Tinggal sehari je lagi sebelum majlis perkahwinan berlangsung. Semakin kuat hati ni berdebar. Haish...Haniz tak sangka tak lama lagi nak jadi bini orangkan. Huhuh...kahwin dengan crush sendiri kot,sape je tak happy kan.
Suasana rumah ketika ini sedang riuh rendah ye. Tambahan lagi,bakal mertua pun ade jugak. Diorang bermalam disini.
Haniz menapak ke bilik untuk berehat seketika. Daun pintu ditutup. Bilik dihias secantiknya,tak banyak berubah pun cuma cadar nya ditukar. Kalau bab decoration ni memang Haniz suka. Ruangan bilik juga besar. Ada bilik air lagi. Katil bersaiz King .
Mata tertumpu pada sehelai sampul surat yang terletak di atas meja solek.
Surat diambil lalu melabuhkan punggung disisi katil. Terlihat garisan senyum terpancar dibibir Haniz.
'Tak lain ni...memang Fikry yang bagi,' teka aku.
Memang dia je yang suka bagi surat 'cinta' ni. Sweet...aku suka. Walaupun nampak ketinggalan zaman. Ada je nombor Whatsapp aku bagi kat dia. Sesekali tu ada juga kami berbalas pesanan,itupun mengenai persiapan perkahwinan. Tapi melalui surat ni aku dapat agak yang dia ni jenis romantik orangnya.
Sampul dibuka. Tertera nama Fikry diatas tepi sampul.
Bait-bait tulisan itu aku baca.
Assalamualaikum bakal Isteriku...
Hanya menunggu detik kita akan disatukan. Kalau nak ditanya tentang perasaan ni semestinya bercampur baur.
Terima kasih buat bakal Isteriku...kerana sudi untuk membina mahligai bersama. Mungkin saya ni bukanlah seperti lelaki idaman awak, saya harap awak terima segala kekurangan saya. Awaklah yang bakal melengkapi kekurangan saya nanti. Saya juga bersedia untuk menerima segala kekurangan awak. Maaflah kalau saya asyik hantar surat je kat awak.(:
Baiklah cukup sekadar disini sahaja yang hendak saya luahkan.*jangan tidur lewat okay... Sekian.
----------
Kertas ditekup di dada dan badan direbahkan. Senyum dibibir semakin mekar. Hati terasa berbunga-bunga. Perasaan gembira menyelubungi jiwa,bakal disatukan dengan seseorang yang telah lama dinanti.
Suasana Subuh yang hening. Aku melaksanakan kewajiban sebagai seorang hamba iaitu untuk sujud kepada Nya. Usai solat, Al-quran diambil dan dibaca.
Mengerling jam di dinding,menunjukkan pukul 6.45 pagi.
Rambut disisir. Gaya rambut Haniz paras bahu kelihatan sesuai dengan bentuk wajahnya yang bujur itu.
Haniz menapak ke bilik air untuk membersihkan diri. Tidur malam pun tak lena. Mana taknya keesokan hari nikah. Orang yang paling terkejut beruk sekali semestinya sahabat lama zaman sekolah dulu. Seperti tidak percaya yang aku akan kahwin dengan crush sendiri. Uhukss.
........
2 MINGGU YANG LALU
Skrin telefon dipandang. Otak masih ligat memikirkan bagaimana nak explain dekat Sya, Emma dengan Nisa.
Telefon dicapai dan terus menghantar pesanan kepada mereka. Lebih baik cerita secara face to face. Tak sabar nak tengok reaksi muka diorang. Ahhaha. Ish tak baik la kau Haniz.
Mata meliar mencari kelibat sahabat-sahabat aku. Hurm...ni yang buat aku tak suka ni. Janji pukul 10 pagi mesti dah ada. Ni dah 15 minit berlalu.
Pertemuan diadakan di cafe tempat favourite kita orang. Memang tempat wajib la katakan.
Warghh.
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomansaAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...