"Jadi isteri aku."
"HAH?!"
Dek terkejut dengan kata-kata yang diutarakan Iskandar, terjerit Athalia sehingga beberapa pelanggan yang berada disekitar meja mereka menoleh memerhati mereka berdua.
Athalia yang sedar diri mereka diperhati oleh orang lain menunduk malu. Sesekali anak matanya melihat pelanggan lain sambil tersengih malu dan meminta maaf perlahan. Usai itu, dia memandang Iskandar semula. Kening sebelah terangkat tidak percaya dengan Iskandar, entah apa yang difikirkan manusia dihadapannya ini sehingga begitu mudah sekali menyuruhnya menjadi isteri Iskandar.
"Jangan nak buat lawak boleh tak? Saya suruh jadi boyfriend saya je, bukan suami!"
Hati Athalia mula panas. Mamat ni! Aku bagi betis nak paha pulak!
"Instead of becoming your boyfriend, why not your husband? Lagipun kalau just yakinkan family kau yang sebenarnya kau dah ada boyfriend, mustahil si Megat tu akan berhenti ganggu kau, kan?"
Iskandar menjongket kening kirinya, sambil memandang Athalia.
"Lainlah kalau kau dah jadi isteri orang."
Sambungnya lagi.
Sejujurnya, Iskandar pun pelik dengan dirinya. Entah syaitan apa yang merasuki dirinya sehingga mengajak wanita dihadapannya ini menjadi isterinya. Padahal mereka baru berjumpa beberapa jam yang lalu.
Tapi jika difikirkan, dirinya juga berada dalam situasi yang sama. Dia didesak oleh Dato' Khalel, ayahnya, untuk cepat-cepat berkahwin dek kerana permintaan Dato' Khalel yang sedang sakit tika ini. Alang-alang Athalia datang menawarkan dirinya untuk menjadi teman lelaki, lebih baik Iskandar mengajak Athalia berkahwin.
Athalia berfikir sejenak, menghadam bait-bait perkataan yang dilontarkan Iskandar tadi.
Ada betul juga apa yang mamat ni cakap, tak mustahil Megat dan opah akan stop ganggu dirinya sekiranya dirinya sudah berkahwin.
Tapi dirinya pula yang akan dibebani nanti. Hal kahwin ni bukan mudah, lagi-lagi dalam keadaan macam ni. Athalia tak kenal Iskandar.
"Kau takut ke?" tanya Iskandar kerana Athalia terlalu lama mendiamkan diri, berfikir sampai berkerut kening tu.
Athalia yang terkejut dengan suara Iskandar seakan baru sedar dari dunia nya.
"Ha? A.. ah.. ahh.. tak lah, mana ada. Saya tengah fikir tadi."
Iskandar memandang Athalia seketika. 10 saat.
30 saat.
Seminit.
Dah. Iskandar berdehem cuba mendapatkan perhatian Athalia. Athalia yang awalnya menekur meja itu mengangkat kepalanya memandang Iskandar.
"Macam ni, aku punya plan. Andai kata kau setuju dengan aku, kita kahwin 2 bulan dari sekarang. Dan dalam jarak waktu d-day, kita boleh saling berkenalan.."
"Aku faham kalau kau terkejut, tapi aku pun dalam situasi yang sama dengan kau. So why not, kan?"
"Soal hati tu, lepas nikah kan lebih indah."
Katanya cuba meyakinkan hati Athalia.
_____
Proton X70 hitam itu berhenti tepat dalam kotak parkir bangunan kondominium mewah.
03:48 pagi.
Enjin kereta pula dimatikan lalu Iskandar menanggalkan tali pinggang keledar yang dipakainya. Dia tersenyum sendiri. Hatinya senang waktu ini.
"Tak sangka kita tinggal dalam satu bangunan yang sama, kan?" dia pusing menghadap penumpang di sebelahnya. Athalia.
Athalia pula hanya tersengih. Dia menanggalkan tali pinggang keledarnya juga.
Lambat-lambat Athalia keluar dari kereta, handbag nya tak dilupakan. Diikuti Iskandar, mereka berjalan menhampiri lift. Tiba di lift, Iskandar menekan butang naik dan pintu dibuka. Mereka masuk lalu masing-masing memilih aras mereka masing-masing.
"Wow! Kau aras 2? Sempat eh kau rebut aras bawah ni?" Iskandar bersuara.
Athalia mengangguk lalu, "Ha ah. Sebelum ni saya stay aras 6, E003. Tak lama lepas tu ada kenalan saya aras A ni nak pindah dan dia nak jual lot dia, saya beli lah. Tak berebut pun."
Iskandar mengangguk kepala faham, Iskandar pula tinggal di aras lebih suka tinggal di tempat yag tinggi di aras 5.
Tiba di aras 2, mereka berdua keluar dari lift, Athalia yang rasa masih diikuti Iskandar berpusing ke belakang. Dia membuat muka pelik kepada Iskandar.
"Kenapa awak keluar dari lift tu? Awak bukan aras ni."
Iskandar menjongket bahu, "Saja, nak ikut kau. Eh bukan. Nak hantar bakal isteri balik rumah."
Usai berkata sedemikian, Iskandar tersenyum sehingga menampakkan lesung pipitnya yang hanya berada disebelah pipi kiri.
Ya, Athalia bersetuju dengan cadangan Iskandar.
'Aku takkan senang-senang nak ajak anakdara orang untuk kahwin dengan aku. Dan aku pun taknak ambik risiko yang boleh memudaratkan aku dan kau..'
'Aku tak paksa kau terima aku, balik ni kau istiqarah dulu.'
"Ish, gedik la! Tak payah, awak pergi balik."
"Taknak. Cepat la jalan. Nanti orang nampak pulak kita berduaan kat sini."
Athalia roll-eyed. Dah tahu takut orang nampak takyah la ikut. Gedik.
Mereka tiba didepan pintu A201.
"Dah."
Kata Athalia.
"Lah kau 201?" tanya Iskandar mahukan kepastian.
"Ya. Kenapa?"
Iskandar kemam bibir, menyembunyikan senyuman dibibirnya yang terukir.
'Wahai lelaki bujang di Santa Residency, Cik A201 ni aku punya!'
Iskandar menggeleng kepala, "Kau tak pernah dengar apa-apa pasal A201 ni ke?"
Athalia geleng polos.
Iskandar ketawa kecil. "Takpa la kalau macam tu. Dah kau pergi masuk." tangannya mengibas-ngibas di udara seperti menghalau Athalia masuk ke dalam.
"Awak pergi la balik dulu."
"Kau masuk dulu. Lepas aku make sure kau betul-betul masuk rumah, baru aku balik.."
Usai mendengar apa yang dikata oleh Iskandar, Athalia terus gulingkan mata ke atas.
'Over betul la mamat ni!'
"Ish! Dah la saya masuk dulu. Bye." Athalia memasukkan pin pintunya dan melangkah masuk ke dalam. belum sempat dia tutup pintu, suara Iskandar menyentak gendang telinganya,
"Assalamualaikum."
Mereka bertentangan mata untuk waktu yang agak lama. Athalia yang tersedar dari lamunan mata itu melarikan anak matanya ke arah lain, malu.
"Wa.. waalikumussalam."
//
⚪ JANGAN LUPA VOTE YE, KORANG ✅
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
Short StorySLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...