28

100 3 0
                                    

Sorry kalau ada typo, 🙂‍↕️




“Korang serious la weh aku kena pakai macam ni? Dekat tempat awam macam ni?” Nuh menyoal.

“Ya kau kena pakai macam ni. W.A.J.I.B wajib.”

Aiman dan Wazi menahan tawa mereka melihat outfit comel Nuh.

“Agak-agak ah we. Malu gila. Dah la warna pink. Jatuh rupa aku macam ni lama-lama orang tengok.” Nuh menyorokkan wajahnya di sebalik apron putih yang pakai. Malu kalau awek-awek cun lalu lalang tengok dia berpakaian macam ni.

Ni semua idea Iskandar. Nak memujuk gadis pujaan hati, sampaikan kawan pun terlibat.

Lihatlah sekarang, dirinya berpakaian kemeja comel serba pink dipadukan dengan aprom putih. Tak sesuai langsung dengan dirinya yang tegap dan kacak.

“Banyak songeh la kau ni. Aku bayar kau kan so buat sajalah tugas kau.” Iskandar berdiri bercekak pinggang di depan bangunan hospital. Pandangannya beralih menghadap ke arah tingkap bilik.

“Memanglah kau bayar. Tapi masa kau buat perjanjian dengan aku, kau tak ada pulak cakap yang aku kena pakai macam ni.” Nuh masih merungut geram.

“Diamlah.” bidas Iskandar.

“Kau better tau dari kitorang. Sekurang-kurangnya kau jual aiskrim, duduk bawah payung comel kau tu. Aku ni jadi bubble man tau.” Wazi tak puas hati bila Nuh mula merungut.

Dirinya juga terkena dengan Iskandar. Dah besar panjang tapi masih perlu meniup belon buih sabun. Haish!

Aiman selamat. Lelaki ini menjadi flower man. Tak la malu sangat berbanding dua orang itu.

“Menjadi ke plan kau ni? Kalau dia tak baca surat kau macam mana?” Aiman tanya pada Iskandar yang masih melihat ke arah tingkap bilik pesakit hospital.

Iskandar fikir sejenak. “Dia mesti baca punya. Aku yakin.”

“Kalau dia baca, tapi dia tak turun macam mana pulak?” Nuh melempar lagi minyak kerisauan ke dalam hati Iskandar.

“Kalau dia tak turun kau kena jual aiskrim tu dekat sini sampai habis. So baik kau diam daripada mendoakan benda yang tak patut.” sembur Iskandar. Dia jeling Iskandar walaupun dia tahu Iskandar tak nampak.

“Aku tanya ja kan.”

“Diamlah.”

Muka Nuh memonyok, tidak dalam mood yang baik. Tiba-tiba ada seorang budak lelaki datang ke arah troli aiskrim berpayung nya dengan senyuman lebar.

“Acik. Uwaish nak acim cokulet syatu oleh?” (Pakcik. Uwais nak aiskrim satu boleh?)

Nuh yang sedang bad mood semakin moody bila budak itu datang mahu membeli aiskrim padanya. Lagi-lagi bila dirinya digelar sebagai pakcik.

Fuh! Ini boleh mengundang kemarahan ultraman.

“Aku tak jual aiskrim lah, budak. Kau nak beli aiskrim, kau pergi beli tempat lain. Jangan kacau aku sebelum aku ambik kepala kau.”

Budak yang bernama Uwais tadi mencebik bibirnya bila suara Nuh memarahinya. Menangis budak itu dibuatnya.

“Huwaa! Acik ahat.” (Huwaa! Pakcik jahat.)

Terus budak itu lari ke arah ibunya yang sedia menantinya di hujung taman hospital.

Iskandar, Aiman dan Wazi juga naik gelabah bila budak kecil itu berlari sambil menangis kerana ulah Nuh.

“Yang kau marah budak tu dah kenapa, setan?” -Iskandar

“Muhammad Nuhtfan!” -Ahmad Wazi

“I’m off.” Aiman pasrah.


Esok pukul 10 pagi, aku akan tunggu kau dekat taman hospital. Kau jangan lupa turun tau. Aku ada surprise untuk buah hati aku.

Ingat. Pukul 10 pagi, jangan turun awal sangat. Panas. Jangan lupa juga pakai sunscreen.
Bye!
Itulah isi surat yang diberikan oleh Iskandar semalam. Usai membaca surat itu, Athalia tak dapat tidur malam. Entah dia teruja, atau tidak. Yang pasti dia tak boleh tidur.

Pagi ini, gadis itu bangun lebih awal dari biasa. Usai solat subuh terus dia bersiap. Bibir pucatnya dioleskan sedikit lip balm yang Puan Aziah bawa dua hari lepas.

Tapi sekarang dia hanya berdiri diam di hadapan pintu. Matanya hanya menatap tombol pintu tanpa niat mahu memulasnya. Tiba-tiba dia rasa tak mahu berjumpa Iskandar pula kerana rasa gementar muncul dalam dirinya.

Dia kembali berjalan ke katil dengan lemah.

Perlukah dia keluar dan turun ke bawah seperti yabg Iskandar pinta.

"Adik tak nak turun jumpa Iskandar ke?" tanya Nu'aim yang menemani Athalia.

Athalia diam saja.

"Adik cuba tengok ni. Apa Iskandar dah prepare untuk adik."

Nu'aim memandang ke luar jendela. Nampak figura Iskandar dan kawan-kawan nya sedang mendongak ke atas. Melihag tepat ke bilik Athalia.

Gadis itu bergerak ke cermin tingkap melihat apa yang abangnya maksudkan.

Terlopong biji mata gadis itu melihat pulusuk taman permainan hospital sudah dihiasa dengan belon warna warni.

Bak birthday party.

Dia tajamkan lagi penglihatan nya. Akhirnya dia nampak kelibat Iskandar di bawah. Lelaki itu melihat ke arahnya dengan senyuman.

Kemudian lelaki itu menyeluk saku untuk mengeluarkan sesuatu.

Athalia pasti lelaki itu memegang telefon.

Sesaat kemudian telefon milik abangnya berdering menandakan panggilan masuk. Dan itu dari Iskandar.

Nu'aim jawab panggilan tersebut.

Athalia memandang ke arah Iskandar di bawah. Lelaki itu membuat isyarat supaya Athalia mengambil telefon itu dari Nu'aim.

Abangnya menghulurkan benda petak itu pada Athalia. Lambat-lambat di sambut juga.

"Taknak turun bawah ke?"

Telinga mendengar suara Iskandar, namun pandangannya masih ke bawah. Dia geleng besar supaya lelaki itu nampak.

Gadis itu payah keluarkan suara.

"Kenapa taknak?"

"Awak lah yang naik atas."













Hola korang! Hehehe maaf ye saya lambat update🙏🏻 Saya ada kerja minggu ni, tetiba sibuk.  After this, saya akan sambung update cerita ni. Nak habis dah ni

Thank you sangat2 korang sudi baca Qays Iskandar ni😭 Muah banyak banyak ❤️

Love, 💋

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now