12

139 5 0
                                    

Pejam celik pejam celik sudah seminggu 2 hari sejak hari kejadian. Qays sedang menunggu Athalia di kedai mamak dimana mereka pertama kali singgah selepas kemalangan Athalia.

Qays tersenyum-senyum memikirkan kehadiran Athalia, dia tidak mahu meletakkan harapan terlalu tinggi terhadap jawapan Athalia kerana sejak seminggu ini Athalia selalu mengelak darinya samada melalui telefon atau bertemu. Tapi hatinya kuat mengatakan Athalia akan memberikan jawapan positif.

Jam tangan di kerling, 12.25 tengah hari. Lagi minit sampai la tu. Qays mengetuk meja dengan jari menghilangkan debar di dada. Matanya tak lari dari mana-mana pintu masuk kedai mamak.

"Ish tak nampak bayang lagi ni. Haih yang aku ni pun, relax la sikit yang nak debar sangat kenapa."

kali ini bukan jari saja yang mengetuk meja, kaki juga tergedik-gedik di bawah meja. Dikerling lagi sekali jam di tangan nya.

"Ke aku call dia sekali lagi?"

Qays pandang kiri dan kanan,mungkin ada Athalia.

"Ke takyah?"








Disisi lain, Athalia yang berada disebalik dinding kedai mamak yang diberitahu Qays sedang menggenggam kedua tangannya.

"Fuhh kau boleh Athalia, kau boleh. Just pergi and cakap dekat dia. Then kau lari."

Kepalanya di dongak ke atas. Dia main tangannya sendiri, dapat dia rasa getaran dari tubuhnya sendiri. Ketaq oih. Athalia tarik nafas dan hembus. Diulang sebanyak 2 kali.

Kemudian , dia berasa lega sedikit, lalu melangkah masuk ke dalam kedai makan itu.

Namun nampak saja kelibat Qays yang sedang menunduk kepala, dia berpatah balik. Dia tak boleh buat. Athalia kembali ke tempat di 'berzikir' tadi.

Dadanya diusap menenangkan diri sendiri.

"Macam mana kalau dia terkejut dengar jawapan aku jap gi? Kang kena heart attack,mampus aku."

Athalia mengusap mukanya kasar.

"Okay kita try cakap. Kita practice dulu macam mana nak cakap japgi."

Tarik nafas,hembus.

"Iskandar, sa-saya..."

Athalia pejam mata.

"Say-ya sa..saya.."

"Saya apa?"

"SAYA TERIMA LAMARAN AWAK!" Terlatah Athalia. Suara itu.

Athalia pusing belakang dan.. What a nice view. Iskandar .

"Kau terima?!"

Punyalah terkejut Athalia disergah oleh Qays dari belakang, sampai satu perkataan pun tak terkeluar dari mulut.

"Hamni! Jangan termenung boleh tak ?!"

Tangan Qays melambai-lambai di depan wajah Athalia. Gadis itu merenung ke dalam mata lelaki dihadapannya, mencari sesuatu dalam mata itu.

'Betulkah apa aku buat ni? Yakin ka dia tak seperti lelaki lain?'

"Hamni!"

"YA! Saya terima awak."

"Saya nak cuba bagi awak peluang. Saya sebenarnya takut-takut nak buka hati saya dekat orang sebab dah terlalu lama saya tutup hati ni . Tapi entahlah, sejak awak datang dalam hidup saya. Saya rasa terdetik nak buka hati untuk cuba terima awak."

Athalia kemam bibir.

Giliran Qays pula terkejut, sampai ternganga mulut ha. Perlahan-lahan bibir itu mengukir senyum paling manis yang dia ada. Betullah firasat hatinya. Qays bangga.

"Alhamdulillah. Thanks Hamni. Thanks! Aku janji aku akan bahagiakan kau juga macam mana aku bahagia hari ini."

Athalia masih merenung lelaki dihadapannya. Tak tahu reaksi apa yang patut diberi. Dia melihat lelaki di depan nya ini benar-benar bahagia. Kalau boleh nak marathon satu pekan ni sambil menjerit.

"Tapi saya masih cuba untuk terima awak. Perlahan-lahan. Saya takut saya kecewa dan terluka sekali lagi."

Qays sentiasa mendengar tutur kata Athalia.

"Sa-saya harap,awak tak sama dengan lelaki lain, Iskandar."

Lambat-lambat Athalia senyum juga.

"Insha Allah, aku akan cuba jadi yang terbaik untuk kau. Aku pun banyak kurangnya, tapi kita boleh baiki diri kita sama-sama."

Ya Atha, bagi dia peluang. Tak semua lelaki sama.

Keduanya masih memandang antara satu sama lain, sampaikan mereka lupa.

Mereka meluah perasaan masing-masing, memberi dan menerima jawapan..

Di tepi longkang.

"Aiyaa! Apa macam loh confess dekat tepi longkang. Kasi tempat cun sikit la!"

Athalia dan Qays tersedar dari lamunan mereka apabila ditegur oleh uncle cina tadi. Lalu memandang ke tepi mereka, ya longkang. Terpaling lain dari yang lain.

Orang confess dekat taman, cafe.. tapi mereka di tepi longkang.

Mereka kembali memandang satu sama lain lalu mentertawakan diri sendiri menyedari hal itu.



Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now