Iskandar mengerling jam di tangannya, sudah 7:55 malam namun kelibat Athalia belum muncul dihadapan. Iskandar sudah siap bergaya sejam yang lalu, dek gemuruh untuk bertemu dengan keluarga Athalia. Pakaian casual sederhana saja sudah menampakkan lagi ketampanan Iskandar, jadi dirasakannya tak perlulah nak melebih-lebih.
"Hi, Iskandar."
Suara Athalia menggamit pendengaran Iskandar. Dia pun pusing ke belakang melihat gadis itu. Penampilan Athalia malam ini nampak lain. Nampak luar biasa dari hari-hari lain. Walaupun hanya mengenakan kaftan dan shawl, tapi mampu membuat Iskandar terpegun.
"Awak pandang apa?" tangan Athalia melambai-lambai di depan muka Iskandar yang dari tadi memandangnya.
"Ehem.. Takda apa. Jomlah kita, nanti lambat. Aku drive." kata Iskandar lalu bergerak meninggalkan Athalia di belakang. Athalia terkedek-kedek mengejar langkah Iskandar di depan.
'Ish dia ni! Tunggu la aku, tahulah kaki tu panjang.'
Sibuk memegang kaftannya yang sedikit labuh sehingga tak perasan Iskandar sudah berhenti berjalan, membuatkan Athalia terhantuk pada bahagian belakang badan Iskandar. Kuat sampaikan Athalia terhayun ke belakang sedikit,
"Aduh! Awak ni dah kenapa?! Tiba-tiba berhenti, sakit tahu tak."
Athalia menggosok hidungnya yang memerah dek terhantuk tadi.
Iskandar tak sengaja, dia pun terkejut Athalia terhantuk pada belakangnya tadi. Dia menunduk sedikit tubuhnya, menyamakan ketinggiannya dengan Athalia. Dia lihat hidung merah yang diusap Athalia.
"Sorry. Aku tak sengaja."
Muncung bibir Athalia menerima maaf dari Iskandar. Tak ikhlas langsung. Makin sakit hati dengar.
"Dah, masuk cepat dah lambat ni." pintu kereta bahagian penumpang Iskandar buka untuk Athalia lalu dia tutup kembali setelah gadis itu masuk.
Dia bergerak ke arah pintu pemandu.
Selama di dalam kereta, mereka diam saja. Tak ada yang bersuara kecuali radio kereta Iskandar. Sesekali lagu kegemaran Athalia dimainkan, gadis itu hanya menggerakkan kepalanya saja.
"Hamni." panggilan dari Iskandar menyentak lamunan Athalia.
"Ya."
Athalia memandang Iskandar yang masih fokus pada jalan.
"Kau.. Masih fikirkan jawapan untuk aku?"
Soalan dari Iskandar itu membuat bingung sekejap. Jawapan. Athalia membiarkan pertanyaan Iskandar itu sebentar, dia sedang menyusun ayat yang sesuai untuk menjawab.
"Aku tak akan paksa kau kalau kau tak setuju. Tapi aku masih mengharapkan khabar baik dari kau."
Mendengar kata-kata Iskandar itu, Athalia hanya mengangguk kepala sebagai balasan.
"Ermm, saya nak tanya awak sikit."
Iskandar toleh ke arah Athalia, ngam-ngam dengan lampu isyarat merah. Jadi tumpuan Iskandar kini memang pada Athalia.
"Apa dia?"
"Kenapa awak panggil saya Hamni? Tak pernah lagi orang panggil saya Hamni, even parents saya pun jarang guna nama tu just panggil saya Atha or adik. Kenapa awak guna Hamni?"
Dah lama dia nak tanya lelaki ini, tetapi dia asyik terlupa. Dia perasan Iskandar suka menggunakan nama Hamni lebih dari Athalia.
Iskandar tersenyum sumbing.
"Saja, nak nampak special dekat kau."
Seraya menjawab soalan Athalia tadi, lampu merah mula bertukar merah. Kereta itu terus melaju ke depan.
Athalia menjuih bibirnya tak puas hati dengan jawapan yang Iskandar bagi. Dia berpeluk tubuh sambil menunggu tiba dirumahnya.
_______
8:30 malam. Tepat kereta Iskandar memasuki halaman rumah banglo milik Tengku Ahmad Mokhtar. Mati saja enjin kereta mereka turun dari kereta berjalan ke muka pintu. Debaran semakin mengguncang jantung Iskandar.
'Uish ni baru nak dinner, belum lagi nak masuk meminang. Dah gelabah macam beruk jumpa hantu.'
Athalia yang sedar Iskandar tiada disisi pusing mencari sosok Iskandar. Dia memandang hairan Iskandar yang berhenti di belakangnya sambil menggosok telapak tangan.
"Awak! Cepatlah jalan. Dah lambat ni."
"Oh yeye. Jom kita masuk."
Iskandar berjalan menyamai Athalia. Dia mengembungkan pipi bagi menghilangkan nervous yang dia rasa. Athalia curi-curi pandang Iskandar disebelahnya, macam pucat je mamat ni. Nervous ke?
Athalia ketawa perlahan takut Iskandar dengar. Dia geleng kepala.
"Awak takut ke? Muka dah pucat berpeluh dah tu."
"Haish! Mana ada takut. Makan malam je pun, tak ada hal lah."
Bidas Iskandar, cuba menyembunyikan perasaannya daripada Athalia.
'Cis! Taknak ngaku lak.'
Pintu rumah dibuka oleh Athalia disusuli Iskandar dibelakang.
"Assalamualaikum, mama! Papa! Atha dah sampai."
"Waalaikumussalam!" kelibat mama dari arah dapur menjenguk ke ruang tamu.
"Haa dah sampai pun anak menantu mama! Meh meh kita makan."
Terlopong mulut Athalia mendengar apa yang Puan Aziah tadi.
"Me..me.. menantu?"
"Ye lah. Ni menantu handsome mama ni." mata Puan Aziah tertuju pada Iskandar.
Athalia memandang jengkel Iskandar atas bawah, tak puas hati Iskandar digelar menantu. Iskandar perasan akan pandangan Athalia tersenyum bangga.
"Tunggu apa lagi tu? Meh kita makan." ajak papa.
Kami tiba di meja makan, kelibat keluarga kecil abang Nu'aim dan Hanni memenuhi ruang meja makan. Tak lupa juga opah di sebelah kanan Hanni. Athalia dan Iskandar bersalaman dengan mereka sebelum mengambil tempat. Bersebelahan ya.
"Mama buatkan lauk favourite korang adik-beradik, tomyam ayam. So, anak-anak mama kena makan puas-puas tau. Bukan selalu korang nak balik sini."
"Terima kasih, mama!"
Serentak Nu'aim, Hanni dan Athalia menjawab, seakan anak kecil yang dimanjakan ibunya.//
⚪ JANGAN LUPA VOTE YE, KORANG ✅
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
القصة القصيرةSLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...