21

153 10 4
                                    

"Assalamualaikum warahmatullah. Assalamualaikum warahmatullah." tangan kanan Wazi naik menyapu muka usai memberi salam. Dia keluar dari wad Hanni selepas Puan Aziah dan Tengku Mokhtar sampai di situ untuk solat sebentar di surau.

Bibirnya menutur kata-kata suci, berzikir sambil jarinya bergerak mengira bilangan sebutan.

Fikirannya tenang seketika.

Memikirkan waktu dimana dia menemui Hanni di rumah usang membuatkan fikirannya kembali bercelaru.

*FLASHBACK*

Wazi melangkah masuk ke dalam dari pintu belakang. Dia pandang ke kiri dan kanan melihat kalau-kalau ada musuh yang bersembunyi.

Dirasakan semua selamat, dia meneruskan langkah kakinya melihat sekeliling. Satu persatu bilik yang ada di ruangan itu dia buka memeriksa di dalam.

Sampailah dia tiba di bilik yang pintu sedikit terbuka. Wazi mengendap sedikit ke dalam, ada beberapa helai kain bewarna biru cair ada di atas lantai.

Pintu dikuak sedikit lagi supaya lebih jelas ruang bilik itu.

Alangkah terkejutnya dia melihat apa yang dihidangkan didepannya. Sekujur tubuh gadis tidak berbaju terbaring sambil tangan terikat di kepala katil.

Degupan jantungnya makin laju. Memerah wajahnya melihat keadaan gadis itu.

Wazi melepaskan jaketnya lalu menyelimut menutupi tubuh gadis itu. Dia membuka ikatan pada tangan gadis itu yang sudah lebam.

'Mungkin ini bakal isteri Iskandar.' desisnya.

Dia tak pasti samada ini Athalia atau kembarnya. Dia melangkah keluar dari bilik itu namun melihat pada cebisan baju yang ada di lantai. Sepertinya ini baju yang dipakai oleh kakak pengantin sama macam dalam gambar.

Dengan cepat dia keluar dari bilik, berlari mendapatkan kunci kereta Iskandar. Gadis ini dibawa ke hospital segera.

Bila sampai saja di hospital, gadis itu terus diberi rawatan. Wazi masih setia menunggu gadis itu diluar wad kecemasan.

Wazi menggengam kedua tangannya menghilangkan debaran di dada, kakinya bergerak ke atas dan bawah. Cemas entah kenapa pun dia tak tahu.

"Encik." seorang doktor muda keluar dari ruang kecemasan berdiri tegak didepan Wazi. Cepat saja lelaki itu berdiri dari duduk.

"Macam mana keadaan dia, doktor?"

"Sebelum itu, saya nak tanya encik ni suami Doktor Hanni ke?"

Suami Doktor Hanni?

Wazi keliru, dia tak tahu samada Hanni sudah berkahwin atau tidak. Haruskan dia iyakan saja atau sebaliknya.

"Ermm.. saya,"

"Macam ni encik, saya rasa Doktor Hanni telah dirogol. Hasil lebam pada badan dia memang nampak macam dia dirogol."

Wazi kekal diam. Tak tahu harus merespon apa.

"Dan ada sedikit koyakan pada alat sulit dia, luka. Kami dah beri rawatan pada dia, jadi encik tak perlu risau."

"Saya syorkan encik buat laporan polis tentang kes ni." sambung doktor itu.

Terus terduduk Wazi mendengar apa yang dikata oleh doktor tadi. Apa yang dia perlu jawab pada keluarga gadis ini nanti apabila dia disoal?

Wazi melangkah masuk ke wad yang Hanni ditempatkan. Gadis itu sudah elok berpakaian dan lebam yang tersemat di muka gadis itu juga dicuci elok.

Wajah tidur Hanni yang kelihatan tenang ditatap Wazi. Merah pada tangannya yang diikat dengan tali kian memudar.

Qays Iskandar: Her Guardian Where stories live. Discover now