Malam yang sangat membosankan aku,haishh ape yang nak dibuat erkk ..nak tengok running man tapi hujan lebat kat luar tu so siaran dia terganggu. Aku teringat tentang buku yang aku beli tempoh hari,buku motivasilah yang ada unsur Islamik tu...hahahaha..buku dari koleksi Tarbiyah Sentap,aku memang penggemar buku diorang best gila. Aku menapak di rak mini tempat letak buku-buku aku,buku tu masih dalam plastik lagi...aku letak diatas kotak. Sedang aku tarik plastik buku tu..'bukk!!' dengan tak sengaja kotak bersaiz sederhana tu terjatuh,segala kertas terkeluar dari kotak. Aku terpana pada kertas-kertas yang jatuh tu. Sekian lama aku tak buka kotak tu,tersimpan lama dah sejak dari Universiti lagi. Barangan tadi aku kutip dan letak semula ke dalam kotak tadi,dibawa aku keatas katil...satu persatu kertas aku baca. Sampai sekarang aku tak pernah tahu siapa orang yang slalu bagi aku surat ni. Pernah jugak dia bagi hadiah pada hari sebelum SPM..
((Flash back))
Lepas je balik dari kantin...aku ,Sya,Nisa dan Emma makan dalam kelas je..masa aku sampai tempat duduk aku tu,ada sebuah beg hadiah didalamnya ada sekeping kad nota yang ditinggalkan...seperti biasa tiada nama pengirim cuma huruf 'MF' yang tertulis di kad tu.
"Siape yang bagi ni..." soal aku sendiri dengan riak wajah yang blur.
"Orang yang sama ke?" tanya Sya yang berdiri di sebelah aku.
"Cerrr ada peminat kawan aku sorang ni...siapa lah gerangan orang tu ye,hahha..." usik Emma dengan menjongketkan keningnya berkali-kali. Nisa tergelak kecil dibuatnya.
"Eh takpelah...nanti-nantilah,lapar ni" ajak aku diorang ni makan saja taknak panjangkan cerita ni kang tak pasal-pasal kena usik.
Itula cerita dia...sampai sekarang aku tak pernah bukak hadiah tu,aku pun tak tau kenapa. Kali ni hati aku terdetik jugak nak buka hadiah tu. Kad nota tu dibaca sekilas...tertulis pada kad tersebut;
'MOGA BERJAYA DALAM SPM,DON'T TRY YOUR BEST BUT DO YOUR BEST!!!'. :MF.tu lah dia ucapan ringkas yang diberi,agak motivated lah bila baca hehehe. Kertas kotak dibuka perlahan, ada sehelai kain berwarna biru cair...aku membuka nya, ternyata ia adalah tudung bawal bidang 50. Ye warna biru cair tu adalah warna kegemaran aku...tapi macam mana dia tau.
'Wahhh...cantik tudung ni' bisik aku dalam hati sambil tersengeh.
Sekali sekala aku cuba jugak pakai tudung ni... Hehehehe... Tudung disimpan semula kedalam kotak..kalau diikotkan sangat lah banyak Surat dalam kotak ni tau...memang aku kumpul semua tu.
'Siapa lelaki yang selalu bagi surat-surat ni semua erk..' itulah persoalan yang sering bermain di minda aku. Kotak disimpan semula di atas rak buku yang tingginya paras dada je. Aku baring,earphone dipakai dan lagu dimainkan. Aku scroll lagu yang ada dalam playlist...lagu Peterpan yang bertajuk 'Tentang Kita' dimainkan. Sumpah weyhh setiap kali aku dengar lagu ni setiap kali tu lah aku akan tiba-tiba teringat pada Fikry,dulu lah tapi sekarang aku tak boleh tipu diri aku...ye aku dah jatuh cinta kat dia. Aku perasan tu selepas SPM,mula-mula aku nafikan perasaan tu tapi aku kadang-kadang teringat kat dia. Payah lah macam ni. Tapi dalam masa yang sama...aku nak cari siapa yang bagi surat-surat tu semua. Aku kena cari jugak.
-----------------
Nombor telefon Ammar di dail Fikry.
"Hello Am,kau free tak hari ni..."
"Hello...ye aku free hari ni,lagipun aku tengah cuti ni..." ujar Ammar.
"Aku nak kau lepak ni ...tengok futsal, kau nak tak??" tanya Fikry
"Ha cantik...OK boleh-boleh. Sekarang ke?" balas Ammar.
"Ye sekarang,aku tunggu kau kat sana." kata Fikry.
"Ye ye..OK" balas Ammar.
Perbualan telefon mereka tamat disitu.
Aku bersiap untuk ke dewan futsal dimana tempat aku dengan kawan-kawan aku lepak. Dulu kerap jugak lah aku pergi situ tapi sekarang masing-masing dah kerja so hari minggu jelah dapat main futsal sama-sama.
Aku tiba di dewan futsal,nampaknya Ammar belum datang lagi. Aku mengambil tempat di bangku yang berdepan dengan gelanggang futsal supaya dapat lihat dengan jelas. Tidak lama kemudian...Ammar datang lalu mencari-cari aku. Aku mengangkat tangan kepada Ammar supaya dia tahu kedudukan aku. Ammar berlari kearah aku...tercungap Ammar dibuatnya.
"Ha sampai pun..." tegur Fikry. Tergelak kecil aku tengok si Ammar ni.
"Jauh nya kau carik tempat duduk nih..." bebel Ammar sambil melabuhkan punggungnya sebelah aku.
"Saja nak bagi kau exercise.. Hahahhaha..." ujar Fikry.
"Ish kau ni..." Ammar menyiku bahu Fikry.
"Sebenarnya aku ada benda nak cakap dengan kau ni..." kata Fikry sambil mengatur kedudukan nya mengikut keselesaan.
"Oh...pasal apa tu? dahi Ammar sedikit berkerut.
"Aku..." kata-kata aku terputus lalu menoleh tepat pada bebola mata Ammar.
"Ye...kenapa??" tanya Ammar perlahan.
"Aku...nak kahwin dengan Haniz!!!" kata Fikry dengan nervous.
Ammar memandang tepat muka aku.
"Alhamdulillah,Allah makbulkan jugak doa aku..." Ammar terus memeluk sahabat baiknya itu. Dah lama dia berharap yang Fikry dan Haniz bersatu.
"Thanks bro..." ujar Fikry. Pelukan dilerai.
"So...bila kau nak masuk meminang akak aku." tanya Ammar yang tak sabar nak tengok mereka naik pelamin hahahaha.
"Ermmm...aku plan nak jumpa mak ayah kau dulu. Kena tanya mereka dulu. Lepas tu baru aku masuk meminang. " jelas Fikry.
"Ha OK lah kalau macamtu,kau takyah risau nanti aku akan aturkan pasal benda ni." ujar Ammar.
"Tapi jangan bagitau Haniz dulu..." pesan Fikry.
"Takpe aku faham...aku takkan bagitau dia,tak payah risaulah." kata Ammar sambil menepuk-nepuk bahu Fikry.
Aku tersenyum gembira dengan harapan semua nya berjalan dengan lancar.
*************
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...