24

127 8 1
                                    

❤️

Sejambak bunga ros merah di tatapnya. Langkah kaki menuju ke wad Athalia berada dengan senyuman bahagia terukir di bibir.

Apabila dia semakin hampir dengan pintu bilik Athalia, bunyi kecohan dari dalam bilik itu mengejutkannya.

Prang!

Cepat Iskandar berlari ke wad itu. Belum sempat dia masuk, beberapa orang berbaju putih terlebih dahulu masuk ke ruangan itu.

Lelaki itu perhati dari cermin yang menembusi ruang Athalia. Suara gadis menjerit-jerit, tapi dia tak nampak siapa sebab dihalang orang lain dalam bilik itu.

“Lepaskan aku! Jangan sentuh lah!”

Dia kuak pintu wad, matanya menyapa Tengku Mokhtar dah Puan Aziah yang cuba menghampiri katil pesakit. Ada Nu’aim, opah dan juga Megat disitu.

Bantal diambil lalu dibaling ke arah Megat yang berdiri tepat di depan katilnya. Athalia berdiri di atas katil, cuba menjauhkan diri dari mereka.

“You. Relax okay. Jangan buat gila macam ni.” Megat masih lagi cuba menghampiri gadis itu.

Athalia yang merasa dirinya semakin didekati oleh manusia itu laju mencabut jarum wayar yang tercucuk elok di tangan. 

Dia terjun dari katil ingin melarikan diri. Sempat juga Athalia jatuh menyembah lantai kerana ketakseimbang badan bila turun serta-merta dari atas itu.

“Sayang, jangan macam ni nak. Papa ada ni, tenang sayang.”

Tengku Mokhtar cuba memujuk puterinya yang terduduk di lantai katil. Dia cuba memegang anaknya.

“Tak tak. Papa takda. Papa tak ada masa dia pukul adik.”

Athalia menangis semahu-mahunya. Dia mengesot ke belakang menjauhi mereka.

“Sekarang papa ada ni sayang. Papa ada, along ada. Iskandar pun ada tu.”

Mulutnya muncung menunjukkan keberadaan Iskandar pada Athalia. Mungkin dengan cara ini dapat menenangkan gadis muda itu.

Mata gadis itu mencari kelibat Iskandar. Anak mata itu bertentangan dengan Iskandar yang berdiri jauh darinya dengan sejambak bunga di tangan.

Jelas terpampang rasa risau di wajah Iskandar membuatkan Athalia berasa bersalah. Dirinya hancur.

Athalia menggeleng. Air matanya jatuh lagi.

Puan Aziah mendapatkan anak, dipeluk kuat Athalia. Kepala gadis itu digosok dengan tangan kanan manakala tangan yang satu lagi mengusap belakang badannya.

Puan Aziah dapat merasakan getaran dari tubuh anak gadisnya menunjukkan bahawa gadis itu benar-benar dalam ketakutan. Wanita tua itu berzikir di telinga Athalia supaya kembali tenang.

“I pun ada dekat sini. I akan jaga you Atha. I janji I akan-”

“Argh!”

Belum sempat Megat menghabiskan bait-bait bicaranya, Athalia menjerit histeria kembali.

Jeritan gadis itu memenuhi satu bilik. Terkejut Iskandar mendengar suara nyaring gadis itu. Lebih terkejut lagi suara itu milik Athalia.

“Keluar! Aku taknak jumpa kau! Mama, tolong adik mama.”

Dia lihat keadaan gadis itu agak serabai, matanya basah akibat menangis.

“Cik, bawa bertenang cik.”

Jururawat itu mengangkat tubuh Athalia naik kembali ke atas katil. Dibaringkan tubuh itu di situ supaya mereka dapat menyuntiknya.

“Keluar! Aku kata keluar! Jangan kacau aku. Aku taknak. Sakit!”

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now