Hari ni adalah minggu terakhir sebelum bermulanya SPM bagi pelajar tingkatan 5. Minggu yang sangat sibuk untuk calon SPM. Aku dan sahabat aku yang lain juga turut sibuk. Tanpa sedar ia juga adalah minggu terakhir untuk pelajar tingkatan 4 bersekolah,ini kerana kelas mereka digunakan untuk peperiksaan. Sekolah tu ada dua sesi..pelajar juga hampir mencecah tiga ribu orang. Ye sekolah tu besar gilerr...boleh sesat jadi nya hahahaha.. Sayu jugak hati aku sebenarnya sebab sedar tak sedar tahun terakhir bersama mereka semua..termasuk cikgu-cikgu..serius weyhhh rasa nak nangis,tapi aku memang takkan tunjuk reaksi muka sedih aku hehehe....Hari ni jugak ada majlis restu ilmu antara calon spm dengan guru-guru.
Selesai semua guru dan panitia matapelajaran membuat ucapan tiba lah masa untuk bersalaman dengan guru-guru. Masa tu aku memang tak dapat nak tahan air mata aku bila part peluk dengan cikgu Moden Math aku..sebak dia hanya Allah je yang tahu..walaupun cikgu tu garang kadangkala tapi dialah yang sentiasa menegur kami dan memberi semangat. Garang dia bersebab ok..mulanya aku tak berapa nak suka sangat dengan cikgu Syahidah ni,yelah sebab cikgu Math kan hahahhaha...tapi lama-lama aku mula suka kat cikgu tu dengan matapelajaran Math...hehehehe..sikit jelah..markah Math aku pun semakin baik. Tak kurang jugak pelajar yang lain...hmmm nangis jugak lah ..hahhahah. Tak sangka dah lima tahun aku berada kat Sekolah Menengah Bakti ni..terlalu banyak kenangan tak kisah lah pahit atau manis ia tetap kenangan.
Fikry adalah orang yang paling sedih lah...sebab nya, yelah Haniz dah tak sekolah situ lagi tahun depan. Kebetulan Fikry dan Ammar lalu di kelas Haniz untuk ke surau kerana ada kelas agama. Ketika Fikry lalu di situ matanya tidak lari dari memandang tempat duduk Haniz. 'Minggu ni last aku tengok dia,hmmm...aku akan rindu kau Haniz...' desis Fikry dalam hati.
Sementara menunggu Ustaz Syukri datang ..Fikry dan yang lain borak kosong. Tiba Ammar mencelah "Weyh Fikry, tak sedih ke sebab minggu ni kan last kita sekolah dan last kau tengok akak aku.." Ammar ketawa kecil,sengaja dia mengajukan soalan tu sebab dia faham perasaan sahabat baiknya itu.
Fikry terkejut dengan soalan dari Ammar..tak sangka yang dia buka topik tu..tetiba sedih menyelubungi aku. Lama jugak lah aku mendiamkan diri dan akhirnya aku jawab juga soalan dengan tenang seolah tak rasa apa-apa.."errr..taklah kenapa pulak nak sedih..."
"Yelah tu...aku kenal kau bukan satu hari je." usik Ammar
"Kalau ada jodoh tu,korang dua terpisah jauh pun suatu hari confirm jumpa balik...cayelah kata kawan kau ni..." kata Imran lalu menepuk bahu Fikry .
"Macam mana kalau dia lepas ni dah ada boyfriend kat U nanti?" tanya Fikry kepada semua orang.
Semua hanya membisu termasuk Ammar. Tidak lama kemudian Ammar bersuara .."Aku kenal kakak aku Fik,tak mudah untuk dia memberi hati nya kat orang lain. Doa tu yang penting Fikry."
Imran mengangguk tanda setuju. Fikry hanya membalas dengan senyuman. Lega sikit bila Ammar kata begitu.________________________
__________"Fikry...cepat turun makan, nanti sejuk pulak lauk ni!" panggil Puan Maria pada anak tunggalnya itu sambil mengaut nasi untuk Fikry.
Seraya itu Fikry muncul.."Mak masak ape ni..sedap je bau dia.."
"Ni ha ayam masak merah,favourite kamu kan. Ha makan lah,mak nak solat zohor ni.." ujar Puan Maria.
Fikry mengaut ayam masak merah tadi dan terus memakannya.."Ya Allah mak,sedapnya. Mak terbaik mak.." puji Fikry setelah merasa masakan Puan Maria sambil menunjukkan hand thumb.
"Ha tau takpe,esok-esok kalau nak cari isteri..carilah yang pandai masak,tak lah asyik makan kat luar je.." usik Puan Maria.
"Yelah mak.." jawab Fikry selamba.Puan Maria pun berlalu pergi untuk berwuduk.
Setelah selesai menjamu selera tadi,Fikry duduk di ruang tamu sambil memeriksa hand phone kalau-kalau ada message masuk..semestinya ada,terutama nya group WhatsApp yang sentiasa bising. Fikry menapak ke bilik nya dan mencapai headphone lalu membaringkan diri di katilnya. Seperti biasa dia mendengar lagu kegemarannya. Seperti yang dikatakan setiap kali mendengar lagu tersebut mesti akan teringat kan Haniz. Tiba-tiba Fikry teringat kan sesuatu dan bingkas bangun lalu bersiap .
"Mak Fik nak keluar kejap.." kunci motosikal dicapainya di atas meja selepas memberitahu Puan Maria yang sedang menonton TV .
"Ye,jangan laju sangat bawa motor tu...hati-hati.." pesan Puan Maria.
'Mana pula pergi Fikry,macam penting sangat.. ada-ada je budak ni.' Puan Maria hanya mengelengkan kepala melihat anaknya itu.
*********************
Hmmm...rasanya si Fikry ni pergi mana agak nya dengan tergesanya. Ha!jangan lupa baca sampai habis tau...hehehehehe💙💙💙💙..aku bagi tips skit kalau nak baca novel ni;
√baca sambil dengan lagu..ikut situasi cerita tu..baru betul² dapat feel.
OK tu jer.. Hheheheh.
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...