuk ke bilik guru bagi membantu Cikgu Nor membawa buku latihan mereka yang banyak itu.
"Akak!!" - panggil Ammar yang berjalan bertentangan dengan Haniz. Haniz hanya membalas dengan senyuman sahaja.
"Alamak!! Fikry pun ade??aduhh masa ni jugak lah dia ni ada."-rungut Haniz.
Sya menyiku tangan Haniz sebagai tanda isyarat bahawa ada Fikry di situ. Tanpa berlengah Haniz Dan Sya terus masuk ke bilik guru apabila melihat ada Fikry di belakang Ammar.
" Aku rasa korang ni ada jodoh lah,kerana kau pergi pasti bertemu dengan si Fikry tu". - usik Sya lagi.
Tak semena-mena Haniz menyiku Sya dek kerana suaranya yang agak kuat itu akan menyebabkan guru di situ dengar.
"Mulut kau ni celuparlah,ishh takdenya dia tu jodoh aku.." - kata Haniz dengan yakin.
"Kalaulah masin mulut aku ni yang si Fikry tu jodoh kau ha..ha..ha.." -ketawa Sya kecil.
"Kau ni,janganlah weyhh..."-rayu Haniz sambil menggoncangkan lengan Sya.
Sya hanya ketawa melihat kelakuan sahabat baik nya itu.
Seharian kata Sya Bermain di fikiran Haniz.
Tamatnya waktu pembelajaran, dan pelajar sekolah itu berpusu-pusu untuk pulang.
"Bye Haniz!!"- jerit Sya,Emma dan Nisa kepada sahabatnya itu apabila ibu bapa masing-masing sudah sampai.
Tidak lama kemudian ayah Haniz juga sampai,kali ini Haniz balik seorang diri kerana Ammar ada kelas tambahan.
******************
Ok,nampaknya dah nak mula bibit-bibit cinta antara Cik Senior dan Encik junior ni agaknye...hurmmm....nak tahu lepas ni ape yang berlaku? Stay tuned OK,..
Jangan lupa like,share ,comments & vote tau..hehehehe kasi support sikit deh..yg pasal kem tu ha,,sy x cerita kat cni tau..hujung cerita nanti akn trowback tau😉
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...