#Bab 18

121 4 2
                                    

Majlis sudah pun bermula. Aku dan yang lain mula mengambil tempat duduk. Kami duduk di satu meja yang sama. Yang menarik nya reunion ni ada bersama dengan guru-guru. So boleh melepas rindu ni. Reunion ni untuk tahun pelajar tingkatan 4 &5 tahun 2012 sahaja. Untuk tahun yang lain sudah terlebih dahulu melakukannya. Seronok jugak hari ni dapat jumpa balik kawan lama pastu borak -borak. Selepas sahaja pengacara majlis berucap ,persembahan pembukaan sedang berlangsung. Persembahan daripada bekas pelajar situ jugak. Diorang buat sketsa tentang sekolah di pentas tersebut. Sangat menghiburkan dan setelah selesai sketsa itu ia mendapat tepukan yang gemuruh dari tetamu. Sekali-sekala aku menjenguk handphone, untuk check kalau ada message atau ape pun. Dalam tu jugak mata aku meliar mencari seseorang. Tak kelihatan, atau mungkin ada duduk ditepi-tepi.

Fikry duduk bersama dengan Ammar dan yang lain. Mereka juga dihidangkan dengan hidangan pembuka selera.

"Fik,kau ready tak?" tanya Ammar pada Fikry dengan nada suara yang perlahan.

Sekilas Fikry memandang. "Humm...ready kot." balas Fikry dalam ketidakpastian. Nervous tak payah cakaplah,macam nak pecah jantung ni.

"Ada pulak macam tu,kau tak payah nervouse sangat...bukan nya kau tu perlu lamar dia pun. Hahahah..." sampuk Imran lalu disiku perlahan lengan Fikry.

"Dah hafal lirik? " tanya Ammar selepas meminum air sirap yang dihidangkan tadi.

"Dah,tunggu nak perform je lagi. " ujar Fikry sambil mengosok kedua-dua telapak tangannya.

"Berikan tepukan untuk persembahan tadi,sangat menarik sekali." seluruh dewan gamat dengan tepukan dari para tetamu. "Baiklah kita teruskan dengan persemban seterusnya, juga bekas pelajar sekolah kita. Beliau akan menghiburkan kita dengan menyampaikan sebuah lagu, dipersilakan..." ucap pengacara majlis itu.

Pada mulanya aku kurang tertarik dengan setiap persembahan tadi. Telefon pintar ku buka dan membaca setiap pesanan yang dihantar. Terasa kaki di tolak perlahan menggunakan kaki,terkejut tu tak payah cakaplah. Yelah kot-kot ular ke apa ka kan. Orang yang menolak kaki aku tu adalah Emma. "Oit,kau ni asyik sangat dengan telefon tu kenapa,pakwe ke..." usik Emma sambil memandang tepat dan mengecilkan matanya.

"Ish...mana ada,sibuk lah kau." balas aku dengan riak wajah yang sedikit geram dengan Emma yang suka buat aku terkejut. Emma dan yang lain berdekah ketawa.

"Shhh!!!jangan bising" tegur sya apabila melihat Fikry naik ke pentas. Aku masih leka minum air. Tanpa aku sedar, di atas pentas ada seorang lelaki yang dah lama aku tunggu dan yang paling aku rindu.

Aku mula ambil tempat di pentas dan duduk disebuah kerusi yang memang diletakkan disitu seperti yang dirancang. Sebentar lagi aku akan menyanyikan sebuah lagu khas untuk seorang gadis yang aku tunggu selama ini. Lagu tersebut adalah antara lagu kegemaran Haniz iaitu  daripada Afgan - Setia Menunggu. Semua ni dah pun dirancang sejak awal lagi. Persembahan dilakukan secara akustik. Setiap bait-bait lirik ini mewakili luahan isi hati,aku harap ianya sampai. Aku memulakan persembahan petikan gitar, tepukan dari tetamu yang hadir mengamatkan lagi suasana.

Tersedar dengar tepukan yang riuh, aku masih blur dengan keadaan. Sya,Emma dan nisa saling berpandangan sambil ketawa kecil bila melihat Fikry menyanyikan lagu kegemaran sahabat mereka iaitu Haniz,suka benar Haniz mendengar lagu tu. Mereka pasti Haniz akan tergamam apabila melihat Fikry yang berada dipentas. Masing-masing menahan ketawa.

        Tuhan yang tahu...
         Betapa ku simpan rasaku...
        Meski ini tak mungkin
        Aku bersama mu...

Dalam asyik aku meneliti telefon,"macam pernah dengar suara ni..." bisik aku dalam hati. "Ni lagu favourite aku nih..." sedikit senyuman terukir di bibir ku tanpa sedar. Suara tu membuatkan aku teringat ketika dibangku sekolah dulu. Ketika itu aku ada kelas tambahan waktu petang, masa tu lah aku terdengar ada seseorang yang sedang menyanyikan lagu yang sama. Sampai sekarang aku masih tak tahu pemilik suara tu. Aku syak jugak pemilik suara tu adalah orang yang sama dengan orang yang melaungkan azan masa disekolah dulu. Jatuh hati jugaklah kat pemilik suara tu. 'Siapalah orang tu...' bisik hati aku. 'Tapi...suara ni sebijik sama kot!' aku tersedar sesuatu. Ye tak silap lagi memang ni lah suara tu,masih segar kat ingatan aku suara tu,aku tak pernah lupa. Aku terus berpaling ke depan dan mata ku seolah terpana melihat susuk seseorang yang sangat aku kenal. Terasa diri ini terkena sumpahan kerana aku terkaku disitu.

'Ya Allah...betul ke tu orang yang aku tunggu bertahun lamanya. Sekarang berada di depan.' bisik aku dalam hati. Emma dan yang lain senyum melihat sahabat mereka itu seperti terkena sumpahan kerana matanya langsung tidak beralih.

Meliar mata Fikry mencari kelibat Haniz,tapi tidak menemukan nya,sebab terlalu ramai dan tempat pun bukannya besar,so sukar nak cari. Rasa kecewa dihati mula menitik.

Tanpa sedar mata aku berkaca...cepat-cepat aku sedar. Aku bangun dari tempat duduk dan berlalu keluar. Laju langkah aku menuju ke tandas. Sya,Emma dan Nisa hanya memerhati kelakuannya. Mereka membiarkan saja,kerna sememangnya Haniz akan ke toilet untuk tidak menunjukkan reasi sedihnya dihadapan mereka.

Setelah aku membetulkan solekan tadi disebabkan oleh air mata yang laju mengalir dipipi. Aku melangkah perlahan,berjalan menuju ke kelas tingkatan 5 aku dulu. Tidak banyak berubah kecuali dinding seperti dicat baru. Perlahan aku menarik kerusi yang terletak dimeja hadapan tingkap. Ye tempat duduk aku dulu. Masih teringat tentang kenangan dulu dimana kali pertama aku melihat Fikry di sebalik tingkap tersebut.

               (BERSAMBUNG...)

×××××××××××××××××××××××××××××××
Hehehheheh,tgok bab sebelah tau...😅. Btw novel ni tak pjg ye. And Aq mals nak buat crita yang complicated..bosan kan?asyik kisah yang sama. Btw nak tanya korang nak ending yang macm mana? Sedih @ happy? Jangn lupa comment tau😆.

*DENGAR LAGU TAU KALAU TENGAH BACA TU...BARU FEEL GITUWW...HEHHEH

Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]Where stories live. Discover now