"Hamni, sudi tak kau kahwin dengan aku?"
Athalia menggelengkan kepalanya. Wuish, tak boleh jadi ni. Sudah 3 hari berlalu namun ayat yang keluar dari mulut Qays masih terngiang-ngiang di fikiran Athalia. Dia membuka ikatan rambutnya yang dirasakan agak tegang kerana memikirkan Qays.
"Apa masalah dia, baru kenal tak sampai berapa bulan. Dah berani ajak aku kahwin.Plus, bukannya aku rapat pun dengan dia."
Muka Athalia jangan ditanya, sejak dia menghadap laptop tadi lagi cemberut. Sudahlah siang penat di pejabat, balik rumah diganggu oleh Qays.
Athalia menutup komputer ribanya lalu bangun bergerak ke katil, direbahkan satu badannya. Dia menghebus nafas dan mata menatap syiling kosong itu.
"Give me one week, I'll think about it."
Athalia bagai mahu menangis,
"Hish patutnya aku reject ja hari tu, ni tak. Dah macam bagi harapan kat dia. Bongoklah aku ni!"
Athalia menutup mata dengan pergelangan tangan nya. Hampir saja dia tertidur, telefonnya berbunyi. Cepat-cepat Athalia bergerak ke meja kerja nya tadi untuk mendapatkan alat canggih itu.
Bakal Suami Tercinta
"Ei macam jebon la nama ni.. Tch."
Rasa geram dihati Athalia membaca nama yang tertera di skrin telefonnya. Lama-lama dijawab juga panggilan tadi.
"Hello. Awak nak apa malam-malam call saya?"
"Assalamualaikum. Amboi kau excited sangat ke nak bercakap dengan aku sampai salam pun tak ada." terdengar juga gelak kecil di hujung ayatnya.
Athalia kemam bibir, malu. "Waalaikumussalam,haah saya excited. Excited nak tidur tapi ada orang kacau saya! Awak nak apa?"
Sekali Qays ketawa, Athalia makin stress. HAHAHAHAHAHAH.
"Just to make sure that you are okay. Lama aku tak dengar khabar kau. Aku masih tunggu jawapan kau tahu."
Athalia diam saja mendengar Qays bercakap di telefon . Tak tahu hendak merespon bagaimana. Jujur dia keliru dengan dirinya. Masih terlalu awal untuk dia jatuh hati dengan lelaki ini. Tambahan pula mereka jarang bersua. Entah bagaimana Qays Iskandar ini boleh suka padanya.
"Hamni! Kau dengar tak aku cakap ni?"
Suara Qays memanggil Athalia sedikit kuat kerana tidak mendapat apa-apa reaksi dari wanita itu.
"Ha ha.. Aa erm Haa dengar-dengar. Sorry saya tertidur pula. HEHEHEHE."
Athalia garu kepalanya tak gatal.
"Eleh tertidur ke.. asyik sangat dengar suara handsome aku?"
"Eh sa-saya betul betul tertidur la!"
"Alololo tak nak mengaku pula. HAHAHAHAHA. Takpa la, kau nak angau kat aku pun takpa Hamni, aku tak kisah."
Lagi kuat Qays ni menyakat.
"Ey saya angau kat awak?! Awak tu yang angau kat saya, tiba-tiba ajak saya kahwin. Mabuk ke apa?"
"Oh aku eh? Aku memang angau kan kau, baru tahu ke? HAHAHAHAAH."
Athalia gigit bibirnya kecil. Memang sah lelaki ni gila.
"Ish dah la saya nak tidur. Bye Assalamualaikum."
Qays yang masih dengan tawanya hanya mengangguk.
"Ha ye la. Waalaikumussalam . Kejap lagi aku jenguk kau dalam mimpi eh. Bye!"
Athalia matikan panggilan telefon itu. Dia memandang telefon nya itu dengan kerutan kening, "Sah gila."
Dia bangkit bergerak ke katilnya semula, lampu bilik ditutup bersiap untuk tidur. Usai meletakkan kepala di bantal , kedua tapak tangannya di tadah membaca doa tidur serta,
"Ya Allah, jangan biar Iskandar masuk mimpi aku Ya Allah. Aku nak tidur nyenyak malam ni."
Sesudah itu, dia menyapu ke muka dan menutup kelopak matanya.
Alarm telefon dimatikan, 5 pagi. Athalia sudah terjaga terlebih dahulu daripada alarm yang diset nya. Dia termenung di atas katil dalam keadaan duduk. Rambut serabai dan muka pasrahnya.
"HISH DIA BUAT APA MASUK MIMPI AKU!"
//
huhu hello awak² semua. maaf sangat² sidai cerita ni lama sangat. saya baru hbiskan semester saya.. so saya dh boleh sambung tulis cerita ni🫸🏻🫷🏻sowwy
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
Short StorySLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...