Hanni melangkah keluar dari bakery usai mengambil dessert yang dia tempat khas untuk majlis adiknya.
D-day!
Hari yang semua orang nantikan. Tak sangka, Hamni kembarnya akan berkahwin dahulu sebelum dirinya. Padahal dua-dua workaholic.
Dia tersenyum sendiri, turut bahagia dengan kembarnya.
Lambat laun nanti ada juga jodoh untuk diri. Dia masuk ke dalam kereta bahagian seat pemandu seusai menempatkan kotak manisan itu di belakang.
Destinasi seterusnya ialah masjid dimana akad nikah berlangsung.
Kereta yang dipandunya sudah memasuki kawasan parkir masjid, gadis itu kemudian melangkah keluar dari kenderaan tadi.
Hanni sudah cantik tersarung baju kurung satin baby blue, dipadukan dengan shawl shimer. Kena dengan tema.
Dia menghampiri kereta pengantin perempuan yang terparkir elok di tepi masjid. Disitu, ada Kak Aisyah, Najihah dan juga dua orang kawan Athalia. Dapat dia lihat Athalia sedikit gemuruh.
Nervous lah tu.
"Hanni yang cantik dah sampai." Hanni menayang senyuman manis pada mereka semua.
"Lambat betul Hanni ni, Atha ni dah gelabah dah." ujar Kak Aisyah.
Hanni tertawa kecil melihat adiknya yang tak senang duduk.
"Nak pergi toilet dulu tak? Kejap lagi masuk tak boleh keluar dah."
Athalia mengangguk mahu. Hanni menghulurkan kotak yang dia bawa pada bridesmaid, lalu mengiringi Athalia ke toilet luar masjid.
"Hanni, aku takut." Athalia mengadu. Matanya sudah bergenang dengan air mata. Tiba-tiba rasa sebak nak meninggalkan kembarnya, berkahwin dulu.
"Takpa, jangan takut. Relax okay."
"Kalau aku kahwin, nanti kita still boleh jumpa kan? Kita still jadi kembar macam dulu kan?"
"Kau merepek apa ni, dik. Sampai bila-bila pun, kau tetap kembar aku, adik aku. Kau kahwin sekali pun kita masih boleh jumpa."
Setitik air mata jatuh dipipi Athalia.
"Kalau aku rindu kau macam mana?"
"Lah," Hanni memandang Athalia pelik. Apa yang pelik sangat adik aku hari ni.
"Apa susah, call je la aku. Lagipun sebelum ni kita dah terbiasa hidup berpisah kan."
"Tapi ni lain, aku dah-"
"Dah, jangan fikir bukan-bukan." tangan Hanni naik memegang bahu kembarnya, mengusap perlahan.
"Aku akan tetap ada dengan kau. Kalau suami kau buat benda tak baik dekat kau, aku dengan along ada."
Makin lebat air mata turun. Tiba-tiba hari ni Athalia cengeng betul. Padahal selama ni dia lah yang paling susah nak keluar air mata.
"Dah jangan nangis lah, rosak make up tu." Dia menyeka air mata Athalia dengan tisu.
"Isk isk. Janji tau, akan selalu ada dengan aku sampai bila-bila." jari kelingking Athalia naik ke atas, meminta Hanni menyatukan jari mereka berdua.
Hanni tak tunggu lama, dia mencantum jarinya dengan kelingking Athalia. "Janji."
-
"Nampaknya pengantin lelaki dah bersedia ni, boleh panggil pengantin perempuan masuk cepat. Tak baik lambat-lambatkan perkara baik." Imam berkata.
Kini Iskandar sudah segak tampan mengenakan baju melayu putih. Sampin juga kemas lilit di pinggang. Dia membetulkan sedikit songkoknya.
Agak gemuruh juga dia, tak dinafikan.
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
Short StorySLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...