Hanni membuka kelopak mata, sudah berapa lama dia pengsan pun tak pasti. Elok saja dia dipisahkan dari bilik yang sama dengan Athalia, belakang kepalanya dipukul dengan batang kayu.
Terus jatuh terbaring dia di lantai bilik.
Hanni bangun dari pembaringan. Tangannya masih terikat elok di belakang, begitu juga kaki. Dia melihat sekeliling mencari benda tajam untuk dijadikan alat bantuannya.
Yang ada di dalam bilik itu hanya almari usang dan kerusi patah. Hanni bergerak menghampiri almari dan duduk membelakangi almari tadi.
Tangan yang terikat dengan tali itu dinaikkan ke atas dan kebawah berulang kali, seperti menggergaji tali dengan bucu almari. Hanni percepatkan gerakan. Makin lama ikatan terasa longgar.
Tass..
"Alhamdulillah." tali terputus hasil gesekan pada bucu. Dengan cepat Hanni membuka tali pada kaki. Pergelangan tangan dia berbekas merah. Pedih.
Tanpa menunggu lama, Hanni keluar dari bilik untuk mencari kedudukan Athalia. Dia harus menyelamatkan adiknya.
Tangga di hujung rumah dia naik perlahan-lahan, tahu bilik asal tadi ada di atas.
Kakinya terhenti di anak tangga terakhir apabila mendengar suara lelaki sedang bercakap.
"Kau nak lari mana, sayang?"
"Jangan dekat lah, Farhan. Kalau tak, aku jerit."
"Kau nak jerit? Jeritlah. Tak ada sesiapa yang akan dengar, tak ada sesiapa dekat sini yang nak tolong kau."
"Jangan! Farhan, aku kata jangan dekat!"
Jeritan Athalia nyaring menyapa telinga Hanni. Gadis itu mengetap bibir, memikirkan cara untuk menyelamatkan adiknya. Hanni lihat ada satu besi di sebelah tangga, mungkin dengan ni membantu.
Dia gapai besi itu lalu perlahan-lahan memasuki bilik dimana Athalia berada.
Kedudukan Farhan tepat diatas Athalia yang terbaring dibawah. Lelaki itu merangkak perlahan di atas tubuh Athalia yang masih elok berpakaian pengantin.
Tak guna!
Hanni mengetap gigi geram dengan apa yang dilihat kini.
"Farhan, tolonglah lepaskan aku. Apa yang kau nak sebenarnya?"
"Aku nak kau! Tak faham-faham lagi ke."
Athalia mengangkat lutut, cuba menolak Farhan dengan kakinya. Ditendang Farhan sekuat hati agar lelaki itu menjauhi dirinya. Namun gagal.
Alih-alih dia yang mendapat tamparan dari Farhan kerana cubaan tadi.
Pang!
"Shit! Aku minta baik-baik dengan kau, kau tolak. Sekarang biar aku buat cara kasar."
Terteleng muka Athalia dek tamparan lelaki itu. Air matanya mengalir deras. Sakit kerana pukulan di pipi bercampur dengan rasa takut.
Farhan naik kembali ke atas Athalia, tudung gadis itu direntap kasar. Gadis menangis semahu-mahunya.
"Pengecut! Kau berani buat sebab aku perempuan je. Plus tangan dan kaki aku diikat. Lemah."
"Kau jangan mencabar aku, sayang."
Tudung Athalia dilempar asal, menampakkan rambutnya yang diikat kemas. Disentuh rambut gadis itu dengan jemarinya.
Lembut.
"Jangan sentuh aku!"
Farhan ketawa.
"Tolong! Tolong aku ya Allah."
Air matanya makin lebat.
'Ya Allah, seberat apa dugaan ini. Bantulah hambamu ini.'
Athalia nampak kelibat Hanni dibelakang Farhan. Dia mahu menjerit nama kakak, namun Hanni mengisyaratkan dia supaya kekal diam.
Tanpa ragu-ragu, Hanni melayangkan besi tadi tepat di kepala Farhan. Dua kali, without mercy.
"Argh!"
Farhan jatuh di sebelah Athalia. Hanni menarik Athalia jauh dari Farhan. Dia rungkat ikatan tangan Athalia dengan cepat.
Farhan masih dalam keadaan sadar, masih memegang bahagian kepala yang dipukul tadi.
"Perempuan bodoh!"
Farhan bangun dan mendekati dua gadis yang sudah hampir memboloskan diri.
"Lan! Jimmy! Apa korang buat hah!?"
Hanni dan Athalia lari keluar dari bilik dengan cepat. Tidak mahu melepaskan peluang. Langkah mereka semakin hampir dengan pintu keluar. Hanni membuka selak pintu kayu.
Sangkut.
"Tak boleh buka. Kita keluar ikut tingkap. Cepat!"
Namun sebaik saja mereka pusing ke belakang, dua orang lelaki berjaket hitam berdiri tegak di depan mereka.
Jimmy dan Lan. Lelaki-lelaki itu tersenyum sinis ke aras Hanni dan Athalia.
"Korang nak lari mana. Buang tenaga saja."
Farhan turun menelusuri tangga, kepalanya sudah dihias darah. Akibat pukulan kuat dari Hanni.
Hanni dan Athalia mengundur ke belakang. Mereka dikepung.
"Aku nak yang adik tu saja. Yang kakak tu, korang ambik lah buat main. Menyusahkan aku."
Deg!
Hanni kejung. Athalia sudah ditarik kasar oleh Farhan. Entah kemana lelaki itu membawanya pun Hanni tak pasti.
Yang dia pasti, dua lelaki anak buah Farhan semakin menghampiri dirinya.
"Kau nak buat main ke Lan?"
"Dah bos kasi, takkan nak tolak."
Mereka tersenyum melihat kegelisahan Hanni. Tanpa amaran, tangan Hanni dipegang oleh Jimmy dan kakinya diangkat oleh Lan.
Meronta-ronta dia apabila dirasa tubuhnya melayang di udara.
"Lepaskan aku!"
"Cepat bawa dia masuk bilik tu. Tak sabar."
Hanni menangis semahu-mahunya. Tubuhnya dilempar ke atas katil usang yang tersedia di dalam bilik itu. Tangannya diikat di kepala katil, kaki mereka biarkan begitu saja.
Ya Allah, hantarkan bantuan pada aku.
"Kau nak rasa dulu ke aku?" Lan tanya pada Jimmy.
Dua makhluk itu melihat Hanni yang terlantar di atas katil kemudian kembali menatap satu sama lain.
"Sebabkan kau melayu, sama type dengan dia. Aku kasi chance kau dulu. Lepas tu aku pula."
Hanni semakin kencang menangis, tak mahu begini.
Lan berjalan mendekati katil. Matanya meliar melihat tubuh Hanni. Dia telan liur.
"Kau sentuh aku seinci, aku akan pastikan hidup kau tak aman."
"Jangan risau, aku akan berlembut. Ini mesti first time untuk kau kan."
'Ya Allah, orang ini menganiayaku, ya Allah. Aku serahkan dirinya pada-Mu. Sesungguhnya, Engkau Maha Adil. Lindungi aku ya Allah.'
Jatuh air mata seorang Hanni Afrina, laju mengalir di sisi mata.
Lindungi aku. Lindungi adikku, Hamni Athalia.
Allahuakbar.jangan lupa votee❤️❤️
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
Short StorySLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...