#Bab 12

130 5 0
                                    

Hari yang sangat memenatkan bagi Fikry,setelah pulang dari kerja dia terus masuk ke biliknya lalu membaringkan tubuhnya di katil. Hari ini agak padat juga jadual kerjanya tidak seperti selalu.

'Ya Allah penat nya hari ni...' desis Fikry dalam hati. Jam di tangan diteliti,jarum menunjukkan pukul 6.00 petang. Fikry segera angkat ke bilik air untuk membersihkan diri.

Setelah usai membersihkan diri,aku ke ruang tamu untuk tonton television. Seperti biasa program kegemaran aku iaitu ceramah dari Ustaz Don...sedang asyik menonton TV, handphone berdering. Tertera nama ibunya di skrin telefon. Aku terus jawab panggilan ibu..."Waalaikumsalam bu..."

"Fikry dah balik dari kerja ke?..." seperti biasa Puan Maria akan bertanya khabar anak tunggalnya itu...lagi-lagi sekarang Fikry dah duduk dirumah sendiri, rumah yang disewanya itu tidak jauh dari tempat kerjanya. Anak bujang katakan,tapi Fikry seorang lelaki yang pandai mengurus kehidupannya.

"Ye mak,Fik baru balik..." balas Fikry.

"Nihh kamu dah makan?" soal Puan Maria.

"Belum mak,nanti Fik makan kat luar dengan Ammar. Mak,Ayah sihat ke?" tanya Fikry yang sememangnya rindu dengan dengan mereka berdua.

"Yelah...cepat sikit cari bini tu..sekurangnya ada jugak yang boleh jaga makan minum Fik ye.... Mak dengan Ayah sihat, Fik tak payah risau." ujar Puan Maria.

"Ish mak ni menyempat je...kalau ada jodoh adalah lah mak..." reaksi Fikry tenang kali ni bila diajukan soalan tentang jodoh sebab sudah terbiasa hahahaha...

"Ok lah Fik mak nak pergi surau dengan Ayah ni,jaga diri kat sana. Assalamualaikum." pesan Puan Maria.

"Yelah mak..mak juga baik-baik tau. Kirim salam kat Ayah eaaa...Waalaikumsalam." Fikry meletak semula handphone nya di sebelah.

Mata Fikry mengerling kearah jam di dinding,jarum menunjukkan 7.20 petang. Fikry bingkas bangun untuk menunaikan solat Maghrib.

"Assalamualaikum!!..hai pakcik jauh termenung,ingat sape tu..." terjahan dari Ammar itu mengejutkan Fikry dari lamunan nya.

"Eh bila kau sampai?..." soal Fikry yang masih dalam keadaan terkejut.

"Hahh tulah termenung sampai ke Thailand mana taknya..." kerusi ditarik Ammar lalu melabuhkan punggungnya dikerusi berdepan dengan Fikry.

"Ish kau nih...mana ada" ujar Fikry.

"Kau dah order makan ke belum?" tanya Ammar yang melihat meja makan masih lagi kosong.

"Dah...baru je tadi,belum sampai lagi. Kau orderlah.." kata Fikry.

Setelah Ammar selesai membuat pesanan,Fikry memulakan perbualan.

"Penat weyh kerja hari ni,,padat pulak jadual aku hari ni...nak layan kerenah client yang macam-macam ragam.." kedengaran bunyi keluh kecil oleh Fikry.

"Biaslah tu...kerja mana yang tak sibuk bro. Aku ni lagilah,ada lah sorang client ni...suruh aku buat laman web untuk dia last-last dia cancel macamtu je..dah nak siap kot. Haishh tak paham lah aku. " Fikry hanya mengangguk faham tanpa membalas ape-ape.

"Customer always right bro..." Fikry tersengeh.

"Eh lupa aku nak bagitau kau yang akak aku dah balik tau..." kening diangkat-angkat keatas..mulalah tu.

Fikry membisu seketika.

"Maksud kau Haniz??..." soal Fikry yang agak keliru.

"Yelah...akak aku yang mana lagi. Tu lah satu-satunya akak aku tau.." jelas Ammar yang tersengeh dari tadi.

"Yeke,bila??..duduk sini terus ke??..." bertubi soalan keluar dari Fikry.

"Minggu lepas.. after dia balik dari S'wak tu,keesokkan harinya terus demam. Lama jugak lah dia demam. Dia akan duduk terus disini tak balik lagi kat sana." panjang lebar penjelasan dari Ammar.

"So,dia dah ok ke sekarang ni?" soal lagi Fikry. Terlihat kerisauan pada raut wajah lelaki itu.

"Kau takyah risau lah dia dah sembuh dah...baru siang tadi dia keluar dengan kawan-kawan dia tu. " ujar Ammar.

"Yeke,Alhamdulillah baguslah." sedikit senyuman terukir dibibir Fikry.

"Ha kau tak happy ke dia dah balik...hahhha" usik Ammar.

"Ish kau ni.." kata Fikry.

"Nampaknya ada peluang lah kau..rasanya dah 6 Tahun erk kau tak jumpa dia kan.." tanya Ammar.

"Hmmm...lebih kurang lah. Kenapa?" jawab Fikry .

"Kau tak rindu Haniz??" tiba-tiba soalan itu yang diajukan kepada Fikry.

Fikry sekali lagi membisu.

'Rindu aku pada Haniz... tak dapat diungkap dengan kata-kata' bisik hati Fikry.

"Takpe bro...aku faham perasaan kau. Kalau aku kat tempat kau pun,aku akan rasa benda yang sama" kata Ammar yang seolah-olah faham bila Fikry membisu.

Ammar mengerling jam tangannya "Weyhh jomlah balik,nak solat ni..."

"OK jom..." balas Fikry

Setelah keduanya selesai membuat bayaran, masing-masing balik ke rumah.

-----------
Selesai membaca Al-quran,Fikry meletakkan sejadah di hujung katil. Laci meja dibuka...sekeping gambar diambil,gambar 6 tahun lepas ketika Fikry tingkatan 4. Gambar nya bersama dengan Haniz...itulah gambar yang sentiasa ditatapnya ketika rindu mengetuk pintu hati. Fikry melabuhkan punggungnya di sisi katil.

'Aku rindu kau Haniz, Ya Allah sungguh aku rindu pada hambaMu itu...aku berserah segalanya kepadaMu.' bisik hati Fikry,tanpa sedar air matanya mengalir dengan deras. Rindu yang dipendam selama bertahun-tahun.

'Aku kena berjumpa keluarga Haniz untuk berterus-terang tentang perasaan aku pada Haniz...' desis hati Fikry.

Gambar disimpannya semula di dalam laci. Kelopak mata terasa sangat berat,Fikry menutup lampu tidur dan tidak lama Fikry terlena dibuai mimpi.

Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]Where stories live. Discover now