Seperti biasa Haniz berada di biliknya untuk mengulang kaji. SPM dah nak dekat dah,4 bulan je lagi. Memang Haniz tak sia-siakan waktu yang ada.
Tangan Haniz mencapai buku Kimia di dalam bag nya,masih ada kerja sekolah yang perlu disiapkannya. Sedang Haniz membelek muka surat buku Kimia tadi..."Eh,apa benda ni?"
Ada sekeping sampul surat berwarna biru yang dijumpai pada salah satu muka surat. Haniz meneliti pada sampul tersebut. Tanpa membuang masa Haniz terus membuka sampul tadi. Tertera nama Haniz pada kertas tersebut. Seraya itu Haniz terus membaca isi kandungan dari surat itu.
'Assalamualaikum...hai, harap awk sudi baca surat ni. Firstly saya nak bagitau awak...yang saya sebenarnya minat dengan awak.
Awak tak perlu balas pun surat ni. Harap awak tak marah...saya rasa,cukup sekadar tu je yang saya nak awak tahu. Siapa saya?belum tiba masa nya untuk awak tahu. Ok bye!
By; MZ 'Dengan fokus aku membaca surat itu. Agak sedikit mengejutkan aku. Sebenarnya aku tak pernah dapat surat daripada sesiapa. Kali ni aku agak hairan siapakah gerangan yang empunya surat ni...aku masih lagi berfikir.
Dengan wajah yang berkerut Haniz bermonolog sendirian. 'Siapa yang beri surat ni...bila?kenapa aku tak tau pun?.'
Surat tadi ditelitinya lagi. Mata nya fokus pada nama pengirim yang hanya tertulis 'MZ'. Aku pun menyimpan surat tadi ke dalam sampul. Tidak mahu belajar nya terganggu, Haniz terus menyiapkan kerja sekolah nya.
------- -------- ----------
Usai Haniz dan keluarganya makan malam,mereka semua duduk di ruang tamu. Ketika semua sedang asyik menonton TV, Abah bersuara..."Haniz!!""Ye,Abah..." jawab Haniz sambil mukanya memandang tepat pada wajah Abah nya.
"SPM kamu bila mula nya?." Soal Abah sambil menghirup air kopinya.
"Ermm,awal bulan September Abah." jawab Haniz ringkas.
Abah mengangguk faham. "Oh yeke,maknanya tak lama lagilah kan."
"Ha ah...tak lama lagi pun..." ujar Haniz
"Yelah..." ringkas sahaja Abah menjawah sambil mengukir senyuman. Haniz turut membalas senyuman Abahnya.
Puan Lin pula bersuara."Lepas SPM kamu nak sambung mana?"
"Haniz tak fikir lagi lah mak..." balas Haniz sambil tersengeh seperti kerang busuk.
"Baik lah..." Jawab Puan Lin.
"Nanti lah adik fikirkan ye..." ujar Haniz kepada Puan Lin.
Perbualan mereka tamat disitu, dek kerana jam dah menunjukkan pukul 10 malam. Masing-masing masuk ke bilik untuk tidur. Haniz menapak ke biliknya lalu membaringkan badannya ke atas tilamnya yang empuk itu. Dalam pada itu, tiba Haniz teringat akan hal siang tadi.
'Siapa dia?...ada jugak orang minat kat aku ni. Aku bukannya cantik macam instafamouse ke apa.' gumam Haniz sendiri. Gadis yang berambut panjang hitam sedikit ikal dihujung rambutnya juga sememangnya nya cantik orangnya. Orangnya cukup simple dan manis. Ada sikit lesung pipit di pipinya bila dia tersenyum. Biasa lah masih sekolah kan jadi Tak payah nak cantik sangat. Nak cantik biar lepas sekolah heheheh... Haniz terkenal dengan sikapnya yang suka merendah diri .
Haniz menguap..."Allahu,ngantoknya mata nih..." kata Haniz sendirian. Lemah kakinya melangkah ke bilik air untuk berwuduk sebelum tidur. Setelah selesai,Haniz baring ke katilnya dan selesai membaca DOA sebelum tidur, Haniz memejamkan kedua matanya.Akhirnya Haniz lena diulit mimpi.
((Mimpi...))
Aku melihat seorang lelaki di dalam masjid sedang solat dengan khusyuk sekali. Wajahnya tidak kelihatan kerana aku berada ditingkat atas,ruangan untuk wanita solat. Masjid itu mempunyai 2 tingkat. Aku sedang duduk di tepi besi penghadang sambil menunggu Sya selesai solat. Aku tidak turut serta sebab 'cuti umum' hahha..hahahaha. Aku memerhati lelaki itu dari atas. Teringin sungguh aku mahu melihat wajah nya. Kelihatan lelaki tersebut mempunyai badan yang tinggi. TAnpa Haniz sedar dia tersenyum sendiri bila melihat lelaki tadi. 'Satu dalam sejuta...sapalah wanita bertuah yang dapat dia ...' desis hati Haniz.
Haniz terus lena bersama mimpi nya. Tidak lama kemudian jam loceng milik Haniz berbunyi menandakan jam sudah pukul 5.3 0pagi. Seraya mengejutkan Haniz dari tidurnya.
*********
Ha..acaner OK tak..korang rasa laki dalam mimpi Haniz tu wujud tak eh😕..hmmm nampaknya dh mula dh ....hahhahah..nak tau tak utk next chapter apa yg berlaku..so stay tune OK. Spt biaslh geng..vote,like,komen dan share👍
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
عاطفيةAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...