Di surau sekolah. Aku dan yang lain menunaikan solat zohor disini dek kerana kita orang stay je kat sekolah sebab ada kelas tambahan. Selesai aku mengambil wudhu aku terus masuk ke surau untuk memakai telekung,kebiasaannya kami akan solat berjemaah. Sedang aku duduk untuk menunggu masuk waktu. Mata aku melihat gelagat pelajar lelaki di depan. Tempat solat bagi lelaki dan perempuan dipisahkan dengan kain langsir berwarna putih yang transparent, so boleh nampak saf lelaki. Dalam pada masa yang sama aku terdengar Ustaz Syukri menyuruh seorang pelajar lelaki untuk melaungkanAzan. Aku hanya memerhati gelagat mereka. Tidak lama kemudian azan pun berkumandang menandakan telah masuk waktu solat Zohor. Semua jemaah berdiri termasuk aku. Merdu sangat suara budak lelaki tu melaungkan azan,sehingga aku tertarik dengan suara tu. Tapi sekarang bukan waktu untuk fikir tentang semua tu,sekarang adalah perlu fokus dengan solat sebab nak menghadap Illahi. Terlalu hina rasa diri bila sedang menghadap Illahi tapi masih memikirkan dunia. Usai mengejarkan solat aku dan yang lain mengemas telekung selepas digunakan. Aku,Sya,Nisa dan Emma duduk di pondok yang tidak jauh dari kelas. Masa masih banyak makanya kami pun makanlah..sebab kelas mula pukul 2 petang. Dalam asyik menikmati makanan tiba Sya tanya.." lepas SPM korang nak sambung mana?" dengan mulut yang tak henti mengunyah.
Jawab Nisa sambil mengelap mulutnya dengan sapu tangan selepas selesai makan.."kalau aku...aku nak sambung form 6 sebab belum ready lagi nak berjauhan dengan family aku."
"Ouhh sejenis budak homesick lah ni..." tawa Emma yang lain turut ketawa.
"Aku memang taknak sambung form 6,kalau boleh terus masuk U je." ujar Haniz.
Masing-masing menyuarakan pendapat. Selesai makan mereka terus masuk ke kelas.
----- ------ -------- ------
Selesai kelas tambahan,semua berpusu-pusu keluar dari kelas untuk balik. Sya,Emma dan Nisa dah pun balik terlebih dahulu. Slalunya Abah akan tunggu di depan pagar sekolah sebelum aku keluar tapi Kali ni bayang kereta pun tak nampak,tidak seperti selalu hari ni Abah ambik lambat. Ya..aku sorang je duduk disitu,tapi ade je budak lain..hehee..kawan aku semua dah balik so aku sorang jelah. Dalam aku sibuk memerhati setiap satu kereta yang lalu lalang kat situ tiba-tiba ada seseorang yang menegur aku...orang tu adalah lelaki yang pernah muncul dalam mimpi aku sebelum ni..."Err..Hai!" tegur Fikry dengan memberi sedikit senyuman. Omg!!! rasa awkward gilerr walaupun aku dah kenal dia. Aku membalas balik teguran tadi.."Ouhh..err..hai!" .
"Sorang je ke?" tanya Fikry sambil berdiri lalu menyandarkan badannya ke dinding pagar serta wajah berpaling ke arah aku dan tangan dimasukkan ke poker seluar. Ye..macho gilerrr.
"Haah,sorang je. Yang lain dah balik dulu dah." jawab aku dengan biasa untuk cover nervouse. Tak tahu lah kenapa jantung aku semakin laju berdegub.
"Ouh yeke..." balas Fikry pendek.
Dua-dua membisu sebab masing-masing rasa awkward. Sampailah Abah Haniz sampai. Sebelum aku menuju ke kereta Abah "Ermmm...saya balik dulu hehh..bye.." aku melambai kearahnya. Fikry hanya membalas dengan senyuman.
'Manis betul senyuman dia...'. desis Fikry dalam hati.
----- ----- ------
Selesai menyiapkan kerja Kursus Sains Komputer, Fikry terus membaringkan diri nya di atas katil. Tanpa sedar...Fikry tersenyum sendiri apabila teringat akan hal siang tadi. Senyuman Haniz yang betul-betul membuat Fikry cair..hahah..
'Kalau boleh aku nak tenung je muka dia...sejuk je mata aku ni tengok wajah dia yang Comel tu. Tak salah rasanya suka kat Senior.' Fikry tersenyum senyum dari tadi bila teringatkan si Haniz.
Suke la tu...hehehe...'Nak ke dia terima aku?' Fikry monolog sendiri. Dia menghela nafas nya dengan berat. Akhirnya Fikry tertidur.
((Mimpi..))
Fikry duduk di tepi pantai untuk menikmati angin yang mendinginkan kehangatan badan. Dia bersendirian disitu. Ye..dia sorang je kat pantai tu.
'Segarnya angin kan sini' Fikry bermonolog sendiri dengan gitar yang dibawanya bersama. Suara Fikry kalau nyanyi memang sedap. Hanya kawan rapat dia je yang tau. Terlintas difikirannya untuk menyanyikan lagu kesukaannya. Lagu tu adalah yang paling hits lah tahun ni. Lagu dari Indonesia. Tajuk dia..'Cinta Luar Biasa' yang dinyanyikan oleh Andmesh Kamaleng. Lirik lagu tersebut mengingatkan dia kepada Haniz. Fikry mula memetik gitarnya dengan ditemani suasana yang tenang.Waktu pertama kali~
Ku lihat dirimu hadir...~belum sempat Fikry menghabiskan nyanyian nya...dia terpandang seorang perempuan yang memakai serba putih,seorang diri. Perempuan tersebut berdiri menghadap pantai dengan wajah tersenyum manis. Fikry terpana seketika...'Bidadari ke tu...?rupa gadis tu iras-iras Haniz. ' desis hati Fikry lalu matanya meliar melihat sekeliling kalau-kalau ada orang lain yang datang bersama gadis itu. Fikry memandang semula ke arah gadis tadi tetapi gadis tersebut hilang dari pandangan nya.
"Eh,mana dia pergi?takkan hilang kot...." Fikry yang tercari-cari gadis tersebut dengan perasaan pelik dan bercampur baur.
Kring!!!Kring!!!...bunyi jam loceng yang mengejutkan Fikry dari mimpi tadi. Fikry terus sedar serta bingkas bangun dari tempat tidur nya apabila cuba mengingati tentang mimpi tadi. Seraya itu Fikry mengucap berkali-kali dan mengusap wajahnya "Astagfirullahalazim..."
Dia melihat jam,menunjukkan pukul 5.30 pagi...berapa minit lagi nak masuk waktu subuh. Fikry bingkas bangun untuk mandi dan seterusnya solat. Hari ni adalah hari Sabtu maka nya dia tak payah nak bersiap ke sekolah.
Selesai solat,dia menletakkan sejadah di hujung katilnya. Fikry melabuhkan punggungnya di katilnya. 'Ya Allah ape benda yang aku mimpi tadi...apa maknanya tu...Allahu...' monolog Fikry sendiri,Fikry mengerutkan dahinya bila memikirkan mimpi tadi.
***************
Ok macam mna? Nmpaknya Fikry pun mimpi Haniz..kalau sebelum ni Haniz yang mimpi Fikry!hmmm..pelik nohh..ape maksud mimpi tu sebenarnya...so korang kena stay tune okeyhh. Btw novel ni tak panjang pun. Pendek jer. Sebab aq jenis yang suka novel pendek2..😂😂😂...kang pjg pening pulak kome nanti.. Spt biasa jgn lupa vote,like,comments dan share kat kwn² ye.. Byeee..selamt membaca.💙💙💙💙💙💙💋
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...