Ruang wad milik Athalia sunyi saja walaupun ada penghuni di dalam itu. Iskandar hanya melihat wajah gadis yang sangat-sangat dia rindu. Hampir 3 minggu mereka tidak bersua muka kerana trauma yang dihadapi gadis itu.
Athalia yang dari tadi diam saja menekur permukaan lantai. Terlalu malu untuk berlawan mata dengan Iskandar. Dia tahu lelaki itu sedang memerhatikan dirinya sejak lelaki itu masuk ke bilik ini.
Dia yang pelawa lelaki itu naik dan masuk ke dalam, tapi dia tak tahu dari mana mahu mula kan bicara mereka.
Terlalu banyak benda yang dia tanya kan pada lelaki itu, namun dia pendam saja. Tiba-tiba dia pula yang nervous.
Iskandar sedar akan kebisuan gadis itu pun berdeham kecil. Nampak nya dia lah yang perlu mula bicara.
“Hamni sihat?”
Allahuakbar..
Jantung Athalia berdetak laju. Suara itu benar dia rindu. Dengar Iskandar sebut nama dia pun mahu gugur jantung ni. Bukan setakat jantung, buah pinggang ni boleh jatuh sekali. Lembut saja suara garau lelaki itu bertanya pada nya.
“Sihat.” jawab dia sambil mengangguk. Kepalanya masih tak di angkat. Menunduk saja ke bawah melihat lantai. Masih malu.
Iskandar senyum manis ke arah gadis itu. Comel nya dia malu-malu macam ni. Rasa nak geget.
“Dah makan? Kalau belum, aku boleh belikan untuk kau. Ke, kau nak makan dekat kafe? Aku boleh teman kan.”
“Eh takpa. Saya dah makan tadi, mama bawa bekal dari rumah. Awak?” Athalia tanya balik lelaki depan nya. Hanya mahu melanjutkan perbuatan mereka. Tak mahu berhenti disitu saja.
Lambat-lambat dia angkat jua muka nya dari terus menghadap bawah. Anak mata pekat hitam nya naik menatap wajah lelaki itu.
Wajah ini yang dia rindu. Bahkan selama dia menatap lantai tadi, sekali sekala dia menarik nafas dalam, mencium aroma bau perfume Iskandar. Bau maskulin yang sudah menjadi favourite nya sejak-sejak kenal dengan Iskandar.
Iskandar tahan senyum. Muka comel cantik Athalia ditatap lama. Eee, comelnya mata tu.
“Aku dah makan tadi.”
Athalia mengangguk. Itu je dia jawab. Tak ada soalan dah ka? Takkan nak stop dekat sini.
Dia pun buntu nak bercakap. Tangannya naik menggaru kepala tak gatal. Pikir pat Athalia oi.
“Kau nampak macam tak tenang je. Ke kau masih rasa gentar dengan orang luar lagi? Patut ke aku keluar dulu?” dengan berhati-hati Iskandar bertanya. Muka gadis itu nampak semalam saja. Dia tak selesa kah.
Iskandar tidak mendapatkan sebarang jawapan dari Athalia. Mungkin benar tekaannya. Dia pun tak mahu memaksa Athalia. Mungkin ini bukan waktu nya lagi. Iskandar tak mahu terlibat tergesa-gesa. Dia pun berura-ura untuk bangun dari sofa wad Athalia.
“Kalau macam tu aku keluar dulu. Aku tak nak paksa kau, tak nak buat kau rasa tak selesa macam ni. Kau rehat kan di-”
“Saya rindu awak.”
Mati kata-kata Iskandar mendengar luahan gadis itu. Terdiam, terkejut lalu tekentut. Gadis itu confess dulu. Haishh! Makin tak keruan lah jantung Iskandar.
“A-apa? Apa ka-kau cakap tadi?” alah time-time ni lah kau nak gagap pun.
“Saya cakap, saya rindu awak.”
Iskandar pegang dada. Perlahan-lahan dia jatuh kembali di sofa. Gaya nya sudah seperti orang sakit jantung.
“Eh eh awak kenapa ni?” Athalia pula jadi panik. Dia bangun merapati Iskandar yang sudah bersandar di sofa.
YOU ARE READING
Qays Iskandar: Her Guardian
Short StorySLOW UPDATE Qays Iskandar x Hamni Athalia Dek kerana rimas dengan desakan Opah, Athalia meminta Iskandar menjadi teman lelaki upahan untuk tiga bulan. "Asal kau tak cari boyfriend yang real je? Kenapa kena contract?" "Ishh awak ni! Sebab saya tak...