13

132 8 0
                                    

‘RAIKAN IKATAN CINTA ATHALIA DAN ISKANDAR’

Kad berwarna coklat keemasan digenggam erat. Megat mengetap rahang kuat, tak puas hati apabila menerima kad jemputan itu. Dia merenyut kad itu lalu dibuang ke dalma tong sampah.

“Berani kau Athalia. Berani kau cuba buang aku dari hidup kau.” 

Megat mengukir senyum sinis, kemuadian dia geleng kecil.

“Tch, tch. Aku takkan biar kau senang-senang kahwin dengan jantan lain.”

“KAU MILIK AKU!” semua brang-barang yang tersusun elok di atas meja habis berterabur ke bawah dengan sekali tolakan dari Megat.

“Arghh!”

………….

“Awak dekat mana? Saya dah sampai ni.” Athalia memanjangkan heler melihat sekeliling mencari kedudukan Iskandar.

Mall ni besar sangat lah.

“Takpa kau tunggu situ, biar aku yang datang situ. Stay where you are.” jawab balas iskandar di ganggang telefon. Iskandar masih berada di dalam lift dari aras 1.

Dia baru selesai membeli seutas gelang tangan untuk dihadiahkan pada Athalia.

Tersenyum-senyum Iskandar, tidak sabarnya menunggu hari itu berlangsung.

“Okay. Cepat tau, jangan lambat.” panggilan diputuskan. Athalia duduk sebentar sambil bermain telefon. Kawasan yang dia berada agak sedikit lenggang,

tidak ramai orang lalu lalang disitu.

Athalia melihat kembali nlist barang yang harus dibeli. List mama yang buat, dia tukang beli saja. Kadang-kadang kalau dia sibuk di butik, orang lain akan menemani Puan Aziah membeli belah.

“Dulang, kain baldu, bunga. Lepastu, kena cari hadiah untuk Iskandar. Erm, aku nak beli apa eh?”

Sedang elok Athalia berfikir seorang diri, tiba-tiba satu susuk tubuh berdiri elok di hadapannya. Sampai pun.

“Lamanya aw.. Emph emph!”

Mulut Athalia ditekup dengan kain kuat dan rapat. Tangannya tergapai-gapai di udara, Athalia cuba mencapai handbag di sebelah untuk dijadikan pemukul.

Puk! 

Satu pukulan, Athalia berjaya terlepas dari tekupan tadi. Tanpa berlengah, dia terus angkat kaki dari situ cepat.

Dia memegang kepalanya pening, bau klorofon tadi sangat kuat, penglihatannya menjadi kabur kini.

Sakit uh kepala ni. Athalia memandang ke belakang, orang itu masih mengekorinya. Memakai serba hitam, topi dan mask. Siapa ni?

Alangkah terkejut Athalia bila dia pusing kembali ke depan, Iskandar sudah tercangak elok disitu. Lelaki itu memandang Athalia risau.

Wajah berpeluh gadis itu, cuaknya, membuatkan Iskandar turut melihat arah mata Athalia tuju.

“Kau kenapa ni, Hamni?”

Athalia geleng. Masih pening. Dia toleh ke arah tadi, lelaki tadi hilang. Athalia menghembuskan nafas lega.

“Kau okay? Kenapa, ada orang kacau kau ke?” 

Iskandar bergerak ke kawasan yang diperhati tadi, tiada sesiapa kecuali satu keluarga kecil sedang berjalan disitu. Dia kembali pada Athalia yang telah jatuh terduduk.

Nafas gadis itu sudah tenang.

“Hamni. Cuba cerita dengan aku. Apa yang jadi? Kenapa kau gelabah ni?”

“Saya pening.” 

“Bangun dulu, jom kita pergi tempat yang elok sikit.” Iskandar memimpin Athalia berjalan ke food court kemuadian didudukkan Athalia di kerusi berdekatan.

“Tunggu sini, aku cari air untuk kau.”

Athalia duduk termenung. Siapa pula yang berdendam dengan dia? Rasanya dia tiada membuat masalah sehingga ada yang mahu menculiknya macam tadi.

Ke salah orang yang diorang target?

Tak habis fikir dek akal Athalia. Dia mengurut pelipisnya. Pening yang tadi kian berkurangan.

“Nah, minum dulu.” sebotol mineral dihulurkan pada gadis itu. Penutup sudahpun Iskandar buka lalu gadis itu meneguk perlahan.

“Kau dah okay?” risau Iskandar.

Athalia mengangguk perlahan, “Saya okay. Pening sikit, mungkin penat dengan persiapan ni kot.”

“Kita balik dulu lah. Aku suruh orang-orang aku untuk carikakn barang-barang selebihnya. Kita balik, ya.”

Athalia geleng tak mahu. “Tak, saya dah okay ni.” gadis itu bertegas tak mahu.

“Lagipun sikit je lagi ni. Kita habiskan eh.”

“No. Aku tak izinkan kalau kesihatan kau terjejas macam ni. Kau balik, rehat. Aku taknak bakal isteri aku sakit.”

Seminggu saja lagi pernikahan mereka akan berlangsung, Iskandar tak mahu mengambil risiko. Benda boleh upah orang, buat apa kita susah-susah buat.

Athalia mengangguk lemah, setuju saja dengan apa yang Iskandar kata.

“Aku drive kau balik, bak sini handbag tu. Biar aku pegang.” dia mengambil handbag Athalia sebelum gadis itu capai.

“Tapi kereta saya-”

“Aku boleh suruh orang, Hamni.”

Sayang betullah perempuan ni dengan kereta dia tu. Haih. Iskandar menggeleng dengan sikap Athalia yang satu ini. Kereta kesayangan.

“Are you sure tak ada apa-apa berlaku tadi?” Iskandar menoleh sekilas melihat Athalia disebelah seat pemandu. Kemudian dia kembali fokus pada jalan.

“Yeah, I’m sure. Jangan risau, nanti balik saya telan ubat ya.” gadis itu cuba meyakinkan lelaki itu. Dia tak mahu menceritakan pada Iskandar tentang lelaki misteri tadi, tak mahu libatkan lelaki itu.

Padahal sebelum-sebelum ini pun, banyak kali juga berlaku. Bahkan dia perasan bahawa dia selalu diekori oleh seseorang dari condo, tempat kerja dan tempat awan sekali pun.

Kerap juga dia menerima hadiah yang entah dari siapa. Dia sudah membuat laporan polis tentang perkara ini, jadi tak perlu kot beritahu Iskandar.

“Hmm, baiklah kalau macam itu. Tentang pernikahan kita, kau tak payah fikir sangat, aku akan upah orang untuk setelkan. Kau just rehat saja.”

Iskandar tahu sesuatu berlaku, tapi melihat keadaan Athalia begini tak mahu dia paksa. Dia sendiri akan menyiasat perkara ini.

Apa susah, mall tu aku punya, benda boleh check cctv.

BUK!

“Ish! Terlepas kau kali ni. Takpa, kau tunggu.”

Topi dan mask hitam dibuang lalu dicampak asal oleh lelaki itu. Nafas geram kian merombak dada.

Sial.

Plan gagal. Aku akan pastikan aku dapat perempuan tu.

Lelaki itu  melangkah masuk ke dalam bilik, suis lampu dipetik. Dia tersenyum.

“Athalia.”

Langkah kaki masuk ke bilik yang terhias penuh dengan gambar Hamni Athalia. Bermula dari foto yang diambilnya senyap-senyap ketika gadis itu keluar dan masuk rumah, gambar gadis itu makan, shopping.

Bahkan gambar gadis itu di tempat kerja juga ada.

Potret lukisan gadis itu juga ada di dalam bilik itu.

“Athalia, kenapa kau lari, sayang? Aku datang nak ambil kau, bawa kau datang istana cinta kita.” Potret itu dipandang lama. Jemari naik menyentuh lukisan itu, perlahan-lahan menelusuri pipi dan bibir.

Prang!

Potret itu terbalik, habis berselerak bilik itu. “Kenapa kau muncul hah, jantan! Sial kau!”

Rambut diramas kuat.

“Kalau kau tak datang tadi, aku dah dapat dia.”

Psiko.

Lelaki ini psiko.



📌 Korang jangan lupa vote tau. Terima kasih❤️ next chapter saya akan update kalau vote dh over 100

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now