#Bab 26

135 5 0
                                    

Dengan perasaan yang gemuruh,kaki ku perlahan mengatur langkah menuruni anak tangga. 'Bunga Tangan' dipegang. Make up dimuka hanya natural dan tidak berat. Kulit ku sendiri pun dah putih makanya tak perlu make up tebal.

Langkah ku diiringi Ibu dan juga Nisa sebagai pengapit aku. Semua mata tertumpu pada aku. Allahu...nervouse dia tu mak ai,nak je tutup muka dengan kotak.

Warna  Blue Grey dipilih untuk baju akad nikah(cth tengok gambar).

Tidak tahu kenapa,kebanyakkan para jemputan yang sedari tadi memandang Haniz seperti terpesona dengan kecantikkan nya. Seri wajah yang menampakkan lagi keayuannya. Mana tak nya,untuk melihat Haniz memakai makeup jarang sekali malah tidak pernah.

Aku mengambil tempat. Duduk ditengah-tengah antara saudara-mara pihaknya dan pihak Fikry. Dadanya sedikit berdebar. Siapa je yang tak gugup. Aku hanya mengawal dengan mengukir senyuman manis.

Hanya memerhati Fikry dari belakang. Masa tiba tadi dia tak menoleh sikit pun.

Ada satu suara yang berbisik ditelinga ku, "Happy ler tu dapat kahwin dengan crush," usik Nisa.

"Ofcourse..."jawabku. Tergelak kecil begitu jua Nisa.

Ibu duduk disebelah. Tangan ku diramasnya lembut seolah ingin mengurangkan guruh di jiwa.

Sesi akad bermula.

"Baiklah,sebelum kita mula nak tanya kepada pengantin lelaki lah. Betul ke tidak itu pengantin perempuannya? Takut nanti tertukar pengantin pulak."

Gurauan Tok Kadi disambut dengan gelak ketawa. Tok kadi ni pun menyempat lagi nak melawak. Terasa bahang dimuka Haniz menahan malu. Fikry apatah lagi. Hehhe..

Setentak itu, badan Fikry pusing memandang Haniz. Mata mereka bertembung. Fikry tersenyum simpul.

"Ye betullah tu orangnya," jawabku tenang.

Ada beberapa soalan yang ditanya Tok Kadi kepada Fikry. Tapi syukur,dia dapat menjawabnya dengan lancar.

'Aku Terima Nikahnya Nur Haniz Binti Abdullah dengan mas kahwinnya RM500 tunai.' 

Dengan sekali lafaz Fikry dan Haniz sah menjadi suami isteri.

Tanpa sedar air mata Fikry laju membasahi pipi. Tak tahu kenapa,rasa gembira dihati bila disatukan dengan seseorang yang ditunggunya itu selama bertahun akhirnya menjadi isterinya. Seperti mimpi.

Abah mengosok perlahan belakang Fikry. Tisu diberi untuk mengesat air mata. Mereka disitu tersentuh melihat keadaan itu. Haniz tak payah kata memang bergelumang dengan air mata. Haniz berpelukan dengan ibu dan mak mertuanya juga tiga orang sahabatnya itu.

Sejurus selepas membaca doa. Fikry terus melakukan solat sunat sebagai tanda syukur kepada Illahi.

Selepas itu,upacara pembatalan air sembahyang. Puan Maria menghulurkan kotak cincin kepada Fikry. Kemudian Fikry melutut dihadapan Haniz. Wajah isterinya direnung lembut. Terasa bahang seluruh badan. Jantung berdegup kencang. Wajah suami juga ditatap yang lengkap berbaju melayu serta sampin dan songkok.

Dengan perlahan tangan Haniz yang dihiasi corak lukisan inai ditarik lalu disarungkan cincin itu dijari manisnya. Terasa janggal weyh...first time lelaki menyentuh tangannya. Dapat dirasa sedikit ketar jari Fikry dan teragak-agak bila memegang tangan Haniz. Seperti yang dikatan Ammar, Fikry seorang yang soft spoken. Tak pernah bercinta dah sentuh perempuan kecuali maknya dan neneknya. Tu lah kali pertama. Uhuks.

Usai itu,Haniz menyalam tangan suaminya. Tangan Fikry diletak di atas ubun-ubun Haniz seraya itu tangan sebelah menadah tangan dan berdoa. Haniz membiarkan. Itu biasa bagi yang lepas akad.

Sejurus itu,Fikry mengucup dahi Haniz. Lama. Jelas terasa kehangatan bibir Fikry di dahi. Kerlipan flash kamera di merata-rata.

Setelah selesai. Haniz dan Fikry beramah mesra bersama para jemputan. Sekali sekali mereka mengambil gambar dipelamin bersama saudara mara dan rakan-rakan mereka. Diorang tu tak boleh tengok kamera. Gila selfie. Ahahah...

Sedari dari tadi Fikry menyulami tangan Haniz dengan jemari nya tidak langsung dileraikan. Haniz apatah lagi diserbu perasaa  malu, dalam masa yang sama dia suka.

Tatkala duduk berdua dikerusi pelamin untuk diambil gambar. Fikry mendekati telinga isterinya lalu membisik, "terima kasih sebab sudi jadi permaisuri hidup saya!".

Tersenyum bahagia Haniz mendegarnya. Dia membalas bisikkan Fikry, lalu menghampiri telingannya dengan perlahan, "Terima kasih jugak sebab sudi jadikan saya isteri awak dan sudi menerima saya...".

Tanpa sedar perbuatan mereka berdua itu diperhati oleh rakan-rakan. Mulalah tu.

Datang Ammar entah dari mana sambil tersengeh nakal,ada je nak diusiknya.

"Amboi...bukan main eh korang ni, tak pandang  kiri kanan pun."

"Takpelah...diorangkan dah sah sekarang ni." sampuk Imran lalu gelak kecil. Diorang jadi 'Dulang  Boys' hari ni.

"Tak sangka kan,sekarang kau dah jadi abang ipar aku. Hurmm..." akhirnya meletus jua tawa Ammar. Yelah kawan baiknya sendiri sekarang dah jadi abang iparnya.

Fikry hanya tersenyum simpul. "Alhamdulillah,jodoh."

Bahu Fikry dilaga kecil,"Dah ready?malam pertama...". Berdekah Adi ketawa diikuti Ammar dan Imran. Haniz yang berada disebelah terasa malu yang amat. Ish lelaki ni kalau jumpa memang takde topik lain nak dibual. Haish...annoying kadang. Aku hanya tersenyum.

Fikry yang mendengarnya pun terasa malu bila diusik sebegitu. Tak terlintak di benak fikirannya.

"Weyh...kak long! Congrats yea. Hurm...untung ler dah kahwin."gurau Emma yang selesai berselfie dari tadi. Memang hantu selfie.

"Kalau macam tu cepat-cepatlah kau kahwin..." balas Haniz ketawa kecil.

Mereka masih berborak diruang tamu.

"Eh mari makan,belum makan kan?meh-meh," pelawa En. Abdullah yang menyusul dari luar rumah.

"Ye pakcik!" jawab mereka serentak.

Masing-masing mengatur langkah untuk ke khemah yang dipasang di luar rumah.

Bersedia untuk esok. Majlis persandingan Fikry dan Haniz. Gementar tahap tak lalu nak makan. Hari tersangatlah penat. Melayan para jemputan. Bibir pun naik penat sebab lama sangat senyum kat orang. 





××××××××××××××××××××××

Akhirnya...🎉🎉🎉 kahwin jugak diorang ni. Heheh,. Bagi sis part ni yang agak susah. Berkerah idea jugaklah😅. Sebab bab2 akad nikah ni krg tahu sgt. Ni pun setelah berhempas pulas search maklumat kat internet. Maka terhasillah ia..heheheh,maaf ye kalau penceritaan tak menyeronokkan. Kalau ada silap mohon tegur erk.

Anyway,jfn lupa vote ye. Share byk2 kat kwn2 or sosmed.hihi.. Okay.



Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]Where stories live. Discover now