23

104 6 1
                                    

Iskandar berdiri di depan cermin, meneliti pantulan dirinya. Tali leher yang sedikit senget dibetulkan sebelum mengambil jam tangannya lalu dipakaikan di tangan.

Perfumenya disembur sedikit pada leher dan pergelangan tangan.

Dirasai dirinya telah siap, dia ambil telefon di atas meja dan keluar dari bilik tidur. Kakinya menuju dapur rumah Tan Sri Khalel.

“Ayah.” sapa Iskandar apabila melihat ayahnya berada di ruang tamu sambil membaca surat khabar.

“Hm, Is. Dah nak pergi kerja?”

“Haah, hari ni ada meeting dengan Dato’ Sew. Ayah dah makan ubat?”

Tan Sri Khalel mengalihkan pandangan dari surat khabar ke arah anaknya. Dia mengangguk perlahan.

“Dah.”

“Semalam Is pergi tengok Athalia lagi ke?”

Iskandar melabuhkan punggung di sofa sebelah ayah. Masih awal untuk berangkat. Soalan dari ayah membuatnya kelu. Athalia.

Lelaki itu mengangguk lemah.

“How was she?”

“Nothing change, yah.” kepalanya digeleng.

“Masih tak sedarkan diri.”

Tan Sri Khalel menatap sayu anaknya.

“Is, sabar ya. Doa banyak-banyak untuk dia. Insha Allah, tak lama lagi dia sedar lah.”

Iskandar hanya diam mendengar ocehan ayah. Dia benar-benar merindukan gadis itu. Tidak pernah jatuh cinta sedalam ini pada mana-mana perempuan sebelumnya.

Baru lima bulan mengenali Athalia, awalnya hanya ingin berlakon sebagai teman lelaki gadis itu. Akhirnya dia betul-betul jatuh cinta padanya.
Segala hal tentang gadis itu menjadi kesukaanya.

‘Aku rindu Athalia.’

Setiap helaian kertas diselak Iskandar satu persatu. Disemak kertas proposal yang baru dibincang dalam meeting tadi ditemani pembantunya, Izzat.

Runsing kepalanya melihat apa yang ditawarkan oleh rakan kongsi baru syarikatnya sangat tak masuk akal.

“Apa diorang merepek ni? Diorang hanya akan bagi 35% saja dari jumlah yang diperlukan dan selebihnya kita yang bayar. Tapi nak share yang tinggi dari kita. Nonsense!”

“Ye bos. Sebab tu Encik Arif tak berani nak buat keputusan. Dia nak minta pendapat dari Tuan dulu.”

“Dah tak boleh nak runding lagi ke? Kalau macam ni baik tak payah unsurkan proposal.”

Iskandar mula naik angin. Dia yang gatal nak buat projek tapi duit taknak keluar.

“Ini saja yang diorang tawarkan. Dah banyak kali Encik Arif minta untuk diorang up kan percent.”

“Kenapa tak reject saja?”

“Encik Arif tak nak reject sebab sebelum ni kita pernah collab dengan MP Holding dalam projek Urban Jaya. Encik Arif taknak disebabkan kita reject projek baru ni, mungkin boleh menyebabkan slacking.”

“MP Holding? Megat Prime?”

Izzat angguk.

“Aturkan meeting dengan Megat Shah sekali lagi, biar aku yang bincang dengan dia.”

Izzat garu kepala tak gatal. Menelan liur yang tiba-tiba terasa kesat nak ditelan.

Iskandar yang tak menerima apa-apa balasan dari Izzat menjungkitkan sebelah keningnya. Kaca mata yang bertenggek di atas hidung dibetulkan sedikit.

“Kenapa? Kau tak boleh buat? Susah sangat ke kerja aku bagi.”

“Erm bukan macam tu bos. Tapi sekarang MP Holding bukan Megat Shah yang pegang dah. Adik dia yang pegang, Megat Saiful. Sebab tu susah sikit kami nak berunding tadi.”

Iskandar ketuk meja dengan jarinya. Anak matanya bergerak-gerak.

‘Oh kau rupanya. Patutlah.’ desisnya dalam hati.

“Takpa aturkan saja, tahulah aku nak buat apa.”

“Baiklah. Kalau macam tu, saya keluar dulu ya.”

Iskandar angguk sebelum Izzat melangkah keluar dari biliknya. Kepalanya ligat berfikir apa yang dirancang oleh Megat.

Iskandar perlu berhati-hati dengan lelaki tu.

Dring.. Dring.. Dring..

Bunyi deringan telefon membangunkan Iskandar dari dunianya. Diambil benda petak disebelahnya untuk dijawab.

‘Abang Nu’aim.’

Punat hijau ditekan menjawab panggilan itu.

“Assalamualaikum bang. Ada apa ya?”

“Waalaikumussalam, Is. Atha dah sedar Is.”

Terkejut Iskandar sehingga dia bangun berdiri dari duduknya. Kaca mata ditanggal.

“Dah sedar. Betul ke ni bang?”

“Betul. Is datanglah sini.”

Iskandar angguk laju seperti Nu’aim berada di depannya untuk melihat aksi itu.

“Baik bang, saya datang sekarang.”

Terus lelaki itu keluar dari bilik pejabat, dia harus tiba di hospital segera. Buah hati yang sudah lama dia tunggu kini sudah sedar. Bibirnya perlahan-lahan mengukir senyuman.

“Izzat. Cancel semua aktiviti aku hari ni. Aku ada hal penting.”

Belum sempat izzat menanyakan apa-apa, Iskandar terlebih dahulu menghilang masuk ke dalam lift. Lelaki muda itu menghela nafas nya.

“Kerja tak susah bos, tapi banyak.”

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now