16

135 9 0
                                    

Van putih berhenti tepat di depan rumah usang di dalam hutan. Dua orang lelaki keluar dari perut van lalu keduanya bergerang ke pintu penumpang belakang.

Pintu dibuka. Keduanya mereka saling bertatapan selepas melihat dua orang gadis yang mereka culik tadi.

“Mana satu Hamni Athalia?” lelaki yang bernama Lan itu menyoal rakannya.

“Tak sure, senang angkat je lah dua-dua. Nanti bos pilih lah mana dia nak.” jawab Jimmy.

Athalia dan Hanni yang berada di dalam van, mengundur apabila lelaki itu cuba memegang mereka.

“Argh!” jerit gadis-gadis itu.

“Diamlah. Sakit telinga aku.” Dua gadis itu sudah pun diangkat di bahu laki-laki tadi. Tangan dan kaki diikat kemas. 

Mereka dibawa memasuki sebuah bilik dan dikurung berdua di dalam satu bilik. Lan dan Jimmy biarkan dua gadis itu duduk di atas bentangan kotak tanpa membuka ikatan tangan dan kaki.

“Duduk diam-diam dalam bilik ni, jangan terfikir untuk lari kalau korang sayang nyawa. Faham!”

Lan mengherdik dua beradik itu dan keluar dari bilik bersama Jimmy. Hanni dan Athalia memandang sekeliling bilik, takut.

Bilik kosong itu dihiasi dengan dedaun yang menjalar naik, sawang-sawang dan semburan cat acak di dinding.

Athalia menoleh melihat kakaknya, memastikan gadis itu dalam keadaan baik. Tak habis pikir dia, siapa gerangan yang menculiknya ini. Siapa dalang sebenar?

Kalau dirinya yang diincar, kenapa perlu melibatkan Hanni. Gadis ini tak bersalah. 

Hanni cuba mengesot punggungnya mendekati Athalia perlahan-lahan, susah nak bergerak tambahan pula dia memakai baju kurung.

“Atha.”

“Hmm.”

“Apa kita nak buat ni?” tanya Hanni. Athalia menggeleng tak tahu. Mereka berdua buntu. Athalia cuba melonggarkan ikatan tangannya, ketat.

Dia meringis sakit bila pergelangan tangannya bergesel dengan tali.

“Ketat sangat diorang ikat, aku tak leh nak bukak.”

“Kau pusing, biar aku cuba longgarkan.”

Kembar itu saling membelakangi antara satu sama lain lalu Hanni cuba gapai ikatan tangan Athalia. Dia menoleh sedikit cuba melihat simpulan tali.

“Ish apa ni? Buruk betul ikat tali pun.” Hanni merungut. Susah sangat ni. Dia putus asa, tak boleh pakai cara ni.

Dia kembali pusing menghadap Athalia, dia geleng pasrah.

Mereka cuba berfikir cara lain namun keduanya dikejutkan dengan suara lelaki menghampiri bilik kurungan merek.

“Korang dah ikat dia betul-betul?”

“Dah bos."

"Tapi bos, kita ada masalah sikit.”

“Masalah apa?”

“Erm, bos masuk tengok sendiri lah kat dalam tu.”

Tiga lelaki itu memasuki bilik tadi, Athali dan Hanni terkejut.

Athalia terdiam, tak sangka. Dia mengenali satu daripada mereka.

“Bodoh! Aku suruh culik sorang saja, yang korang pergi sapu dua-dua sekali ni buat apa?!” 

“Bos, muka sama bos. Mana kami tahu mana satu Athalia yang bos nak tu.”

“Bodoh.”

Lelaki itu menoleh melihat dua gadis yang ketakutan di lantai. Nampak dua gadis itu mengesot ke belakang sedikit.

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now