18

125 6 2
                                    

“Is, aku dah dapat detected bakal isteri kau dengan kakak dia.”

Celapak Iskandar berlari ke meja kerja Wazi. Matanya tertumpu pada skrin komputer. 

“Last location van yang diorang naik lalu jalan kelapa sawit ni. Setahu aku, hujung jalan ni ialah jalan mati.”

“Hutan ni.”

“Ya hutan. Kau nampak banglo usang ni?”

Sebuah rumah yang terakam samar-samar dalam maps ditunjuk oleh Wazi kepada rakan-rakan yang lain.

“Ini lokasi target.”

Mereka berempat bertentangan mata satu sama lain.

“Tunggu apa lagi? Malaysia turun salji? Kita gerak ke sana sekarang.”

Kunci kereta Iskandar ambil dan terus keluar dari bilik kerja Kapten Wazi. Rumah usang yang diberitahu oleh Wazi tadi menjadi tujuan.

Nuhtfan, Aiman dan Wazi tercengang melihat kawan mereka yang satu itu telah hilang dari pandangan. Mereka pun bergegas keluar dari bilik mengejar langkah kaki Iskandar.

“Woi! Kau nak pergi tanpa plan ke?” jerit Aiman.

“Pergi dulu, pikir kemuadian.”

Nuh dan dan Aiman bertatapan. Mereka berdua satu kereta, Iskandar dengan keretanya. Manakala Wazi lebih memilih motosikal berkuasa tingginya.

Lebih cepat berbanding kereta.

Hidup saja enjin, kereta Iskandar terus meluncur di jalan raya, diikuti motor Kapten Wazi. Aiman memasuki bahagian penumpang kereta yang dipandu Nuh.

“Buat kerja gila kawan kau tu. Entah apa bala menunggu dia dekat sana, berani dia pergi dengan plan ‘bogel’.”

“Kawan aku, kawan kau juga.”

“Kau dah bangun, sayang?”

“Mmpph!”

Dulang yang berisi pinggan dan segelas air diletakkan di atas meja lampu tepat disebelah katil. Farhan merapati katil dan duduk dibirai.

Menatap Athalia yang berusaha melepaskan diri dari ikatan tali. Kini Athalia tidak lagi berada di rumah usang tadi. Farhan membawanya ke rumah Farhan, sendiri tanpa Hanni.

Tangan Farhan naik mengusap kepala Athalia, tudung sudah entah ke mana. Farhan mencabut tudung putih sucinya ketika Athalia mencuba melepaskan dirinya sebelum ini.

“Kau nak makan? Aku dah masakkan untuk kau. Dah lama aku nak kau rasa air tangan aku, tapi kau selalu tolak setiap makanan yang aku bagi.”

Sepinggan nasi goreng diambil, lalu Farhan kuis-kuis dengan sudu. Senyumannya masih tak luntur memikirkan dirinya sudah mendapatkan Athalia disisi.

“Even aku letak dessert depan rumah kau senyap-senyap, kau buang sayang.”

Matanya naik menatap Athalia yang sedang ketakutan. Gadis itu sudah mengesot kebalakang, rapat ke kepala katil.

“Kali ni kau tak boleh tolak. Kalau kau tak makan, nanti tak ada tenaga. Macam nak kahwin dengan aku kalau kau tak ada tenaga.”

“Mmpphh!” Athalia menggeleng tak mahu.

“Oh lupa. Kejap aku buang.” Pinggan tadi diletakkan kembali. Pita pelekat yang Farhan guna untuk dia tutup mulut Athalia dia cabut perlahan.

Tuih!

Athalia meludah muka Farhan dengan riak bencinya. Farhan menutup matanya menahan geram.

“Lepaskan aku lah gila! Aku taknak kahwin dengan kau! Aku hanya akan kahwini lelaki yang bernama Muhammad Qays Iskandar.”

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now