Hujan Rahmat turun membasahi bumi pada waktu petang memb ataskan Haniz untuk keluar bersama Sya, Emma dan Nisa pada hari Sabtu itu. Niat untuk belajar bersama-sama tak kesampaian dek kerana hujan.
"Huh!hujan pulak hari ni, hurmmm..." dengus Haniz sambil merenung keluar tingkap.
'Ting!' -ada message dari WhatsApp masuk.
Haniz meneliti nama yang menghantar message tadi. Tertera nama Sya pada skrin telefon bimbit Haniz."Haniz!aku ade something nak bagitau kau ni!!"Sya.
"Ape dia..."-Haniz.
" Kau tau tak, ada sorang mamat ni DM aku kat IG. Pastu tanya pasal kau!"balas Sya.
"What?seriously!"ujar Haniz.
" Kau nak tahu tak sapa mamat tu?"tanya Sya.
"Siapa?aku kenal tak dengan dia?"soal Haniz.
" Ye babe, kau kenal sangat mamat tu.Dia tu yang kau pernah crush dulu!" Ujar Sya.
Haniz cuba untuk ingat dan hair an kenapa secara tiba tanya tentang diri nya.
"Ish,siapa pulak crush aku yang dulu tu..."desis Haniz dalam hati.
Haniz kembali pada telefon bimbitnya. Message dari Sya tertera di skrin telefon.
"Mamat tu yang pernah tolak cinta kau dulu!" -Sya.
"Mohd Aqmal Hakimi...betul tak?"-Haniz.
" Ya beb,dia tanya khabar kau..."-Sya.
"Dah kenapa dia tanya pasal aku pulak?OMG!seriously,dah bertahun kot!!" -Haniz.
Mohd Aqmal Hakimi,crush pertama aku ketika tingkatan 2 dulu. Lelaki yang pernah menolak cinta aku, juga dialah lelaki yang meranapkan hati aku sampai tahap pintu hati aku hampir tertutup untuk menerima mana-mana lelaki. Aku akui yang pada masa tu aku tidak matang dalam cinta. Aku bukanlah benci dia ,cuma aku tak suka ungkit cerita lama sebab ia hanya menyakitkan hati aku je. Dan sekarang nama dia muncul balik!?.
"Entahlah Niz,siap mintak no telefon kau lagi,."Sya
" kau bagi tak?"-Haniz.
"Memang tak lah aku nak bagi nombor kawan baik aku kat lelaki yang dah hancurkan hati kawan aku!!" Sya
"OK,bagus. Tetiba pulak dia tu...menyampah aku!!" Haniz.
" Takpe,kalau ada apa-apa aku bagitahu kau heh," Sya.
"Ye beb, terima kasih sebab inform kat aku." Haniz.
Message mereka terhenti di situ.
'Tak akan ada peluang kedua untuk dia! ' desis Haniz dalam hati.
Haniz bingkas bangun dari katilnya dan mengatur langkah untuk menuju ke ruang tamu. Kelihatan Abah , Mak dan Ammar yang sedang menonton televisyen. Kebiasaannya pada waktu petang masing-masing akan sibuk buat kerja sendiri. Abah akan ke ladangnya, Ammar pula sibuk bermain gitarnya di pondok kecil dihalaman rumah bersama Imran. Aku pulak dengan Mak jer di rumah kadangkala dengan mereka Sya,Nisa dan Emma. Kitaorang ni satu kampung.
"Mak,Abah tengok cerita ape tu" tegur Haniz sambil senyum apabila melihat tiga beranak tu fokus melihat TV.
"Ni ha,tengok cerita sinetron ni.." sahut Abah sambil membalas senyum anak gadisnya itu.
" Sejak bila pulak semua suka tengok sinetron ni,ha..ha..ha.." usik Haniz diikuti gelak kecil.
"Takde cerita yang nak ditengok,jadi layan je lah sinetron ni" sampuk Mak Lin sambil mata melekat di kaca TV.
Haniz menganguk tanda faham "oh..."
Adik Haniz ,Ammar juga yang dari tadi menonton sinetron tidak toleh langsung seperti drama tersebut mempunyai magis sebab mampu membuat semua orang terpukau. Ha.ha.hahhahah.
Aku melihat jam dinding menunjukkan pukul 4.30 petang.
" Abah, dah masuk waktu ni..." bagitahu Haniz.
"Oh yeke..." jawab Abah sambil melihat jam di tangannya.Tutup TV,pergi ambil wudhu dan bersiap untuk solat Asar" arah Abah kepada semua.
Selepas solat Asar, Abah memberi sedikit tazkirah. Haniz, Mak Lin dan Ammar sedang khusyuk mendengar. Tazkirah tentang 'kebaikkan bersedekah'.
Usai solat berjemaah Haniz masuk ke biliknya. Dia baring dikatilnya sambil memasang earphone dan memainkannya. Semestinya dia akan mendengar lagu kegemarannya iaitu 'Semua Tentang Kita -Noah'. Mulutnya terkumat-kamit mengikut bersama nyanyi sambil mata merenung ke luar jendela. Hujan masih belum berhenti.
***********
So,How? OK tak.. He.he.hehhe...
Mcm biasa lah kan korang kena vote, comments,like and share . OK tq..maaflah kurang idea pulk kali ni.😯
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
Любовные романыAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...