22

107 6 0
                                    

Sudah 14 hari berlalu, keadaan Athalia masih sama. Masih terbaring di atas katil hospital tidak sedarkan diri.

Tak sehari pun yang berlalu Iskandar tidak mengunjunginya disini. Seperti sekarang, Iskandar datang membawa bunga baru untuk ditukar dengan bunga yang lama dalam bilik Athalia.

Dari pagi hingga petang dia pergi bekerja, habis itu dia pasti singgah ke kedai bunga untuk membeli bunga untuk Athalia. Kemudian lelaki itu akan berada disini untuk beberapa jam menemani gadis itu.

Tepat jam 10 malam dia akan pulang ke rumah.

Begitulah kehidupannya sekarang. 

Iskandar meletakkan kembali pasu yang sudah bertukar bunga ke tempat asal. Hari ini dia tidak membeli bunga mawar seperti hari-hari sebelumnya, dia membeli bunga tulip kuning kerana kata Puan Aziah, Athalia sangat menyukai bunga itu.

Entahlah, hidupnya terasa kosong akhir-akhir ini. 

“Bila kau nak bangun, Hamni? Kau tak penat ke tidur saja memanjang, dah dua minggu kau tidur.”

Iskandar duduk di kerusi sebelah katil pesakit. Ditatap wajah lena Athalia yang sedikit pun tak terganggu dengan suaranya.

“Kau tak nak jumpa aku dah ke? Mama dan papa kau, abang kau. Diorang dah lama tunggu kau sedar. Kau tak rindu diorang ke? Hanni? Kau mesti nak jumpa kakak kau kan. Kau mana boleh pisah dengan dia kan. Dia pun rindu kau, sangat-sangat.”

“Kau tahu tak seteruk apa mama kau nangis bila tengok kau macam ni. Dia bahkan sampai warded 3 hari. Papa dan abang kau diam saja, diorang nampak murung. Tapi aku yakin diorang kuat, hari-hari diorang datang sini jenguk kau.”

“Kau dengar kan suara diorang bacakan yaasin untuk kau. Bangun Hamni, semua orang tunggu kau.”

Riak wajah Iskandar kosong, walaupun dia tahu Athalia tak akan bangun tapi dia tahu Athalia dapat dengar semua ucapannya tika ini.

“Kesian Hanni, dia sakit. Seminggu lepas dia kena panic attack. Teruk sangat. Mungkin dia masih trauma dengan apa yang jadi. Family kau dah hantar ke Ireland untuk berubat disana. Dia pergi sekejap, nanti dia dah sihat dia akan balik sini semula.”

Nafas ditarik lalu dihembus.

“Hamni.. Aku rindu kau.”

Air mata tak dapat lagi Iskandar tahan. Jatuh juga akhirnya sejak hari kejadian ditahan kerana tak kelihatan lemah didepan mereka lain.

Belum sempat mereka bernikah, kejadian berat ini menimpa gadis itu. Hari yang sepatutnya menjadi hari terbahagia mereka berubah menjadi tragis dalam sekelip mata.

Siapakah dia nak mengubah takdir. Mereka hanya merancang, Dia yang menentukan.

“Aku rindu dengan kau, aku rindu nak dengar suara kau. Rindu nak tengok mata kau jeling aku, rindu nak dengar kau membebel dekat aku. Rindu segalanya tentang kau. Aku takut kalau-kalau aku tak dapat jumpa kau dah. Jantung aku luruh bila kak Aisyah cakap kau kena culik. Aku takut kalau kau..”

Iskandar diam tak meneruskan kata-katanya. Dia mengetap bibirnya kuat menahan isakan keluar dari mulut.

“Takut kalau kau tak selamat. Walau aku dah bunuh jantan itu, aku masih belum puas. Tengok kau pengsan dengan darah di badan kau buat aku jatuh menyembah bumi. Aku takut Hamni.”

“Aku rindu kau. Kau tak rindu aku ke? Kau kena bangun Hamni. Kan kau dah janji nak kahwin dengan aku tak kira apa yang jadi. Kau kuatlah. Seronok sangat ke tidur tu sampai kau taknak tengok kami dah?”

Athalia masih diam. Ruang itu sunyi. Iskandar menjeling jam tangannya, sudah pukul 10 lebih. Rasanya dia perlu pulang sekarang.

“Dah lewat ni, aku kena balik. Esok aku datang balik eh. Kau jaga diri ya. Bye assalamualaikum.”

Lelaki itu mengusap air matanya, lalu bangun dari kerusi. Dia berjalan ke pintu dan menutup suis lampu utama menyisakan lampu tidur bilik itu.

Sebelum pergi, dia menoleh ke arah Athalia sekali lagi. Gadis itu masih elok terlena disitu.

‘Goodnight sayang.’














Pendek je chapter ni..
(sorry kalau ada typo, tapi saya rasa mcm xda dah masa check tdi)

Love, 💋

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now