Setelah selesai membuat persembahan,aku terus menuju ke meja tadi. Aku duduk menghadap Ammar yang tengah syok makan. "Weyh,kau datang dengan Haniz kan tadi...?" tanya Fikry dengan raut wajah yang menunjukkan seribu satu persoalan yang berada difikirannya. Ammar yang sedikit tersedak mana tak nya Fikry secara tiba-tiba terjah. "Ish kau ni...ye aku datang dengan dia tadi,kenapa?"
"Takdelah,aku tak nampak dia pun?" tanya Fikry lagi dengan wajah sedikit kecewa.
Ammar berfikir sejenak sambil mengunyah nasi ayam "kejap,kawan-kawan dia mesti tau dia kat mana..." ujar Ammar. Aku dan Ammar menapak ke meja kawan-kawan Haniz yang terletak di depan. Ammar melabuhkan punggungnya di kerusi kosong itu lalu menanyakan pada Sya yang berada disebelah "Errr...Haniz kat mana ye? soal Ammar dengan nada biasa. Sya seolah mengerti situasi yang berlaku sekarang,lalu menoleh kearah Fikry "aku tak sure dia pergi mana...tapi nampak macam dia menuju ke arah tandas. Maybe dia kat sana." sedikit senyuman diberi. Ammar memberi respon "oh yeke,ok terima kasih ye."
Tanpa membuang masa, aku berlalu pergi. Aku merayau sekeliling sekolah kalau-kalau dia ada kat mana-mana. Tanpa tergesa-gesa aku berjalan perlahan sambil melihat kelas lama aku dulu,terlalu banyak kenangan di sekolah ni.Kali ni aku berjalan seorang tidak ditemani Ammar. Dia masih lagi bersantap di dewan,tak tahulah mungkin dia jugak nak tengok crush lama dia dulu...hah.ha..haha... meliar mata aku mencari Haniz 'ish,mana awak ni...' desis aku dalam hati. Tibanya aku dilaluan kelas Haniz dulu,terdetik jugak hati nak lalu kat situ. Sampai saja aku di tepi kelas tu,anak mata aku seperti melihat kelibat seseorang kat dalam kelas tersebut. Aku memberhentikan langkahku dan berdiri di sisi tingkap kelas Haniz yang dilitupi geriji besi yang biasa seperti disekolah lain dan hanyalah tingkap kaca biasa. Mata aku terpandang seseorang yang sedang duduk didalam kelas itu. Disebalik cermin tingkap itu,aku cuba untuk mengecam wajah seorang perempuan yang bertudung. Setelah lama memerhati ,ye perempuan tu adalah Haniz!
'Betul ke tu...' hati aku berbisik,tanpa sedar air mata yang sedaya upaya aku tahan akhirnya gugur jua. 'Ya Allah, sekian lama aku tak melihat wajah seseorang yang aku rindu...terlalu rindu Ya Allah...' desis hati aku. Ingin rasa hati ini untuk menyapa dia tapi aku takut tiada kata yang akan keluar dari mulut ku. Aku terus beredar tanpa berjumpa dengan Haniz. Aku tidak menunggu sehingga habis majlis reunion,aku bercadang hendak balik awal . Aku terus menuju ke kereta. Telefon dikeluarkan dari poket seluar,jari menaip sesuatu. Aku menghantar pesanan kepada Ammar yang aku balik terlebih dahulu dengan alasan tak sihat.Hanya duduk didalam kereta sambil termenung,kereta diparkir di tempat tersorok agar yang lain tidak perasan. Selang beberapa minit terlihat kelibat Ammar dan lain juga turut pulang lebih awal sebelum majlis tamat. Dibelakangnya dibuntuti oleh Haniz dan rakannya. Aku hanya memerhati dari jauh untuk melihat Haniz. Sekali lagi air mata mengalir dipipi. Apa yang dirasa oleh aku sekarang hanya Allah sahaja yang faham.
Didalam kereta senyap seketika. Ammar fokus kepada memandu. Aku disebelah hanya senyap,apa yang aku tengok tadi masih lagi bermain difikiran. Ye memang aku akui yang aku jatuh hati dengan si Fikry tu sejak form 5 lagi, semenjak aku mimpi yang aku berkahwin dengan dia kononnya. Aku selalu nafikan perasaan tu. Hakikatnya aku tipu diri aku sendiri. Aku sendiri pun tak tahu macam mana perasaan tu boleh ada. Ammar yang melihat Haniz mengelamun terus mengusiknya "Kak ada kumbang..."
"Ha!!!mana!!!..."aku cuba untuk menepis-nepis sesuatu yang ada di anggota badan aku. Tapi hakikatnya takde pun. Ammar gelak besar disebelah. "Kenapa kau gelak??" tanya aku hairan. "Ha...ha...ha...orang gurau jelah. Tu lah mengelamun lagi,ingat kat siape tu...boyfriend ehhh." ujar Ammar.
"Ish,dia ni nak kena..." dengan pantas jari aku memulas lengan Ammar.
"Ouchhh,sakitlah akak..." masih juga tersisa ketawanya.
"Padan muka!ha kacau lagi akak,tu lah yang dapat." senyum sinis aku kat Ammar. Banyak-banyak serangga,kumbang tu lah yang paling aku geli dan takut. So,kalau nampak serangga tu aku takkan sesekali dekat dengan tempat tu. Aku sendiri tak tahu kenapa aku geli dengan serangga yang berupa macam tu.
"Jauh akak menung?" tanya Ammar.
"Mana ada..." pendek jawapan ku.
"Yelah tu...kenapa kat sekolah tadi ada ternampak ex-boyfriend ke?" saja Ammar tanya,tu lah taktik dia kalau dia nak korek rahsia aku. Sebenarnya Ammar pun tak tahu yang aku ni ada perasaan kat kawan baik dia tu.
"Kau ni memandai je, akak ni bercinta pun tak pernah...mana datangnya ex boyfriend!" ujar aku kat adik aku yang sengal tu. Sakit pulak hati aku ni,saja tanya soalan macam tu.
"Ouh makna nya akak tak pernah bercinta lah ni...ish,untungla bakal suami akak nanti kan..ha...haa...ha..." sekali lagi Ammar usik.
"Geram je akak tengok kau ni" jelingan maut aku bagi kat dia. Radio kereta dibuka,sudah malas nak melayan soalan dari 'wartawan puaka' ni. Tapi sedikit sebanyak dapat hiburkan hati ni.
YOU ARE READING
Ms.SENIOR, 💌Mr.JUNIOR [On Going]
RomanceAdakah Bahagia itu terletaknya pada orang lain atau diri sendiri? Semestinya bahagia itu terletak pada diri,kenapa perlu memikirkan bahagianya orang lain sebelum diri sendiri.Jika memilih untuk bahagia sendiri maka diri sendiri adalah perlu menjadi...