Barang siap dikemas dan dimasukkan ke dalam bag baju. Hari ni aku perlu balik sebab lusa kerja.
"Dah siap kemas ke Fik?" tegur Pn.Maria dari belakang.
"Sikit lagi mak..." jawabku ringkas sambil memasukkan baju yang berbaki.
"Sure takde apa yang tinggal lagi..." mak memastikan agar tiada barang yang tertinggal.
Fikry memerhati sekeliling,nampaknya tiada yang tertinggal lagi.
"Takde mak. Fik dah letak semua dalam bag." ujar Fikry.
Fikry membuntuti emaknya ke luar. Pintu bilik ditutup. Terlihat ayah Fikry sedang duduk diruangan tamu.
"Ayah...Fikry dah nak balik ni,lusa dah start kerja balik." Ujar Fikry.
"Oh ye baiklah. Dah bawa semua barang kamu. Takde yang tinggal lagi?..." tanya ayah lantas bangun dari sofa.
"Takde ayah." balasku lalu melangkah ke pintu sambil diikuti mak dan ayah dari belakang.
"Bawak kereta tu elok-elok. Jangan laju sangat." pesan mak pada Fikry.
"Ye mak...kalau cuti nanti Fik balik ye." kata Fikry.
Bag dimasukkan ditempat duduk belakang. Aku memeluk mak dan ayah. Tangan mereka ku salami dengan sedikit perasaan sayu. Cepat je masa berlalu,seperti baru semalam je aku balik sini.
"Sampai sana nanti jangan lupa telefon kami tau." giliran ayah pesan kepada Fikry. Terasa sedih bila anak tunggalnya itu pulang ke rumah nya sendiri. Terlihat sayu wajah keduanya.
"Baik ayah. Nanti sampai Fikry terus call. Mak,ayah jangan lupa jaga kesihatan ye. Kalau ada apa-apa call Fik ya..." ujar Fikry.
"Assalamualaikum...Fik gerak dulu." kata Fikry.
Bayangan kereta kian hilang.
Akhirnya tiba jua dirumah. Jam tangan diteliti. Waktu menunjukkan pukul 6 petang. Aku berangkat dari rumah mak sekitar jam 4 petang.
Aku menuju terus ke bilik untuk berehat. Terasa penat bila drive. Bag baju diletakkan di sisi Almari baju. Aku terus merebahkan diri diatas kati. Mata hanya memandang siling bilik. Melepaskan lelah. Setibanya aku diperkarangan rumah tadi aku terus call mak. Buat seperti yang dipesan oleh ayah tadi.
Akhirnya mata ini tewas jua. Aku terlena seketika.
"Awak...saya ada benda nak cakap ni." Ujar Haniz.
"Apa benda nya tu? cakap je..." Fikry memandang tepat anak mata Haniz. Dapat merasakan ada sesuatu yang tak kena.
Agak lama Haniz berdiam diri. Akhirnya dia memulakan bicara.
"Saya harap, apa yang saya nak cakap tu nanti...awak terima dengan hati terbuka ok." tutur Haniz perlahan.
Jelas kelihatan seperti tidak mengerti apa sebenarnya dikatakan oleh Haniz diwajah Fikry. Dahi dikerut sedikit.
"Apa maksud awak?" tanya Fikry pelik.
"Ermm...macam ni,boleh tak batalkan je perkahwinan kita. Sejujurnya,saya tak cintakan awak pun. Hati saya bukan untuk awak. Maafkan saya." Jelas Haniz satu per satu.
Tanpa sedar laju air mata menuruni di pipi Fikry. Sungguh tak percaya apa yang dia sedang dengar tadi. Fikry diam seribu bahasa kerana tidak dapat menerima apa yang dikatakan oleh Haniz.
"Apa yang awak cakap ni?..." soal Fikry dengan nada suara yang serak.
Cincin rotan dijari dibuka. Cincin dipulangkan Haniz semula kepada Fikry. Haniz berlalu pergi seolah tidak menghiraukan Fikry disitu.
Tersedar dari mimpi aku terus bangkit.
"Astagfirullahalazim..."ucap ku beberapa kali sambil mengusap muka. Jantung berdegup kancang.
"Mimpi rupanya..." aku menarik lafaz lega. Jam di dinding ditoleh. Waktu manandakan sudah masuk pukul 7 malam.
Aku bingkas bangun dari katil,towel diambil dan terus melangkah masuk ke bilik air. Waktu Maghrib tak lama lagi.
Selesai mengerjakan solat, aku menadah tangan untuk berdoa. Tidak pernah jemu ku titip kan doa pada Illahi. Dia yang Maha Mengetahui segala isi hati ini.
Aku melabuhkan punggung di kerusi yang terletak di meja kerja. Telefon dibuka untuk memeriksa segala message yang masuk.
Teringat semasa rombongan merisik hari tu. Ia membuatkan Fikry tersengeh sendiri. Gambar-gambar yang diambil ketika majlis tersebut ditatap kembali. Orang yang paling lama ditatapnya ialah tak lain semestinya Haniz.
Dia kelihatan sangat cantik sekali,akhirnya dapat jugak tengok dia dari sisi yang dekat. Sebelum ni dari jauh je. Alhamdulillah...majlis tersebut berjalan dengan lancar. Tak sangka jugak yang Haniz akan setuju.
'Ya Allah...jika dialah jodoh ku, satukanlah kami Ya Allah. Permudahkanlah segalanya.' doa ku dalam hati.
.......
Tarikh Perkahwinan telah diputuskan, juga dipersetujui oleh kedua-dua pihak. Bertarikhkan 01 Desember 2019. 2 bulan sahaja lagi tinggal.
Persiapan 50% siap. 2 bulan ni yang agak busy. Banyak hal yang perlu diuruskan. Majlis dibuat dirumah belah perempuan. Majlis akad nikah juga akan dilakukan dirumah.
×××××××××××××××××××××××××
Heheh...Sorry guys tak panjang penulisan sis hari ni. 😅
Apa-apa pun dah nak kahwin mereka berdua tu. So,lepasni sis nak bagi cerita ni bersemut🐜..tunggu jelah k. Esok sis publishkan k. Sis kurang sihat hari ni. Makanya tak dapat fikir lebih..hehehe...btw jangan lupa vote ye😊😊
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
عاطفيةAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...