Malam yang sunyi hanya ditemani bunyi cengekerik. Mata mengerling jam di telefon,menunjukkan pukul 10.00 a.m. Kebiasaanya jam sebegini Fikry akan menelefon Haniz tetapi sudah 2 hari berlalu tanpa Whatsapp,call. Whatsapp diteliti lama kot ada chat dari Fikry tetapi hampa.Kali terakhir Fikry call adalah 2 hari yang lalu. Perasaan risau mula menebal . Entah apa yang berlaku.
Haniz mencuba untuk call Fikry malah tidak berjawap. Haniz tetap husnudzon,barangkali suaminya itu busy.Tetapi belum pernah nampak suaminya itu bekerja sampai lewat malam sebegini.
Haniz tidak berputus asa,jari jemari laju memicit keyad telefon berjenama SAMSUNG itu.Pesanan Whatsapp dihantar.Haniz sabar menunggu.Terlihat kelopak mata Haniz sedikit berair.
TING!
Bunyi Whatsapp masuk. Pantas skrin telefon diteliti.Ya! akhirnya message tersebut dibalas oleh Fikry.Haniz tersenyum gembira.
PESANAN WHATSAPP :
Fikry : Abie sihat,awak jangan risau.Abie busy lately ni sorry...nanti Abie call kalau ada masa.
Haniz : Ok lah kalau macam tu,sayang tunggu Abie call yea..
Senyuman dibibir Haniz bertukar serius.
'Takkan samapai jam begini pun masih kerja?' perlbagai soalan yang timbul dibenak fikiran.
Haniz terus menanti panggilan telefon dari suaminya dengan penuh sabar. Mata mulai berat.Sempat Haniz memeriksa telefon kot ada balasan chat dari suaminya. Hanya bluetick tertera di chat,tiada balasan terlihat. Jam menunjukkan pukul 2 pagi. Haniz terus menarik selimut untuk menutupi badannya.Fikiran sudah tidak memikirkan hal tadi hanya mahu tidur yang bermain di fikiran. Sleep First!
*************
KRINGGG KRINGG
Terbangun Haniz dek kerana terkejut mendengar deringan alarm telefonnya.Bingkas Haniz bangun.
'Astagfirullah...' gumam Haniz dalam hati seraya mengurut-urut dadanya.
Dicapainya telefon yang berada disebelahnya.Skrin telefon dikerling,jam menunjukkan pukul 5.30 pagi,10 minit sahaja lagi akan masuk waktu solat subuh. Mula memeriksa pesanan whatsapp tapi tiada message atau call yang masuk.Sedikit kecewa terpancar diwajah Haniz.Tanpa membuang masa Haniz bingkas bangun dari katil dan mula menapak ke bilik mandi dan membersihkan diri dahulu sebelum solat.
Usai melakukan solat subuh,Alquran dicapai dan memulai bacaan. Hanya ini satu-satunya cara untuk mendapatkan ketenangan hati daripada segala masalah.Begitu merdu bacaan yang dilontarkan oleh Haniz.Biasanya waktu-waktu begini Fikri dan Haniz akan mengaji bersama dan kadangkala Fikri akan membacakan Hadis atau cerita kisah Nabi.Ia adalah aktiviti yang mampu mengeratkan hubungan suami isteri.
*******************
Sedang Haniz bermalasan di sofa ruang tamu,dia dikejutkan dengan bunyi deringan telefon.Haniz bingkas bangun seraya mencapai telefonnya yang diletakkan di atas meja.Tertera di skrin nama adiknya Ammar.
HANIZ : Hello,ada apa Am call akak ni.
Ammar : Hello akak,nak bagitahu ni...Pak Ngah tadi ada datang rumah,katanya dia jemput kita semua pergi kenduri kat rumah dia hujung minggu ni.Dia buat Majlis Kesyukuran pasal anak dia yang belajar kat Korea tu.
HANIZ : Oh yeke,anak dia yang mana satu erk?
AMMAR : Alah,anak dia yang nama Nadira tu lah yang si terpaling berlagak tu.
HANIZ : Ha ingat-ingat. Dah habis belajar lah ye minah tu ye..hahahahahah.
AMMAR : Itulah,menyampah pulak aku dengan minah tu.Satgi datang ada jelah nak dilagaknya,macam la dia sorang je yang belajar kat oversea tu.
HANIZ : Lantak dialah Am,akak ni taknak ambik tau pasal dia tu...nanti datang sebab nak jaga hati Pak Ngah je.
AMMAR : Ye la,ok lah kak tu je yang Am nak sampaikan. Assalammualaikum.
HANIZ : Waalaikumsalam.
'Balik jugak minah tu ' gumam Haniz dalam hati.
Nadira adalah sepupu Haniz.Muda 2 tahun je dari Haniz.Dia memang terkenal dengan sifat berlagak dan sombong nya itu. Semua sepupu mereka ni memang kurang senang dengan perangai si Nadirah ni.Satu sikap yang Haniz sangat tak suka pasal sepupunya itu adalah bila dia nakkan sesuatu tu maka dia akan berusaha sampai dapat walaupun ia bukan miliknya.
Ammar pernah memberitahu kepada Haniz ketika masih sekolah dulu,yang si Nadira ni crush gila-gila kat Fikry ni cumanya Fikry ni memang tidak pernah ada perasaan pun dekat si Nadira ni.Satu perkara yang merisaukan Haniz sekarang ni adalah,Nadira tidak tahu siapa suaminya.Ini kerana semasa wedding Haniz ketika itu,Nadira baru sahaja menyambung pelajarannya di Korea maka dia belum dapat pulang.
Bermacam-macam perkara yang bermain di fikiran Haniz ketika ini.Takut-takut Nadira menganggu rumah tangganya.
'Ya Allah,peliharalah rumah tanggaku dari mereka-mereka yang berniat tidak baik kepada ku.' doa Haniz dalam hati.
'Kalau Nadira ni terserempak dengan Fikry macam mana?Allahu...minta-mintalah takda' gusar Haniz.
'Kalau tiba-tiba Fikry berubah hati macam mana?' soal Haniz dalam hati.
'Ish,fikiran aku je ni...' gumam Haniz untuk menyedapkan hatinya sendiri.
"Patut ke aku bawa Fikry sekali pergi kenduri Pak Ngah tu?ish takkan tak bawa pulak kan nanti apa diorang kata nanti,aduhh" ujar Haniz sendirian seraya mengosok wajahnya.
---------------------------------------------------------------------
Ada sesuatu akan berlaku dalam rumahangga Haniz & Fikry. Korang rasa apa?
Ha.....staytune ok!
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomansaAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...