8

138 6 0
                                    

"Kami balik dulu ye, ma, pa."

Tangan Puan Aziah dan Tengku Mokhtar dicium Athalia.

"Adik taknak tidur sini ke?"

Tanya Puan Aziah.

"Tak boleh la ma, esok kan dah event. Nak get ready semua esok, busy. Lepas event adik balik tidur sini, ya." pujuknya.

"Hurm ye la." balas Puan Aziah masih dalam rajuknya.

"Esok jangan lupa datang tau, adik dah book tempat untuk semua."

"Iya, Insha Allah. Dah pergi balik cepat nanti lambat sampai." Tengku Mokhtar menghantar mereka sampai ke kereta Iskandar. Dia buka pintu untuk anaknya masuk, tak sempat Iskandar nak bukakan.

"Saya balik dulu ya. Terima kasih jemput saya makan kat sini, sedap." Iskandar sekadar basa-basi.

Tengku Mokhtar senyum, "Sama-sama. Hati-hati ya balik. Bawak kereta elok-elok."

Iskandar mengangguk kepala lalu bersalaman dengan Tengku Mokhtar lalu menghampiri Nu'aim,

"Hati-hati bawak kereta. Jaga Atha elok-elok,jangan nak macam-macam. Belum halal." pesan Nu'aim pada Iskandar.

"Baik bang." Iskandar bergerak ke pintu sebelah pemandu dan masuk ke dalam kereta.

Kereta Iskandar bergerak keluar dari halaman rumah banglo itu.

______

"Awak borak apa ja dengan dirang masa saya takda tadi?" Athalia bertanya pada Iskandar yang sedang memandu.

"Takda borak apa sangat. Tak penting."

Athalia menyepetkan matanya memandang Iskandar,

"Yeke?"

Iskandar pandang Athalia sekilas lalu kembali menghadap jalan, akal nak mengusik Athalia pun datang.

"Nak tahu ke?" tanya nya.

Athalia mengangguk laju.

"Actually, aku dah bincang pasal kita dengan family kau."

"Apa?!" Athalia terkejut bukan main sampai terjerit, Iskandar pun sama naik terkejut. Terkejut sebab suara lantang Athalia.

"Awak bincang apa pasal kita dengan diorang?"

Iskandar menormalkan riak wajahnya yang terkejut tadi.

"Ala, bincang pasal kita lah. Bila aku nak masuk meminang kau, bila tarikh nikahnya. Ha tu je."
Usik Iskandar lagi.

Ternganga mulut Athalia, Iskandar makin berniat nak usik kalau macam ni.

"Oh ya, sebelum aku lupa. Mama papa kau setuju aku jadi menantu diorang."

Dilihat muka Athalia sekilas,

"Mama kau dah cari catering siap untuk majlis kita nanti tau."

Usai Iskandar kata sebegitu, berlinang air mata Athalia. Tak! Dia taknak kahwin lagi. Dia belum sedia. Kenapa mereka buat keputusan tanpa berbincang dengannya?

Iskandar berhenti kereta di lampu isyarat merah dan menoleh ke Athalia. Iskandar terkejut melihat air mata bertakung Athalia yang menunggu masa saja untuk menitis.

"Eh eh. Hamni, aku gurau je la. Weh jangan nangis. Alamak." Gelabah Iskandar memujuk Athalia yang sudah tersedu-sedan menahan tangis.

"Isk isk."

"Hamni, tak tak. Aku melawak je, aku tipu. Jangan nangis, aku tak pandai nak pujuk ni."

Dia buka dashboard untuk mencari tisu yang dia simpan, lalu menghulurkan pada Athalia.

"Jahat la isk awak ni!" Athalia merampas kasar tisu ditangan Iskandar lalu mengelap pipi nya. Dia masih dalam sedu tangis.

"Ye ye aku jahat. Dah jangan nangis, tak cantik dah." masih cuba memujuk Athalia.

"Isk isk. Saya isk cantik ke? isk."

Soal Athalia polos. Iskandar pandang Athalia, matanya merah, hidungnya juga. Bulu mata panjang basah, bibir merah yang tercebir kerana menangis. Kulitnya halus tiada seberang jerawat atau moles. Cantik. Tapi kalau menangis macam ni, nampak comel.

"Cantik." kata Iskandar spontan membuatkan Athalia malu, pipanya merona merah.

"Ehem. Dah jangan nangis." Iskandar pandang hadapan semula, beberapa saat selepas itu dia mula memandu kembali.

_______

Kereta Iskandar sudah elok terparkir dia basement bangunan Santa Residency.
Enjin kereta dimatikan dan seatbelt dilepaskan. Iskandar memandang Athalia yang tertidur di sebelah.

Haih tidur pun cantik.
Tak sanggup Iskandar nak kejut, tapi nak buat macam mana. Tak boleh nak sentuh, so kena kejut juga.

"Hamni. Hamni, bangun dah sampai ni."

Tiada reaksi dari Athalia.

"Hamni, wake up sayang." bahu Athalia dicuit dengan kunci kereta perlahan.

"Sayang, bangun la."

Melihat Athalia bergerak sedikit, terus dihentikan perbuatannya.

"Hamni, bangun. Kau sambung tidur dalam bilik kau. Jom turun." Terus hilang 'sayang' tadi, takut Athalia dengar. Malu dia.

"Hmm." Athalia buka seatbelt nya lalu menggosok muka bagi menghilangkan kantuk.

Iskandar menemani Athalia sehingga sampai ke kediamannya. Takut gadis itu kena apa-apa, sudah la malam.

"Dah pergi masuk. Tukar baju, ambil wuduk', basuh kaki, baca doa, tidur terus." pesan Iskandar pada Athalia yang masih lagi mengantuk.

Athalia hanya mengangguk.

"Bye awak. Assalamualaikum, good night."

Athalia masuk lalu menutup pintunya rapat.

"Waalaikumussalam. Goodnight sayang." jawab Iskandar walaupun dia tahu Athalia tidak dengar.

Dia pusing kembali ke lift namun langkahnya terhenti apabila perasan ada bungkusan kotak coklat serta kad ucapan di atasnya berada di bawah tepi pintu rumah Athalia. Dia ambil kotak itu.

'Hadiah istimewa untuk orang istimewa'
'Love, F'

Iskandar pandang sekeliling aras, memerhati jikalau ada orang yang lalu lalang di situ. Dia pandang ke arah pintu rumah Athalia.

Dia geleng kepala.

"Aku simpan dulu lah, esok aku bagi dekat dia."

Katanya sendiri lalu meninggalkan kawasan rumah Athalia.
Sosok seseorang di sebalik dinding itu merengus geram apabila kotak itu dibawa pergi oleh Iskandar. Ditumbuknya dinding itu sampai berdarah kekura tangan nya.

//

⭐ VOTE ⭐

Info info!
Safeya nak tukar tajuk cerita ni ya.. rasa macam tiber lak tajuk yang lama 😔 maaf la kita ni tak malas nak pikir. Tiba-tiba semalam dapat idea masa tengah iftar.

Oh plus, Safeya akan cuba habiskan cerita ni secepat mungkin sebab kuliah dah nak mula. Takut nanti busy, tergantung lak cerita ni.

Terima kasih ya sudi baca cerita Safeya yang tak seberapa ni.

Nah untuk korang! 💐❤️

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now