#BAB 34

9 0 0
                                    

Di hari Majlis Kesyukuran di rumah Pak Ngah,suasana agak riuh rendah kedengaran di ruang dapur.Masing-masing sibuk menyiapkan makanan untuk dihidangkan. Haniz turut membantu Mak Ngah di dapur .Walaupun banyak 'rakyat jelata' yang membantu,Haniz perlu juga untuk membantu di dapur yelah nanti apa kata orang kan.

Hari itu,Haniz mengenakan baju Abaya berwarna hitam,begitu juga dengan Fikry.Mereka sedondon kali ini. Majlis pun bermula dengan diketuai oleh Imam surau.

Sedang asyik Haniz duduk dengan sepupu-sepupunya di dapur,datang beberapa orang makcik bawang.

"Eh Haniz,lama tak nampak" soal makcik bawang tadi.

"Eh, mak Timah...ada je ni ha " jawab Haniz diiringi ketawa kecil.

"Dah ada isi ke? " tanya mak Timah berseloroh.

Soalan itu membuatkan Haniz terdiam seketika .Panjang nafas ditarik dan kembali senyum.Rasa berapi je hati ni. Mak Timah memang terkenal dengan sikapnya yang suka menyibuk hal rumah tangga orang. Kalau dapat dielakkan untuk berjumpa dengan makcik ni dah lama dah Haniz mengelak. Kat mana-mana ada je muka Mak Timah ni muncul.

"Hmm...belum ada rezeki lagi makcik" senyum Haniz membalas .

"Ish,kamu tu kena rajin-rajin lah ikhtiar...berubat cara kampung ke apa" nasihat Mak Timah dengan nada menyindir.

"Yela Mak Timah..." jawab Haniz ringkas malas rasanya nak bagi jawapan yang panjang-panjang

"Kau sabar jelah Haniz...mulut makcik bawang tu memang kepoh sikit. " Nasihat Mira kepada Haniz seraya mengusap perlahan  bahu Haniz.

Haniz sedar yang dia belum mampu nak bagi Fikry zuria lagi. Rezeki itu datangnya dari Illahi. Ada orang lain yang sudah bertahun-tahun membina rumah tangga tetapi masih belum dikurniakan anak,bahagia je. Fikry sendiri pun tak pernah menekan dia pasal zuria. Sesungguhnya dia hanya berserah kepada Allah sahaja.

Bohong lah kalau kata tak stress bila orang asyik tanya bila nak ada anak. Diorang ingat anak tu boleh order kat shopee agaknya. Geram pun ada jugak kadang-kadang. Tak terlepas juga ada yang mengata dari belakang,siap cakap Haniz tu yang mandul dan ada yang suruh Fikry kahwin lagi sorang. Memang naik darah lah bila Haniz dengar. Macam nak siat-sia je mulut diorang tu.

Siapa je tak sedih bila ada yang kata macam tu dari belakang.

"Eh jom makan...amboi jauh naww menungnya" sergah Ammar yang sedari tadi melihat kakaknya itu mengelamun jauh.

"Ish kau ni,terkejut akak lah...ha kau pergilah makan dulu..." balas Haniz dengan dahi yang berkerut.

"Hahaha...yelah " jawab Ammar yang diiringi gelak kecil.

"Eh Haniz jomla makan,perut aku dah nyanyi ni...minta diisi" gurau Mira.

"Kalau bab makan laju je kau ye..." ujar Haniz seraya mengatur langkah menuju ke meja dimana terletaknya lauk-pauk yang sudahpun disediakan.

Haniz dan yang lain mendapatkan tempat untuk duduk makan sama-sama,seraya itu mata Haniz melilau mencari kelibat suaminya .

'Ish,mana pulak Abie ni,tak nampak dari tadi' desis Haniz.

Usai berkemas pinggan mangkuk,tetamu mula beransur pulang. Didalam benak fikiran Haniz hanya mencari keberadaan suaminya. Terlihat Ammar yang sedang membantu mengemas meja di halaman rumah Pak Ngah. Haniz terus bertanya kepada Ammar.

"Eh, Am...kau ada nampak Fikry tak? " Soal Haniz seraya anak mata melilau mencari suaminya.

"Rasanya ada tadi,katanya tak berapa nak sihat." ujar Ammar.

Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]Where stories live. Discover now