Malam yang ditemani bunyi-bunyian cengkerik. Malam ni semuanya masing-masing masuk tidur awal dari kebiasaan. Jiwa bergelora,this is first night untuk aku dengan Fikry. Mak ai,seram sejuk. Aku tak tahulah kenapa? Memang orang yang baru kahwin pun rasa benda yang sama ke?
Langkah ku diiringi Fikry menuju ke bilik. Pintu dikuak. Aku terus masuk ke bilik air untuk mencuci muka dan memberus gigi diselangi Fikry.
Rambut yang tadi diikat dileraikan. Sebelum tidur rutin yang aku buat adalah sapu tangan dan kaki dengan losyen,sangat penting sebenarnya bagi aku sebabnya kulit aku ni jenis kering.
Lampu bilik air ditutup. Fikry menapak perlahan ke katil. Badan dihempas perlahan diatas tilam. Wajah dipalingkan menghadap Haniz yang sedari tadi sudah pun menyelimuti dirinya.
Kini mata mereka bertembung. Hanya seukir senyuman diberi oleh Fikry. Wajah Haniz ditatap lama.
"Kita macam mana?.." soal Fikry setelah lama berdiam.
"Macam mana apa?" Soal Haniz pelik. Kening dikerut.
Tergelak kecil Fikry, "Takkan nak pangil 'awak' 'saya' je."
"Ha ah kan. Kalau macam tu saya pangil awak 'sayang', ok tak?" cadang aku lalu tersengih.
"Saya tak kisah,terpulang pada awak. Mulai malam ni saya panggil awak 'Sayang' ...okay." jelas Fikry.
Deal.
Bantal didekatkan dengan bantal Haniz. Betul-betul dekat.
Gulp!
Haniz menelan air liurnya. Jantung ni tak henti-henti berdegup kencang. Takkan sekarang kot. Tak ready pun.
"Sayang..." meleret pangillan dari Fikry. Allahu suara romantik dia keluar. Wargh..terasa satu persatu iman jatuh berkecai. Dia ni memang jenis soft spoken ke. Lembut je tutur kata dia.
"Ye..." jawab Haniz dengan senyuman.
"Thanks sebab sudi terima sayang," ucap Fikry.
"Sama-sama dan terima kasih jugak sebab sudi jadikan saya Isteri awak." balas Haniz.
Aku dah ready untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Aku janji akan jaga dia and sentiasa ada pada saat-saat bahagia atau down. Itu yang aku janji dalam diri bila sahaja sah menjadi Isteri Fikry.
"Boleh tak sayang nak tahu...why Abie nak kahwin dengan sayang?" Soal Haniz. Perasaan ingin tahu menebal semenjak dirisik hari tu.
"Sebab sayang jodoh Abie..."
"Eish...tak kan tu je sebab dia?." Haniz.
Sekali lagi Fikry tergelak kecil.
"Yelah...masa first time tengok Sayang kan,roh Abie ni seolah dapat rasa yang mungkin suatu hari nanti Sayang akan jadi wife Abie.." jelas Fikry.
"Takpe lain kali Abie cerita macam mana semua ni bermula,ok?" pujuk Fikry.
Lebar senyuman Haniz bila dengar kata-kata Fikry. Haniz hanya mengangguk kan kepalanya.
Bersyukur,dapat disatukan dengan orang yang kita sayang selama ni. Orang yang kita rindu. Tak sangka dia jodoh aku. Tak pernah brain pun. Macam kelakar pulak heheheh.
Fikry menarik perlahan tangan Haniz. Jari Fikry menyilang ruang jemari Haniz dan diletakkan di dadanya. Senyum.
Berdebar. Mana taknya tak pernah disentuh dan dipegang oleh mana-mana lelaki. Haniz hanya membiarkan tindakan suaminya itu.
Tubuh Haniz dirangkulnya kedalam dakapan. Fikry memeluk isterinya itu lalu satu kucupan mendarat pada dahi Haniz.
Entah kenapa aku rasa tenang dan selamat bila dipeluk oleh Fikry. Aku membalas pelukan itu. Sangat erat pelukkan tersebut.
"Kalau boleh Abie nak hari-hari peluk sayang. Bertahun habib menahan beban di hati sebab rindukan sayang. " ujar Fikry dengan nada yang seolah berbisik.
"Bukan Abie je...sayang ni lagilah. Hanya gambar je yang ditatap setiap kali rindu. Tapi sekarang tak lagi sebab orang yang dirindu tu dah jadi milik sayang selamanya" air mata sedikit bergenang. Sebak rasanya.
Sebuah kucupan pantas diberikan kepada Fikry. Ia membuatkan Fikry tersentak. Gemuruh di jiwa tak hilang lagi. Kucupan tadi dibalas Fikry. Lama. Beromance kejap. Uhuks.
"Abie...boleh tak malam ni jangan dulu..." pinta ku dengan nada yang perlahan.
"It's okay sayang,masih banyak hari lagi..." Fikry ketawa kecil diikuti Haniz.
Kepala Haniz berbantalkan lengan Fikry yang sedikit ber 'muscle' tu.
"Abie nak peluk sayang je malam ni..." kata Fikry yang mengemaskan helaian rambut Haniz ke belakang telinga.
"Peluklah selama mana yang Abie nak..." kata Haniz dengan matanya yang terpejam dan sedikit senyuman diberikan.
Sebelum lelap,satu lagi kucupan di dahi Haniz diberikan. Haniz menguntum simpul. Rindu yang ditanggung Fikry selama ini akhirnya terbalas. Tanpa sedar air mata lelakinya sekali lagi tumpah. Haniz tidak mengetahuinya.
Masing-masing sudah lena.
Memang seronok kalau tidur ada yang memeluk. Rasa kehangatan pelukan tu. Hehhehe. Aku rasa lebih tenang bila dipeluk, api kemarahan automatik boleh hilang. That's is aku punya kelemahan. Nak pujuk pun macam tu juga.
Malam pertama tu tak semestinya dilakukan on the first day after nikah. Hari lain pun boleh. Malam pertama tu sebab pertama kali tidur sekatil tu je. Ha! Tak payah kuning sangat lah. Ehekks.
××××××××××××××××××××××
Ha!! Macam mana puas hati tak. Bab ni lah antara yang susah bagi sis,😅 sebb tak tahu sangat. Nak write pun sis perlu cari mood ye😂...kalau tak idea tak mari. Lama jugaklah cari idea utk bab dah kahwin tu..alahai...cause takde pengalaman la weyhh😂..Btw cerita ni dah nak ke penghujung ye.😢
So jangan lupa vote and share tau biar semua orang baca. Musim PKP tak buat ape tu meh lerr baca.
InsyaAllah lepas novel ni,akan ada novel pendek yang akan datang. Heheheh...😁
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...