((Fikry))
Selepas saja selesai menyiapkan kerja pejabat,aku terus membaringkan badan aku diatas tilam yang sangat empuk. Mata hanya memandang kipas siling. Kalau aku risik dia...agaknya dia terima ke tak?. Perkara yang berlaku siang tadi masih berlegar di ruang fikiran aku. Mata pun dah sembap,sebab nangis.
Tangan aku mencapai telefon yang diletak di sisi. Terfikir nak telefon mak,baik aku suruh mak meisik dia sebelum orang lain yang petik. Teringat pesan Ammar.
Nombor telefon Puan Maria didail. 'Tut...tut..'
"Hello Assalamualaikum mak," tanya aku."Waalaikumsalam..." balas Puan Maria.
"Mak, ayah sihat ke?"
"Alhamdulillah...kami sihat. Kamu tu macam mana kat sana?." tanya Puan Maria yang sememangnya sentiasa risau dengan keadaan anak tunggalnya itu.
"Fik okey je mak,cuma tu lah busy sikit dengan kerja. Mak Fik ingat lusa nak balik kampung. Lagipun banyak benda yang nak dibincangkan." jelas aku.
"Oh ye ke, baguslah macam tu. Rasanya dah lama Fik tak balik cuti. Ape benda yang kamu nak bincangkan bunyi macam penting je?"
"Alaaa....adalah mak,nanti pun mak akan tau jugak nanti."
"Yelah tu,nak bawak bakal menantu mak ke? " dengar bunyi Puan Maria ketawa.
"Ish mana ada,pasal tu mak doa-doakan lah untuk Fik ye. Oklah mak,Fik nak tidur ni. Kalau ada apa-apa Fik telefon ye,kirim salam dengan ayah".
"Mak sentiasa doakan untuk anak mak...ye. Baiklah mak pun nak masuk tidur ni. Jaga diri kat sana tau, Asslammualaikum." ujar Puan Maria.
"Waalaikumsalam...baik mak." aku menghentikan panggilan.
Ya Allah moga dipermudahkan. Tapi...ape dia buat kat kelas tu sorang-sorang? Ke dia tunggu pakwe dia? Ish,aduhh lupa pulak aku nak tanya Am,yang kakak dia tu single ke?.
((Haniz))
Tingkap bilik dibuka. Aku menjengah ke luar dan memandang ke langit. Sangat cantik bintang-bintang kat langit tu. Malam yang mendamaikan ditemani bunyi cengkerik.
Tok!!tok!!!
"Akak!!mak dengan abah panggil kat luar" jerit Ammar.
"Ish,apehal pulak si Ammar ni terjerit-jerit."
Aku cepat-cepat menutup tingkap. Tanpa berlengah aku terus keluar menapak ke ruang tamu,nampak mak abah ,Ammar telah menunggu. Macam ada hal penting je diorang ni. Aku cuba untuk berbuat selamba.Aku mengambil tempat disebelah mak. "Ada ape ni mak abah?." tanya aku.
"Takde saja nak berborak dengan kamu. Yelah kamu asyik busy dengan kerja kamu,ke hulu ke hilir." abah mencelah.
"Err...sorrylah mak abah,sebab sibuk uruskan lesen perniagaan tu." jelas aku sedikit rasa bersalah sebab aku kurang spend masa dengan diorang ni.
"Takpe...mak dengan abah faham." senyuman tak lekang dari bibir Puan Lin.
"Kamu ni dah ada calon ke?bila nak kahwin?" tiba-tiba soalan tu keluar dari mulut abah. Aku yang tengah hirup teh hampir tersembur dibuatya. Dah kenapa abah tanya soalan tu tetiba.
"Ha?..." aku buat-buat tak faham.
"Eleh akak ni,buat-buat tak dengar pulak,kan abah tanya tu, akak bila nak kahwin. He...he...he..." Ammar mula mengusik,berdekah dia tu ketawa. Tunggu jelah dia nanti.
"Ha ah...dah ada ke?" Mak mencelah pula.
"Errrm...takde lagi lah mak abah." baju yang dipintalnya. Aku tersengeh.
"La...yeke.Kalau macam tu,biar mak dengan abah yang carikkan untuk Haniz." ujar Puan Lin.
Aku hanya diamkan diri sambil berfikir sejenak. Nak cari jodoh tu...hurmmm sampai esok pun tak sampai. Malas betul aku fikir pasal jodoh ni. Orang kata pilihan keluarga ni selalunya yang kekal lama.
"Betul tu,biarlah kami carikan untuk kamu. Kamu tu busy,entah sempat ke tidak nak cari bakal suami." abah bersuara.
"Kalau macam tu...Haniz ikut jelah. Haniz tak kesah. Yang penting orang tu baik,tahu hormat mak dengan abah." aku mempersetujui cadangan mak abah.
"Ok la macam tu,lagipun mak dan abah dah ada calon untuk kamu..." ujar Puan Lin dengan sedikit senyuman.
"Aikk,cepat nya. Dah ada dah. Siapa mak?" ada beribu soalan dalam kepala aku ni. Cepat betul mak aku cari. Siapa agaknya.
"Ammar percaya,akak mesti suka punya. Ha..ha..ha..." Ammar mencelah setelah lama berdiam.
"Abah dapat rasa yang dia tu baik budaknya,sopan tutur katanya. Abah berkenan dengan dia." kata abah.
"Abah pernah jumpa dia ke macam mana?bila?siapa orang tu?" bertubi soalan yang keluar dari mulut aku.
Abah hanya senyum saja,sambil mengatur cermin matanya seraya berkata "nanti kamu tahu lah."
"Alaaa...." aku mencebikkan bibir tanda kecewa. Alahai,kenapa aku tak tahu pun. Masa bila pulak? Diorang ni mesti sorokkan sesuatu.
"Apa akak risau nanti kahwin akak tahu lah. Hahahha...." Ammar segera beredar dari situ sebelum dipukul oleh Haniz.
"Mak!!!tengoklah adik tu...suka lah buat orang geram je dengan dia tu."
Mak dan abah hanya menggelengkan kepala melihat kerenah dua anaknya yang tak pernah sebulu. Mak dan abah segera beredar dari situ sebelum disoal banyak oleh aku. Takut kantoi pulak.
"Dah lewat ni,abah masuk tidur dulu." Puan Lin mengekori dari belakang sambil membawa dulang yang diisi cawan.
"Tapi..." belum sempat aku merungut mak mencelah "sudahlah tu,pergi masuk tidur."
Aku menapak masuk ke bilik, pintu ditutup. Aku segera menjatuhkan badan di atas katil. Ish,kan bagus kalau aku confess je kat budak Fikry tu,pastu aku ajak dia kahwin. Eh,macam perigi cari timba pulak. Tapi nak ke dia tu kat aku.
Entah-entah dia dah ada makwe. Tapikan siang tadi tak sangka betul dia yang perform. Ingat takde dia kat majlis tu. Ya Allah dah berapa tahun tak jumpa dia. Rindu gila kot.
Speaker kecil di atas meja lampu dibuka dan disambung terus ke handphone. Guna bluetooth je. Ape lagi buka lagu favourite lah. Tak salah kalau jiwang malam-malam ni hehhe...lagu Hafiz dan adira -Takdir Tercipta mula berkumandang. Lagu yang tengah hits ni. Dua-dua tu penyanyi kegemaran aku. Lagu dia pun,haishh romantik jek..hahhaa.
Alangkah seronok nya kalau masa aku kahwin nanti aku punya bakal suami nyanyikan lagu untuk aku. Haish...7hari 7 malam je senyum. Mula lah berangan tu.
Siapa yang abah cakap tadi tu erk. Harap baik-baik jelah,kalau yang fake tu serious aku tak nak. Bukan nya ape,aku taknak yang bila depan mak abah bukan main lagi,taknak yang sebelum kahwin tu bagus je perangai after kahwin terukkk. Ya Allah jauhkanlah.
Mata mula kuyu,surah-surah yang aku pasang. Tenang dia masyaAllah...Akhirnya lena jua.
××××××××××××××××××××××××××××××
Malas nak buat cerita yang complicated sangat. Nak yang happy je kan..tak banyak sangat sedih. So korang,jangan lupa vote ye.penat sis type benda yang sama,share tau dgn kwn2 tu..kalau korang rasa cerita ni best😉. Before 2020 ni sy nak habiskan cerita ni,and next year nanti kan pulak novel baruuuu😘😘..
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...