Selesai makan, mereka semua berbual di ruang tamu manakala Athalia, Hanni dan Kak Aisyah masih mengemas dapur.
Athalia mencuci pinggan, Hanni lap meja dan Kak Aisyah membantu mereka apa yang patut.
"Akak, akak pergilah depan takyah buat kerja kat sini. Akak tu mengandung." Ujar Hanni.
"Takpa la, akak malu la nak duduk kat sana. Baik akak duk sini, tolong korang."
"Erm Atha, akak nak tanya sikit boleh?"
Athalia di sinki itu menjawab, "Tanya je lah akak, buat apa minta izin."
"Dah lama ka Atha kenal dengan Iskandar tu?"
Tangan Hanni yang sedang mengelap meja terhenti mendengar pertanyaan Kak Aisyah, dia memandang Athalia di sinki.
'Habis lah kau Atha, kau jawab lah sendiri, aku taknak tolong.'
Athalia pusing memandang kembarnya di meja seakan meminta tolong. Matanya menghantar isyarat kecemasan pada Hanni, tapi Hanni mengangkat tangan ke atas seperti orang tak bersalah dan menggeleng kecil.
'Tolonglah aku, Hanni.' hati Athalia berbisik.
'Taknak aku, kau pandai sangat nak bohong kan. Aku taknak terlibat.' Balas Hanni pula.
Amboi, tahu la kembar sampai boleh cakap guna hati. Athalia berdecit perlahan,
"Erm takda la lama sangat kak, baru je. Er dalam sebulan." tipunya,
"Oh baru je."
"Dah serious ke nak kahwin?"
Terjatuh pinggan dari tangan Athalia, nasib tak pecah.
"Eh kak. Kenapa tanya macam tu?"
"Tak la, mama tu dari petang tadi asyik cakap pasal Atha dengan Iskandar je. Tu yang akak tanya tu."
Athalia tak menjawab, hanya ketawa yang dibuat-buat saja diberi sebagai balasan kepada Kak Aisyah.
_____"Ha Iskandar, ni anak sulung papa, Nu'aim. Yang tadi tu isteri dia, Aisyah." bahu Nu'aim ditepuk oleh Tengku Mokhtar.
Iskandar mengangguk dengan senyuman, dia dan kedua ibubapa Athalia sudah rapat. Dia pun dah dianggap seperti anak mereka sejak Athalia mengenalkannya sebagai teman lelaki di hospital tempoh hari.
"Haih, papa ni sebenarnya terkejut bila Atha kata kamu ni boyfriend dia. Selama ni nak tengok dia bercakap dengan lelaki pun susah, lainlah hal kerja."
"Hurm, tu lah. Saya ni lagi la terkejut." kata Iskandar perlahan tapi samar-samar didengari Tengku Mokhtar.
"Hah? Apa dia?"
"Eh tak ada apa. Betul lah tu, Athalia jarang nak bercakap dengan lelaki selain hal kerja. Dengan saya pun dia malu-malu."
Cover Iskandar cover. Jangan tunjuk sangat please.
Dia tersenyum ke arah mereka.
"Kamu ni kerja apa?" Opah yang sudah lama mendiamkan diri sejak dari meja makan kini bersuara.
"Saya businessman, opah."
Jawabnya ringkas. Malu nak bagitahu kerja kiter.
"Yelah business. Business apa yang kamu buat?"
Tanya Datin Hayati lagi. Nak siasat latar belakang Iskandar, tak mahu dia anak cucu menantu dari keluarga yang biasa-biasa. Tambah pula, Iskandar bukanlah dari kerabat diraja.
"Manalah tahu, kan. Kata bisnes, tapi bisnes kedai runcit tepi jalan tu je." katanya sinis.
"Mak. Apa cakap macam tu, tak baik." tegur Tengku Mokhtar lembut.
"Maaf ye, nak." Puan Aziah memohon maaf pada Iskandar, takut terasa hati dengan ucapan opah tadi.
"Eh takpe, saya tak terasa pun." Iskandar senyum saja. Cis! Aku pun kaya okay.
"Opah bukannya apa, opah tak nak cucu opah hidup susah. Lainlah kalau Atha tu terima orang macam Megat tu. Senang hati opah, tak payah risau dah."
"Opah! Kalau Atha dengar nanti, mengamuk pulak dia." suara Nu'aim mula berbunyi.
Opah mendengus geram. Apa? Salah ke dia cakap?
"Bang, jangan marah opah. Saya okay je. Business saya Insya Allah, boleh beri nafkah pada isteri saya kelak. Takkan saya biar dia hidup kelaparan."
Iskandar balas dengan nada yang masih disopan kan, sabar cakap dengan orang tua kena sabar. Kalau tak sabar, nanti handsome hilang.
"Ish dah la, tak yah gaduh-gaduh. Kita depan tetamu, tak manis." Puan Aziah menyampuk.
"Uiy! Borak apa tu?"
Sapa Hanni datang bersama dulang teko diikuti Kak Aisyah.
Iskandar menoleh setelah mendengar suara perempuan dari arah belakangnya. Disangkakan Athalia tapi salah, itu Hanni.
"Borak biasa je ha. Pasal Atha dengan Is."
Hanni meng'oh' saja, tangannya menghidangkan teh pada mereka.
"Jemputlah minum."
Seraya itu Hanni ambil tempat di sebelah opah lalu memeluk lengan opah. Yah, Hanni lebih mesra dengan opah berbanding Atha. Kak Aisyah pula di sebelah Nu'aim.
"Mana Atha?" tanya papa.
"Atha naik tukar baju jap, nak solat. Tadi baju dia terkena tumpah teh." terang Kak Aisyah.
"Erm, kalau saya nak tumpang solat juga, boleh?" Iskandar terlalu leka sampai tak sedar isyak' dah masuk.
"Eh, boleh kenapa pula tak boleh. Along tunjukkan bilik untuk Is dekat atas."
Nu'aim mengangguk.
"Jom, Is." Tubuh dua lelaki itu berjalan ke arah tangga dan hilang di sebalik dinding.
"Apa ni mak? Tak baiklah cakap macam tu. Terasa budak tu nanti." ujar Tengku Mokhtar.
"Apa? Mak tak cakap benda yang salah pun. Mak cuma tak nak cucu mak hidup susah, tu je."
"Memang la mak, tapi janganlah sampai bezakan dia dengan Megat. Jauh beza diorang tu.""Hish, suka hati kamulah. Jangan menyesal sudah kalau anak hidup makan pasir berlaukkan batu dengan daun." habis berkata begitu terus opah naik beredar masuk ke bilik.
Tengku Mokhtar menggeleng kepala dengan perangai maknya tadi.
"Kenapa dengan opah tu, papa? Hanni tengok dia macam tak suka je dengan Iskandar tu."
"Biarlah dia, dengan orang baru memang macam tu."
Hanni bergerak bersandar di sebelah Puan Aziah pula, apa pula la nasib adiknya kali ni. Mamanya di pandang sekilas, nampak murah saja wanita tua ini. Akal busuknya terlintas di kepala, dan-
"Askar tegak!"
Pinggang Puan Aziah dicucuk dengan jari runcingnya,
"HA HABISLAH SEMUA TEGAK TEGAK, KALAU TAK TEGAK AKU TEMBAK!" latah Puan Aziah dengan tangannya diangkat lalu diaksikan seolah memegang senapang mengundang tawa Hanni di sebelah.
"Ish bertuah punya anak! Nasib lah mama takda heart attack." dicubit lengan Hanni yang masih ketawa itu.
"Aduh duh ma! Sakit ma! Ampun ampun." kedua telapak tangan disatukan, gaya minta ampun.
Tengku Mokhtar ketawa kecil melihat telatah anak dan isterinya.
//
⭐ VOTE ⭐
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
Short StorySLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...