SETAHUN BERLALU~
Hari ini Haniz seperti biasa akan turun padang memantau beberapa restaurant miliknya. Itulah rutinnya untuk memastikan operasi kedainya itu berjalan dengan lancar. Disiplin & kebersihan itu adalah matlamat utama bagi Haniz. Tidak mahu nama baik restaurant nya itu tercemar.
"Selamat pagi chef,apa khabar hari ni? " tegur Haniz kepada chef-chef di dapur restaurant nya itu. Haniz terkenal dengan sifatnya yang ramah itu. Belum pernah lagi dia memarahi staffnya,kalau ada pun kesilapan dibuat Haniz akan menasihati tanpa melukakan hati staff nya. Pantas sahaja kesemua staff nya itu amat menghormati dan menyayangi dia.
Kebajikan staff nya tetap menjadi keutamaannya."Khabar baik Puan. Puan apa khabar" jawab Chef Ida dengan senyuman. Dia merupakan ketua chef di restaurant itu. Dia jugalah antara yang paling lama berkhidmat disitu. Bermula dengan kedai makan kecil sahaja sehinggalah mempunyai restaurant yang besar.
"Ada apa-apa yang nak ditambah atau lain-lain" tanya Haniz sambil berdiri di hadapan ruangan masuk ke dapur.
"Rasanya tidak ada apa-apa lagi yang nak ditambah Puan," jawab salah seorang chef di dapur itu.
"Baiklah kalau macam tu,jangan lupa makesure dapur sentiasa bersih setiap kali nak tutup kedai ye...and satu lagi,kalau ada apa-apa keperluan atau hal lain blh inform dengan Manager ye. " jelas Haniz. Tidak pernah jemu dia mengingatkan pekerja nya tentang kebersihan.
"Ok Puan " jawab chef-chef serentak.
"Ok,teruskan buat kerja masing-masing..." arah Haniz seraya perlahan meninggalkan dapur. Senyuman diwajahnya itu tidak lekang dari bibir.
Pintu kereta ditutup. Sedang Haniz hendak start enjin kereta matanya tertuju ada sosok yang amat dikenali nya. Ya tidak silap lagi. Fikry & Nadira!
Mata Haniz tidak lari dari memerhati gerak -geri mereka berdua. Duduk makan disebuah restaurant yang tidak jauh dari restaurant milik Haniz.Terdiam seribu bahasa. Tiada kata yang dapat diungkapkan. Keliru. Seribu persoalan yang berada diminda. Itulah yang Haniz rasakan sekarang. Seperti tidak percaya dengan apa yang dia lihat sekarang.
Tanpa sedar air mata mengalir dipipi. Hati ini bagai disiat-siat. Kalau dibandingkan kaca yang pecah seribu,hati ini lebih hancur 50 kali ganda. Begitu sedih hati Haniz. Rasa nak keluar je dari kereta ni lepastu pergi sergah mereka berdua. Hanya Allah yang Maha Mengetahui perasaan ini.
'Ya Allah,dugaan apa kali ini...' desis Haniz dalam hati. Stereng kereta digengam kuat. Rasa geram tu sangat menebal.
Tidak mahu lagi menambah rasa sakit di hati. Haniz terus berlalu pergi. Rosak segala mood hari ini yang asalnya hendak pergi melawat kesemua restaurant nya.
Sepanjang memandu hanya air mata yang menemani Haniz. Sungguh dia tak sangka semua ni akan berlaku. Kenapa dengan Nadirah? Kenapa bukan orang lain? Ada apa dengan mereka berdua?.Itulah persoalan yang bermain diminda Haniz ketika ini.
Pantas sahaja sejak dua menjak ini, perangai Fikry berubah perlahan. Pulang kerja lewat hampir setiap hari,diajak makan dikatakan sudah kenyang takpun dikatanya tiada selera makan. Jarang nak keluar bersama. Asyik hadap telefon ,telefon memang tidak lepas dari tangan,sehinggakan masuk tandas pun dibawanya sekali telefon tu. Kadangkala sikapnya dingin dengan Haniz .
Sampai satu tahap Haniz menanyakan kepada Ammar. Perubahan perangai Fikry yang sebegitu. Haniz tahu suaminya tidak pernah berperangai sebegitu.
'Aku kena siasat sampai dapat!' itu janji Haniz. Tidak mahu menuduh melulu tanpa bukti. Walaupun 'hint-hint' pada suaminya itu jelas ,yang Fikry menduakan Haniz!
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...