"Assalamualaikum...ayah,mak " panggil Nadira dari luar rumah. Kepalanya melilau melihat sekeliling rumah.
Kedengaran bunyi kunci pintu dibuka. Kelihatan Pak Ngah yang sedang membuka pintu.
"Waalaikumsalam, sampai jugak kamu akhirnya..." ujar Pak Ngah seraya menghulurkan tangan untuk disalam oleh Nadira.
"Ha ah ayah,mak mana? " Soal Nadira seraya mengeluarkan luggage dari bonet kereta.
"Ada kat dalam tu ha,tengah masak tu...eh masuklah. Mesti mak kamu seronok tengok anaknya dah balik " ujar Pak Ngah dengan senyum lebar. Hampir 4 tahun anaknya itu menetap di Korea. Hari ini Nadira pulang ke pangkuan keluarganya.
Nadira mengatur langkah masuk kerumah dan terus menuju ke dapur untuk mendapatkan Mak Ngah.
Terlihat Mak Ngah sedang ralit mengemas di dapur tanpa menyedari kehadiran anaknya itu.
"Makkk," jerit Nadira seraya memeluk mak ngah dari belakang.
Jeritan Nadira itu mematikan gerakkan mak ngah yang sedang sibuk sedari tadi memasak.
"Eh,lah...anak mak dah sampai" kata Mak ngah seraya memeluk anak dara nya itu.
"Bila kamu sampai? " soal Mak Ngah yang terkejut dengan kehadiran anaknya itu. Dipeluk erat anaknya itu. Sungguh rindu dihati ini amat tebal sekali. Kegembiraan terpancar di wajah Pak Ngah dan Mak Ngah.
"Abang Long mana mak? kak long pun tak nampak batang hidung" tanya Nadira.
"Abang kamu balik Melaka semalam,ada makan-makan katanya dekat rumah ibu mertuanya.
"Yeke " jawab Nadira ringkas.
"Lusa balik lah diorang tu,kan Ahad ni ayah kamu buat majlis kesyukuran sempena kepulangan kamu." jelas Mak Ngah.
"Mak masak apa ni mak,harumnya bau" terliur Nadira bila terhidu bau masakkan maknya itu.
"Ni mak masak ayam masak merah,kegemaran kamu kan..." kata Mak Ngah sambil mengaul-gaul ayam dalam kuali itu.
"Sedap nya...ok lah mak,Nadira naik atas dulu ye,penat lah nak rehat kejap..." Ujar Nadira dengan wajah nya yang toya tu. Faham benar Mak Ngah itu dengan sikap anaknya itu,nak tolong memasak kat dapur tu lama lagi lah jawab nya. Goreng maggi je pandai kalau benda lain haram jadah tak tau.
" Ha ye,kamu naiklah atas rehat ye nak. Nanti mak dah siap masak,mak panggil ye." ujar Mak Ngah sambil menghiris sayur sawi.
"Ok..." Ringkas jawapan Nadira.
*******
Pak Ngah sekeluarga sedang makan tangah hari,hasil air tangan isterinya. Mak Ngah memang pandai masak. Sebut je nak makan apa,semua Mak Ngah boleh masak. Tapi sayangnya bakat itu tidak ada pada Nadira.
"Ha Dira, lepas habis belajar ni kamu ada plan apa-apa ke? " tanya Pak Ngah seraya menyuapkan nasi kedalam mulut nya.
"Hmm...belum lagi lah ayah,ingat nak berehat dulu buat masa sekarang. " Jelas Nadira.
"Eloklah tu,ada jugak teman mak kat rumah ni...lama mak tak borak-borak dengan anak mak ni" sampuk Mak Ngah.
"Ha betul tu,tapi kalau Nadira bosan...boleh ikut Ayah. Kerja di pejabat Ayah. " Cadang Pak Ngah. Pak Ngah juga seorang usahawan berjaya, Pak Ngah mempunyai ladang lembu,ayam,itik,kambing. Perniagaan Pak Ngah itu menjadi pengeluar utama di daerah itu.
"Hmmm...takpelah Ayah, Nadira duduk rumah je dengan mak " jawab Nadira.
"Baiklah " balas Pak Ngah sambil tersenyum. Semestinya Nadira tidak mahu bekerja dengan ayahnya. Ia bukanlah bidang yang diminati nya. Nadira amat meminati untuk menjadi pereka fesyen. Cukup melihat cara pakaian Nadira itupun sudah cukup. Pakaian yang terlebih fesyen tu.
**********
Nadira mula menapak menuju kebiliknya. Jam dikerling, menunjukkan jam pukul 10 malam. Nadira merebahkan badannya ke katil. Tiba-tiba dia teringat akan sesuatu dalam kotak apabila matanya tertuju ke arah sebuah kota bersaiz sederhana di atas almari bajunya. Tiada siapa yang usik barang dalam biliknya itu, Mak ngah pula hanya masuk ketika hendak membersihkan bilik itu sahaja. Kedudukan kotak itu sedikit tidak berubah sejak 3 tahun yang lalu.Nadira bingkas bangun dari katil. Kotak itu dicapainya menggunakan kerusi. Debunya tak payah cakaplah memang tebal debunya. Kotak dibuka. Terlihat banyak barang-barang yang disimpan sejak sekolah. Setiap barang yang ada dalam kotak itu mempunyai kenangan tersendiri. Dikeluarkan Nadira barangan dalam kotak itu satu per satu.
Terdapat juga gambar kelas didalamnya. Nadira tersenyum kecil mengenangkan zaman sekolahnya itu. Dalam sedang ralit membelek-belek barangan dalam kotak, terlihat beberapa pucuk surat didalamnya.
Tertera nama dituju buat Fikry!
Nadira membuka surat itu. Ya memang zaman sekolah dulu dia crush pada Fikry. Banyak surat yang dia tulis buat Fikry tetapi daripada berbelas surat yang ditulis itu hanya satu surat sahaja yang berbalas. Fikry mengatakan bahawa dia tidak mempunyai perasaan yang sama seperti Nadira. Dia menyarankan Nadira untuk melupakan perasaan nya itu kepada Fikry. Ketika itu,Nadira tidak mengetahui siapa gerangan pelajar perempuan yang disukai oleh Fikry. Jawapan Fikry ringkas tetapi mampu membuatkan hatinya hancur. Dari awal Nadira memasuki sekolah itu,dia telah jatuh hati pada Fikry ketika hendak memasuki pagar sekolah.Dia dan Fikry adalah satu batch semasa sekolah dulu cuma berbeza kelas.Nadira tersenyum sinis bila mengenangkan cerita itu.
'Kalau dulu aku tak dapat kau,sekarang ni aku akan pastikan aku akan dapat engkau' desis Nadira dalam hati. Mulalah perangainya yang jahat itu. Sanggup buat apa saja untuk mendapatkan sesuatu.
'Berani kau Haniz rampas dia dari aku! ' gertak Nadira sendiri. Surat-surat itu direnyuk-renyuk dan dibuang ke dalam tong sampah kecil disudut biliknya.
"Bodohnya kau Haniz,kau tak tau apa yang Fikry tu dah buat belakang kau " gelak Nadira. Aku akan pastikan kau sengsara Haniz! Gambar perkahwinan Haniz dan Fikry di tatap di skrin telefon. Rupanya Nadira sudahpun mengetahui dengan siapa Haniz berkahwin. Dan pertemuannya dan juga Fikry ketika di Korea jugak telah dirancang bersama sahabat baik Fikry iaitu Fuad. Pertemuan itu sama sekali tidak diketahui oleh Haniz. Fuad adalah sepupu kepada Nadira. Sepupu sebelah maknya Nadira. Haniz juga tidak mengenali Fuad.
-------------------------------
GERAM JE DENGAN SI NADIRA NI. NAK MENGGANGU RUMAHTANGGA HANIZ😡. SAMPAI HATI DIA KENAKAN HANIZ MACAM TU..stay tune tau,entah apa yang si Nadira ni rancankan.
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...