Dress labuh berwarna baby blue sudah cantik membaluti tubuh ramping Athalia yang disertakan dengan shawl putih bersulam simple dililitkan di kepala. Athalia mengambil jarum peniti sebelum dicucuk bersilang pada atas shawl.
Wajahnya dihiasi solekan sederhana nipis, tak mahu terlalu menonjol malam ini. Athalia menilik dirinya di pantulan cermin besar dalam biliknya. Setelah merasakan puas dengan penampilan itu, dia memakai stokin dan sarung tangan dan mengambil purse berjenama lalu bergegas keluar dari rumah.
Walaupun sudah beberapa kali mengadakan majlis besar seperti malam ini, Athalia tetap saja gugup. Seperti sekarang, hatinya gelisah tanpa sebab. Dalam mulut Athalia ada gula-gula yang dikulumnya untuk menghilangkan rasa gemuruh itu.
Dalam perjalanan Athalia ke tempat parkir kereta, dia berasa tak sedap hati, seperti ada yang memerhatinya. Dia berhenti berjalan sebelum berpusing sekeliling mencari apa yang dirasakannya.
Namun tiada sesiapa, kawasan parkir itu kosong. Hanya ada satu keluarga kecil yang lalu di situ, itu pun mereka sudah memasuki lif.
"Perasaan aku je kot." Athalia cuba berfikiran positif melupakan rasa getar di hatinya. Cepat-cepat dia masuk ke dalam perut keretanya dan mula membelahi jalan raya.
______
Iskandar hanya memerhati sosok tubuh yang cantik itu yang seakan mencari sesuatu di kawasan parkir. Di tangannya kini ada sejambak bunga mawar merah dan juga sebuah kotak yang dia jumpa di depan rumah Athalia semalam.
Belum sempat dia mendekati tubuh Athalia, gadis itu terlebih dahulu memasuki kereta dan berlalu pergi. Anak matanya tidak lepas menghantar kereta Athalia membelah jalan.
Iskandar menjungkit bhau sebelum dia bertukar arah ke keretanya pula, namun dia langkahnya tergendala apabila dia nampak seorang lelaki memakai hoodie serba hitam bersembunyi di sebalik tiang dan celah-celah kenderaan lain.
'Macam pernah nampak, tapi kat mana ya?'
Dia sedari lelaki itu sepertinya sedang mengintip Athalia, kerana tiada orang lain selain dirinya, Athalia dan lelaki hoodie itu di kawasan parkir ini.
Firasatnya aneh.
"HOI!" lantang suara Iskandar menjerit kepada lelaki itu.
Lelaki tadi cepat-cepat kabur apabila ditegur oleh Iskandar. Pantas dia melarikan diri tidak mahu ditangkap oleh Iskandar.
'Shit! Terlepas kau kali ini. Lepas ni kalau aku nampak kau lagi memang nahas kau!'
_______
Beberapa busana telah diperagakan oleh model lelaki mahupun model wanita. Sekali sekala para hadirin menepuk tangan kagum dengan rekaan baju yang ditunjukkan.
Majlis ini dilaksanakan di dewan tertutup dalam sebuah hotel ternama dan hanya orang-orang yang berkaitan sahaja dibenarkan masuk termasuk pihak media. Semua pintu juga dikawal ketat oleh security dek hadirnya beberapa orang-orang ternama.
"Baiklah hadirin sekalian, bagi menyerikan lagi majlis kita pada malam ini, saya ingin menjemput pengasas utama Athalia's, Cik Tengku Hamni Athalia untuk memberikan ucapan sekaligus merasmikan Malam Tujuh Likur 2022."
Bangun saja Athalia dari tempat duduknya, dia di hujani dengan tepukan dari para hadirin. Langkah diatur ke pentas utama.
"Assalamualaikum and good evening everyone. Jutaan terima kasih saya ucapkan kerana sudi menghadiri majlis saya pada malam ini. Saya taknak cakap banyak sangat sebab kita boleh borak selepas ni, cuma saya hanya nak berikan penghargaan kepada semua pihak yang membantu saya selama ini..."
"..especially, my co-workers. I'm thankful to have you in my corner as I take this next step. And also to my family. Thank you for being my biggest inspiration and my warmest supporter! You guys are a rare find, and I feel lucky to have you in my life!.."
"..tak lupa juga saya pada Tan Sri, Puan Sri, Dato', Datin, Tuan, Puan, yang selalu membantu jenama saya dari sekecil-kecil kami sehingga sekarang. Sudi bekerjasama dengan Athalia's adalah satu kebesaran bagi kami."
Athalia mengambil nafas seketika, dia memandang tetamunya di bawah pentas sebelum sambung memberi ucapan.
"Saya rasa itu saja dari saya buat masa ini. Oh ya! Pihak kami telah menyediakan satu pertunjukkan istimewa sebagai tanda merasmikan majlis pada malam ni plus untuk pelancaran busana baru kami.."
"Jadi, para tetamu yang saya hormati sekali boleh pandang ke tingkap sebelah kiri dewan."
Semua mata mengarah ke tingkap yang dinyatakan oleh Athalia tadi.
Gelap. Hanya langit malam yang mereka nampak tika ini. Bintang atau bulan juga tidak kelihatan pada malam ini.
Athalia mengangguk kepala memberi isyarat kepada Najihah.
"Okay semua! Jom kita countdown sama-sama." laung Najihah sekuat hati. Excited! Dah lama dia tunggu saat ni.
3!
Suara tetamu bergema di dalam dewan.
2!
1!
POM! POM! POM!
Fireworks mula menghiasi langit membolehkan mereka menikmati pandangan dari tingkap dewan hotel itu. Tepukan yang gemuruh diberikan oleh tetamu yang hadir.
"Dengan ini, saya merasmikan Malam Tujuh Likur 2022!"
//
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
Storie breviSLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...